Europa League 2019/20: Espanyol 3-2 Wolverhampton

Sebanyak 48 pasukan berentap di saingan Europa League untuk peringkat kumpulan, selepas enam perlawanan maka siapa yang layak sudah diketahui.

Pasukan yang muncul juara dan naib juara sebanyak 24 pasukan sudah diketahui dan lapan pasukan tempat ketiga terbaik Champions League akan meneruskan saingan di Europa League.

Maka 32 pasukan akan berentap untuk dipusingan kalah mati untuk terus hidup dan mencari kejuaraan.

Wolves telah diundi bertemu dengan pasukan Espanyol untuk pusingan 32 Europa League. Perlawanan pertama mereka berkesudahan dengan keputusan kemenangan berpihak kepada Wolves dengan jaringan 4-0.

Didalam perlawanan itu, Diogo Jota telah melakukan Hatrick dan Neves telah menjaringkan satu gol yang sangat cantik untuk memastikan Wolves membawa bekalan selesa ke RCDE Stadium.

Mereka sekali lagi dipertemukan hari ini untuk perlawanan kedua pusingan 32 Europa League. Perlawanan di adakan di RCDE Stadium dengan Wolves membawa bekalan empat gol turun menentang tuan rumah yang perlu mencari lima gol tanpa bolos untuk layak ke pusingan 16 terbaik.

Perlawanan bermula dengan agak panas dengan Adama Traore menerima kad kuning seawal minit ke-6 kerana menyiku muka pemain lawan. Pada minit ke-15 hasil hantaran dari Adria Pedrosa dari penjuru kiri gawang Wolves telah di sempurnakan dengan cantik oleh Jonathan Calleri untuk mereka Mendahului Wolves 1-0.

Ketika penyokong Espanyol meraikan jaringan awal mereka dan berharap pasukan kesayangan mereka akan melakukan come back, Adama Traore berjaya menjaringkan gol penyamaan buat Wolves pada minit ke-22.

Jaringan itu adalah jaringan ke enam untuk Adama Traore dalam semua pertandingan beliau sertai musim ini. Penyerang Wolves yang bertubuh sasa itu sememangnya menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan pada musim ini.

Tamat separuh masa pertama perlawanan masih dengan keputusan seri 1-1. Espanyol kini perlu mendapat kelebihan lima gol untuk layak ke peringkat 16 terbaik manakala Wolves sudah selangkah untuk melayakkan diri.

Separuh masa kedua dimulakan dengan aksi serang menyerang antara kedua-dua pasukan. Pada minit ke-56 perlawanan, Espanyol telah dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan. Jonathan Calleri dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti itu untuk mendahului Wolves 2-1.

Perlawanan berlangsung dengan seimbang dan terlihat pasukan Espanyol lebih banyak melancarkan serangan dibabak kedua ini. Namun pada minit ke-79 tindakan bijak pemain Wolves mempercepatkan lontaran ke dalam digunakan oleh Daniel Podence untuk menghantar bola yang cantik dan disudahi oleh Matt Doherty untuk gol penyamaan buat Wolves.

Pada minit ke-86 Pedro Neto telah mendapat satu peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun dipersia-siakan oleh beliau. Dengan pintu gol yang terbuka luas, Neto memilih untuk menolak bola itu keluar berbanding masuk ke gawang.

Jonathan Calleri muncul wira buat pasukan Espanyol apabila meledak Hatrick pada masa kecederaan. Perlawanan tamat dengan keputusan Espanyol menang 3-2.

Wolves layak ke peringkat 16 terbaik Europa League dengan Kemenangan secara aggregate 6-3.

Senarai Pemain Espanyol Vs Wolves

Senarai Pemain Utama Espanyol

Andres Prieto, Victor Gomez, Fernando Calero, Naldo, Andres Pedrosa, Sergi Darder, David Lopez, Victor Sanchez, Oscar Melendo, Matias Vargas, Jonathan Calleri.

Pemain Simpanan Espanyol

Diego Lopez, Pipa, Leandro Cabrera, Adri Embarba, Pol Lozano, Wu Lei, Facundo Ferreyra.

Senarai Pemain Utama Wolves

Rui Patricio, Max Kilman, Conor Coady, Willy Boly, Doherty, Leander Dendoncker, Gibbs White, Joao Moutinho, Ruben Vinagre, Adama Traore, Daniel Podence

Pemain Simpanan Wolves

John Ruddy, Oskar Buur, Jordao, Romain Saiss, Pedro Neto, Raul Jimenez, Leonardo Campana.

BACA:  UEFA Sahkan Ligue 1 Perancis Jatuh Status, Bukan Lagi Liga Bola Sepak Utama Eropah