Everton Kini Semakin Menghampiri Zon Penyingkiran Selepas Tewas Di Tangan Burnley

Penyokong Everton pada ketika ini sedang berada dalam keadaan yang sangat kebimbangan selepas melihat pasukan kesayangan mereka berada diambang penyingkiran.

The Toffees ketika ini hanya satu mata sahaja dipisahkan dari zon penyingkiran selepas mereka tewas di tangan pasukan yang sedang berada di zon penyingkiran pada ketika ini, Burnley.

Burnley cemerlang menewaskan Everton 3-2 seterusnya menghidupkan harapan untuk mereka bersaing mengelak dari tersingkir.

Malang untuk Everton kerana baki perlawanan mereka selepas ini adalah bertemu pasukan seperti Liverpool, Arsenal, Leicester dan Chelsea.

Skuad kendalian Frank Lampard itu awalnya ketinggalan 1-0 selepas Nathan Collins meledak gol untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-12 permainan.

Everton walau bagaimanapun berjaya melakukan comeback dengan mereka memperoleh dua gol hasil jaringan Richarlison sebelum tamat aksi babak pertama.

Malang untuk Everton kerana mereka tidak mampu bertahan selepas Burnley kembali mengejar dan menyamakan kedudukan pada minit ke-57 permainan menerusi Jay Rodriguez.

Maxwell Cornet kemudiannya cemerlang meledak gol kemenangan untuk Burnley pada minit ke-85 permainan.

Gol jaringan Maxwell Cornet itu jelas sekali gol yang sangat penting untuk Burnley memandangkan mereka sememangnya terdesak mahu mengutip tiga mata penuh dari perlawanan ini.

Everton sendiri sementara itu tak mampu untuk keciciran mata lagi kerana mereka sedang dalam usaha untuk mengelak dari tersingkir.

Seperti yang ditulis di atas, skuad kendalian Frank Lampard itu bakal berdepan laluan yang sangat sukar selepas ini dan ia jelas satu hal yang sangat membimbangkan.

Baki perlawanan Everton dalam saingan Premier League musim ini sangat sukar dan mereka berpotensi besar untuk cicir lebih banyak mata selepas ini.

Selepas kecewa ditewaskan oleh West Ham sebelum ini, Everton hari ini sekali lagi berduka dan kali ini di tangan Burnley pula.

Sabtu ini Everton akan turun berdepan Manchester United dalam saingan Premier League di Goodison Park dan mereka jelas sekali perlu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan itu.

Walau bagaimanapun, Manchester United sendiri sebenarnya turut sangat terdesak mahu mencatat kemenangan dalam perlawanan itu kerana mereka mahu terus bersaing merebut kedudukan empat teratas.

Selepas bertemu Manchester United, skuad kendalian Frank Lampard itu akan melayan kunjungan Leicester City pula di Goodison Park.

Tugas berat menanti Everton selepas itu kerana mereka bakal berkunjung ke Anfield untuk beraksi bertemu Liverpool dalam aksi Merseyside derby.

Melihat kepada jadual perlawanan tersebut, jelas sekali ia bukan tugas mudah untuk Frank Lampard dan kerana itulah para penyokong Everton sedang berada dalam ketakutan pada ketika ini.

Mereka berpotensi untuk tersingkir dan akan beraksi di pentas saingan Championship sahaja pada musim hadapan.

Bahkan sebelum ini ada penyokong Everton yang sempat bimbang nasib mereka bakal sama seperti Sunderland dan bakal mengambil masa yang panjang untuk kembali ke saingan Premier League.

Jelas sekali Everton juga akan kehilangan ramai pemain utama mereka andai mereka tersingkir ke saingan Championship pada musim hadapan.

Everton bukanlah pasukan gergasi yang sering bersaing untuk merebut gelaran liga, namun mereka sememangnya dianggap sebagai penghuni tetap dalam saingan Premier League.

Setiap musim Everton akan mengakhiri saingan liga di kelompok pertengahan dan kini mereka sedang berada di kawasan yang sangat hampir dengan zon penyingkiran dan berpotensi untuk tersingkir.

Mampukah Frank Lampard menyelamatkan Everton? Atau beliau bakal bawa The Toffees ke saingan Championship pada musim hadapan? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Peminat Bengang Richarlison Tidak Dihukum Selepas Melempar Flare Ke Arah Penyokong