FA Cup 2021/22: Luton Town 2-3 Chelsea

Skuad kendalian Thomas Tuchel berkunjung ke Kenilworth Road untuk beraksi bertemu Luton Town dalam aksi saingan FA Cup.

Chelsea berjaya mara ke pusingan kelima saingan FA Cup musim ini selepas kejayaan mereka menewaskan Plymouth Argyle bulan lalu.

Juara saingan FIFA Club World Cup itu menewaskan Plymouth 2-1 selepas kedua-dua pasukan beraksi hingga ke aksi tambahan masa.

Sementara Luton Town pula, mereka berjaya melayakan diri ke pusingan kelima saingan FA Cup musim ini selepas menewaskan Cambridge United 3-0 bulan lalu.

Bertemu pasukan dari saingan Championship, Chelsea jelas sekali dianggap sebagai pasukan kegemaran untuk menang mudah menewaskan Luton Town.

Walau bagaimanapun, mereka sebenarnya terlebih dahulu dikejutkan dengan gol seawal minit ke-2 dari Luton Town, hasil jaringan Reece Burke.

Luke Berry mengambil sepakan penjuru dan menghantar bola cantik ke kawasan tengah dalam kotak penalti Chelsea.

Reece Burke kemudiannya berjaya melepaskan diri dari kawalan pemain Chelsea seterusnya menanduk padu bola menewaskan Kepa Arrizabalaga.

Pada minit ke-27 permainan, Chelsea akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Saul Niguez yang memanfaatkan bola yang di bawa oleh Timo Werner.

Timo Werner membawa bola masuk ke kotak penalti, namun mungkin kerana beliau tertolak kuat bola tersebut betul-betul bergolek di hadapan Saul Niguez.

Bekas bintang Atletico Madrid itu segera melepaskan rembatan padu ke sudut tepi gawang gol, dan bola rembatan beliau gagal diselamatkan oleh Jed Steer.

Lima minit sebelum tamat aksi babak pertama permainan, Luton Town berjaya menambah gol untuk mendahului Chelsea 2-1.

Harry Cornick membawa bola dari tengah padang masuk ke kotak penalti The Blues, dengan beliau hanya dikejar oleh N’Golo Kante sahaja.

Berdepan situasi satu lawan satu dengan Kepa Arrizabalaga, Cornick tenang melepaskan rembatan untuk menewaskan penjaga gol Chelsea itu.

Pada minit ke-68 permainan, giliran Timo Werner pula mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini untuk mengubah kedudukan menjadi 2-2.

Ruben Loftus Cheek melambungkan bola cantik ke dalam kotak penalti untuk mencari Timo Werner, dengan bintang Jerman itu mendada bola tersebut lalu terus melepaskan rembatan padu untuk menewaskan penjaga gol lawan.

Sentuhan pertama yang sungguh menakjubkan dan tidak dinafikan penyudah beliau juga sangat berkualiti.

Pada minit ke-78 permainan, Timo Werner berjaya mencatatkan assists kedua beliau dalam perlawanan ini dengan beliau melorongkan bola cantik ke dalam kotak penalti mencari Lukaku.

Romelu Lukaku melakukan slide seterusnya menolak bola masuk ke gawang Luton Town untuk mengesahkan gol ketiga Chelsea.

Dua kali ketinggalan, Chelsea awalnya dilihat hampir sahaja dikejutkan dengan kekalahan di tangan kelab dari Championship itu.

Mujur saja mereka berjaya melakukan comeback, seterusnya mengesahkan kemenangan 3-2 menewaskan Luton Town untuk layak ke aksi peringkat suku akhir.

Selepas tewas di tangan Liverpool dalam aksi perlawanan akhir saingan Carabao Cup, sudah tentu Chelsea mahu berusaha menjuarai saingan FA Cup musim ini.

Melihat kepada kemampuan skuad mereka, tak mustahil sebenarnya untuk Chelsea berjaya mara lebih jauh, seterusnya menjulang gelaran FA Cup musim ini.

Manchester City, Crystal Palace, Middleborough, Chelsea, Southampton dan Liverpool merupakan antara pasukan yang sudah melayakkan diri ke aksi peringkat suku akhir.

Luton: Steer 6 (Isted 14, 6); Kioso 6, Burke 6.5, Lockyer 6, Potts 6.5, Bell 6; Mendes Gomes 6.5 (Hylton 76, 6), Osho 6, Berry 7 (Campbell 63, 5); Muskwe (Snodgrass 76, 5), Cornick 7 (Jerome 63, 5).

Pemain Simpanan: Isted, Bree, Naismith, Clark, Thorpe.

Penjaring: Burke 2, Cornick 40

Kad Kuning: Muskwe

Pengurus: Nathan Jones 6

Chelse: Arrizabalaga 6; Callum Hudson-Odoi 5 (Vale 61, 6), Rudiger 7, Loftus-Cheek 7.5, Sarr 5; Jorginho 6 (James 76, 6.5), Saul 7.5, Kenedy 5 (Pulisic 61, 6), Mount 7; Lukaku 7, Werner 8.

Pemain simpanan: Mendy, Kante, Kovacic, Barkley, Williams, Hall

Penjaring: Saul 27, Werner 68, Lukaku

Pengurus: Thomas Tuchel 7

Pengadil: Peter Bankes 7

BACA:  Alan Shearer Anggap Bintang Chelsea Terlalu 'Sopan' Ketika Bertahan