Fabrizio Romano: Man Utd Berusaha Keras Kejar Antony

Peniup berita perpindahan pemain Eropah yang terpaling boleh dipercayai, Fabrizio Romano telah melaporkan bahawa Manchester United kini berusaha keras mengejar bagi mendapatkan tandatangan Antony.

Dengan laporan dari Fabrizio Romano ini boleh disimpulkan bahawa sasaran Manchester United ‘akan mempertimbangkan kemungkinan’ untuk sertai Setan Merah pada musim panas ini.

Setan Merah nampaknya semakin hampir untuk mendapatkan pemain berbakat berusia 22 tahun itu apabila pengurus baharu Erik ten Hag ingin menambah sengatan tambahan kepada barisan hadapannya.

Boleh dikatakan situasi ini terpaling positif buat Manchester United di jendela perpindahan jika menurut kepada ciapan Fabrizio Romano:

“Situasi Antony. Manchester United benar-benar berminat dan sudah merisik untuk meneroka potensi perjanjian – bukan satu-satunya kelab, tetapi dengan Ten Hag medesak.”

“Telah diberitahu kem pemain kini meminta Ajax mendengar bidaan untuk Antony pada musim panas ini, walaupun tanda harga akan melambung tinggi.”

Ada laporan mendakwa bahawa pegawai Manchester United telah selamat mendarat di Amsterdam sejak beberapa hari lalu dalam usaha untuk membolehkan perjanjian ini berjaya.

Ketika bercakap kepada GiveMeSports dari prespektif Antony, Fabrizio Romano menyifatkan tiada masalah dari pihak Antony kerana Manchester United masih lagi kelab besar.

“Saya yakin di pihak pemain, saya tidak nampak sebarang masalah besar. Sudah tentu, Manchester United tidak bermain dalam Liga Juara-Juara, tetapi mereka sentiasa kelab yang terbaik.

“Jadi, pemain itu akan mengimpikan bola sepak Liga Perdana, jadi saya pasti dia akan mempertimbangkan kemungkinan ini.”

Pada kebiasaannya laporan daripada Fabrizio Romano tidak pernah mengecewakan dan kini hanya bergantung kepada Manchester United dan Ajax untuk mencari persetujuaan dari segi harga dan terma-terma lain.

Ajax yang aktif menjana pendapat di jendela perpindahan dengan melepaskan bakat-bakat muda dilaporkan sedia melepaskan pemain itu dengan harga dalam lingkungan €70 – €80 juta (£60 – £69 juta).

Menurut laporan dari The Times, Ajax mahukan nilai £69 juta untuk melepaskan pemain yang berusia 22 tahun itu yang berminat untuk ke Old Trafford:

“Antony berazam untuk mendapatkan perpindahan ke Manchester United pada musim panas ini walaupun Ajax telah cuba mengelak minat terhadap pemain sayap Brazil itu dengan menuntut bayaran sebanyak £69 juta untuk tandatangannya” dakwa The Times.

“Dia percaya bahawa dia sudah bersedia untuk bermain dalam Liga Perdana dan berminat untuk bekerja semula dengan Ten Hag.”

Menurut dari pelbagai sumber Antony berminat menyertai Manchester United dan mahu beraksi di Liga Perdana Inggeris dan kembali berkerjasama bersama Erik Ten Hag, jika sebarang harga sanggup dibayar maka ‘Here We Go!’.

Antony merupakan seorang pemain sayap kanan yang merupakan bukan satu posisi kritikal Setan Merah hanya berharga €35 juta (£30 juta) sahaja jika diikutkan kepada penilaian transfermarkt.

Namun sudah menjadi lumrah dalam model asas ekonomi, harga akan naik dan turun berdasarkan kepada penawaran dan permintaan. Kena pulak Setan Merah minat terus melambung-lambung harga.

Power Sangat ke Antony?

Antony Matheus dos Santos, lahir 24 Februari 2000, dikenali sebagai Antony, merupakan pemain bola sepak profesional Brazil yang bermain sebagai pemain sayap untuk kelab Eredivisie Ajax dan pasukan kebangsaan Brazil.

Pemain sayap ini adalah kelahiran dari sistem pembangunan dan akademi Sao Paulo dan menjaringkan enam gol dalam 52 penampilan untuk kelab itu. Dia menyertai Ajax pada 2020 dan telah memenangi dua gelaran Eredivisie dan satu Piala KNVB.

Antony memenangi pingat emas bersama pasukan bawah 23 tahun Brazil di Sukan Olimpik Musim Panas 2020. Dia menjaringkan gol pada penampilan sulung bersama skuad senior Brazil menentang Venezuela pada Oktober 2021.

Lahir di Osasco, Antony menyertai program belia Sao Paulo pada 2010 pada usia 10 tahun. Pada 2018, Sao Paola telah memenangi kejohanan Cabaran Liga J di Jepun dan dia telah dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan itu.

Pada 26 September 2018, Antony bersama Helinho dan Igor Gomes telah dinaikkan pangkat ke pasukan senior dan dia menandatangani kontrak sehingga September 2023.

Pada 23 Februari 2020 Antony mula bersama Erik Ten Hag, Ajax menandatangani Antony perjanjian lima tahun dengan harga awal sebanyak £13 juta, yang boleh meningkat kepada £18.2 juta.

Pada 13 September 2020, dia menjaringkan gol pertamanya untuk Ajax dalam kemenangan 1–0 ke atas Sparta Rotterdam. Dalam perlawanan liga menentang SBV Vitesse, dia menjaringkan gol keduanya untuk Ajax.

Pada 3 November 2020, Antony menjaringkan gol Liga Juara-Juara UEFA pertamanya dalam kemenangan 2–1 di tempat lawan ke atas Midtjylland pada musim 2020–21.

Bersama Ajax setakat ini, Antony sudah menjaringkan 17 gol dalam 55 penampilan.

BACA:  Mourinho: Sikap Sambil Lewa Pemain Punca Utama Manchester United Gagal Raih 3 Mata