Fernando Santos Bedal Ole Kerana Tidak Beri Ronaldo Masa Bermain Yang Diperlukan

Pengurus Portugal, Fernando Santos tanpa menyebut nama Ole Gunnar Solskjaer secara terus telah membedal pengurus Setan Merah itu kerana tidak memberikan Cristiano Ronaldo masa bermain yang diperlukan.

Menurut Fernando Santos Cristiano Ronaldo memerlukan minit bermain di padang dengan lebih banyak bagi mengekalkan prestasinya di padang untuk terus berada pada tahap yang terbaik.

Cristiano Ronaldo telah dibangku simpanankan ketika menentang Everton dan masa di separuh masa kedua walaupun menjaringkan gol kemenangan minit akhir ketika menentang Villareal di Champions League.

Keputusan Ole Gunnar Solskjaer untuk tidak menurunkan Cristiano Ronaldo dari kesebelasan utama menyaksikan Manchester United terikat 1-1 dengan Everton.

Malah bekas petarung UFC, Khabib Nurmagomedov telah mendedahkan perbualannya dengan Sir Alex Ferguson yang telah memberitahu beliau bahawa untuk menang mesti menurunkan pemain terbaik pasukan dari awal permainan.

Mungkin Alex Ferguson sudah menyedari bahawa Ole Gunnar Solskjaer tidak mempunyai taktikal permainan yang jelas seperti Jurgen Klopp bersama Liverpool. Pep Guardiola bersama Manchester City dan Thomas Tuchel bersama Chelsea.

Ole Gunnar Ole Solskjaer kini berterusan menggunakan pivot berganda, Scott McTominay dan Fred yang langsung tidak memberi fungsi dan hanya mengharapkan kepada permainan individu untuk mengubah perlawanan.

Mungkin Fernando Santos juga menyedari situasi Ole Gunnar Solskjaer lalu Santos meluahkan rasa tidak puas hati beliau kerana pemain tonggaknya tidak dapat masa bermain yang mencukupi musim ini.

Perkara ini diluahkan oleh Fernando Santos sebelum perlawanan persahabatan menentang Qatar dan beliau terpaksa membawa Ronaldo kerana Ronaldo memerlukan minit permainan.

“Ronaldo akan beraksi dalam perlawanan menentang Qatar kerana beliau perlukan masa permainan. Ia sangat penting untuk beliau pada tahap ini.”

“Ronaldo bermain dalam perlawanan sepenuh masa adalah ketika menentang Villareal di Champions League (29 September 2021).”

Walaupun Crsitiano Ronaldo sudah terbukti sebagai antara pemain terbaik dunia sepanjang zaman, namun Fernando Santos masih mengira minit permainan yang diperlukan Ronaldo.

Bukan seperti segelintir negara, memanggil pemain simpanan yang tidak cukup minit permainan untuk mewakili negara.

“Jika Ronaldo hanya bermain ketika menentang Luxembourg, ini bermakna Ronaldo secara pratikalnya tidak bermain pada tahap tertinggi selama 15 hari.”

“Pada tahap ini, terdapat kemungkinan besar Ronaldo akan beraksi dalam perlawanan menentang Qatar samada dari kesebelasan utama atau masuk di separuh masa kedua.”

“Dengan minit permainan menentang Qatar ini nanti, Ronaldo mampu mengekalkan rentak kompetitif pada tahap maksimum ketika menentang Luxembourg.”

Senada dengan Ferguson, Fernando Santos menuntut Ole memberikan masa terbaik kepada pemain terbaik untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.

Cristiano Ronaldo telah diturunkan dikesebelasan utama ketika menentang Qatar dan diberi masa beraksi selama 45 minit dengan gol pembukaan pada minit ke-37.

Gol disempurnakan Ronaldo dengan tolakan ringkas selepas menerima hantaran melalui tandukan dari Diogo Dalot untuk gol ke-112 di persada antarabangsa.

Portugal mudah menewaskan Qatar 3-0 apabila Jose Fonte dan Andre Silva menambah lagi dua gol pada separuh masa kedua.

Disebalik kekurangan minit permainan, Cristiano Ronaldo telah berjaya memenangi anugerah pemain terbaik bulanan dalam saingan Premier League untuk bulan September.

Baru sebulan kembali ke kancah saingan Premier League selepas beliau melengkapkan perpindahan semula ke Old Trafford, Ronaldo sudah berjaya untuk dinobatkan sebagai pemain terbaik bulanan.

Ronaldo berjaya menjaringkan gol yang sama dengan bintang Mesir, Mohamed Salah dengan beliau cemerlang meledak tiga gol dari tiga penampilan. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati peminat.

Kali terakhir Cristiano Ronaldo memenangi anugerah pemain terbaik bulanan dalam saingan Premier League adalah pada bulan Mac 2008, dan kini beliau sekali lagi berjaya memenangi anugerah tersebut.

Pada Mac 2008, Ronaldo berjaya menjaringkan lima gol dalam saingan liga, dan beliau hanya memerlukan 14 hari sahaja untuk sah dinobatkan sebagai pemain terbaik pada bulan tersebut.

BACA:  Ronaldo Mencarut Ketika Pemain Yang Dia Selalu Puji Mahu Klaim Ballon D'Or Miliknya