Freekick Dahsyat Harry Kane Membuatkan Dunia Bola Sepak Tergamam

Pemain penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane telah membuatkan dunia bola sepak tergamam dengan satu sepakan percuma (freekick) yang amat dahsyat yang tidak terlintas langsung di benak akal fikiran manusia.

Harry Kane kini melalui satu musim yang tidak sebagus musim-musim yang lalu namun penyerang England itu setakat ini telah menjaringkan 8 gol di Premier League dan secara keseluruhannya 174 gol dalam karier.

Kemerosotan prestasi Harry Kane ini mungkin kerana beliau discam pemilik Spurs Daniel Levy yang berjanji mahu melepaskanny ke kelab lain namun tidak ditunaikan.

Sejak kehadiran Antonio Conte, prestasi Kane kembali semula yang mungkin disebabkan Kane mahu terus berada dalam skuad kebangsaan England dan meyakinkan kelab barunya musim hadapan.

Harry Kane dilihat sebagai satu-satunya prospek yang berpotensi tinggi untuk memecahkan rekod sepanjang zaman milik Alan Shearer jika beliau meneruskan rekod jaringan lebih 20 gol semusim dan tidak berpindah ke liga lain.

Harry Kane boleh dikatakan penyerang serba lengkap yang bukan sahaja mampu menjaringkan gol malah mampu mencipta assist serta merencanakan gol.

Kualiti hantaran Harry Kane juga antara yang terbaik di liga namun tidak bermakna Harry Kane mempunyai kemampuan melakukan sepakan percuma yang bagus.

Sepanjang kariernya hanya dua gol sahaja Harry Kane jaringkan gol melalui sepakan percuma.

Dalam perlawanan Piala FA menentang Middlesbrough, Spurs memperoleh sepakan percuma dan Harry Kane tampil mengambil sepakan.

Pengulas BBC, Tony Mowbray telah memberi ulasan bahawa Harry Kane bukanlah seorang pengambil sepakan percuma yang bagus.

Mungkin Tony Mowbray mengjangkakan bahawa sepakan Harry Kane akan tinggi melangit untuk mengejar bola Kepa Arrizebalaga namun itu tidak terjadi.

Harry Kane melakukan sepakan percuma yang lebih dahsyat selepas beliau tergelincir semasa mahu melakukan sepakan dan bola dengan jinaknya meleleh ke kaki lawan.

Bukan Tony Mowbray saja yang berpendapat Harry Kane bukan pengambil sepakan percuma yang bagus malah peminat juga senada dengan Tony Mowbray.

Peminat Spurs sangat menyayangi Harry Kane namun mereka mahu Harry Kane diharamkan mengambil sepakan percuma jika berada di luar kawasan padang latihan.

Ada berpandangan bahawa itulah sepakan percuma terakhir Harry Kane.

Spurs melalui tahun 2022 dengan agak buruk apabila tewas tiga perlawanan liga secara berturut-turut dan kembali bernafas apabila berjaya membenam Manchester City yang membuka jalan yang luas kepada Liverpool untuk mengejar.

Kemudian, Spurs tewas kepada Burnley namun berjaya membelasah pasukan yang bergelut Leeds United sehingga memaksa Marcelo Bielsa meletakkan jawatannya.

Namun prestasi Spurs terus kelaut apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Middlesbrough disaingan Piala FA dan Middlesbrough juga merupakan pasukan yang telah menendang Manchester United dari Piala FA.

Antonio Conte juga seperti mengangkat bendera putih untuk meneruskan tugasnya bersama Spurs.

Middlesbeough 1-0 Tottenham Hotspur

Middlesbrough berjaya melayakan diri ke peringkat suku akhir saingan FA Cup selepas kejayaan mereka menewaskan Tottenham Hotspur 1-0 di Riverside awal pagi tadi.

Kedua-dua Tottenham Hotspur dan Middlesbrough telah dipertemukan di pusingan kelima saingan FA Cup musim ini, dan Spurs jelas sangat kecewa dengan kekalahan ini.

Produk akademi kelab, Josh Coburn berjaya meledak gol kemenangan untuk Middlesbrough pada aksi babak pertama tambahan masa, untuk mengesahkan kemenangan kelab dari Championship itu.

90 minit sebenar permainan berkesudahan dengan seri tanpa jaringan dan dilanjutkan ke aksi tambahan masa.

Pemain berusia 19 tahun itu cemerlang meledak gol kemenangan untuk Middlesbrough pada minit ke-107 permainan, seterusnya mengesahkan tempat untuk mereka beraksi di peringkat suku akhir.

Middlesbrough kini sudah dua kali berturut-turut menewaskan kelab dari Premier League dalam saingan FA Cup tahun ini.

Kelab dari Championship itu sebelum ini berjaya menewaskan Manchester United, untuk mengesahkan tempat mereka beraksi di pusingan kelima.

Kekalahan ini jelas sekali sangat mengecewakan kem Tottenham Hotspur kerana FA Cup merupakan satu-satunya Piala yang boleh dikejar oleh skuad kendalian Antonio Conte itu.

Dengan tersingkirnya mereka, maka Tottenham Hotspur sudah pasti akan sekali lagi mengakhiri musim ini dengan tidak memenangi apa-apa Piala.

Coburn dimasukkan pada aksi tambahan masa dengan beliau cemerlang memanfaatkan bola umpanan dari Matt Crooks untuk menewaskan penjaga gol Tottenham Hotspur, Hugo LIoris.

Bercakap selepas tamat perlawanan, Coburn memberitahu BBC bahawa:

“Speechless. Di hadapan penyokong di Riverside Stadium, tak ada yang lebih indah melainkan dapat mengatasi pasukan dari Premier League.”

“Saya rembat sekuat hati saya dan syukur bola itu masuk. Ia adalah detik terhebat sepanjang karier saya, sangat menakjubkan. Saya tak boleh ungkapkan dengan kata-kata.”

“Di padang latihan, semua pemain teruja. Para penyokong juga berada di belakang pemain.”

“Semoga kami boleh teruskan dan boleh kalahkan pasukan besar lagi selepas ini.”

Tottenham Hotspur hampir saja memperoleh gol mereka dalam perlawanan ini menerusi Harry Kane, namun sayangnya gol jaringan beliau ketika masa sebenar permainan dibatalkan kerana offside.

Kelab dari London itu walau bagaimanapun perlu akur untuk menunggu hingga musim depan, dalam usaha mereka mahu memenangi Piala pertama.

Aksi pasang surut yang agak dasyat ditunjukkan oleh Tottenham Hotspur sejak kebelakangan ini dengan mereka awalnya berjaya menewaskan Manchester City 2-0.

Spurs kemudiannya dikejutkan dengan kekalahan 1-0 bertemu pasukan yang sedang bergelut di zon penyingkiran, Burnley.


Mereka kemudiannya berjaya membelasah Leeds United 4-0 dalam aksi saingan Premier League minggu lalu dan minggu ini mereka disingkirkan pula oleh pasukan dari Championship.

“Ia jelas sesuatu yang sangat merugikan.”

Jelas bekas penyerang Tottenham Hotspur, Jermain Defoe kepada BBC.

“Bukan pandang rendah pada Middlesbrough, tapi kamu tentang jangka yang Tottenham datang sini untuk dominan, cipta banyak peluang, pemain bintang kamu datang untuk buktikan kemampuan mereka.”

“Tapi ia jelas sesuatu yang berbeza. Middlesbrough ada urgency, semakin lama bermain mereka makin kuat dan makin kuat.”

“Mereka ada pemain yang masuk dan berikan impak.”

MIDDLESBROUGH (3-5-2): Lumley 6.5; Dijksteel 6, Fry 7, McNair 7 (Peltier 105min, 6); Taylor 6.5 (Bola 96, 6), Jones 6, Howson 7.5 (Bamba 118), Crooks 6, Tavernier 6; Sporar 6 (Coburn 96, 7), Watmore 6 (Balogun 75, 6).

TOTTENHAM (3-4-3): Lloris 6; Romero 6, Dier 6.5, Davies 6 (Scarlett 115); Doherty 6, Hojbjerg 6, Winks 6, Sessegnon 5.5 (Bergwijn 81, 6); Kulusevski 5.5 (Reguilon 105, 6), Kane 5.5, Son 5.

BACA:  Harry Kane Setuju Sertai Bayern Munich, Spurs Tolak Bidaan Pertama Bernilai RM356 Juta