Friendly Match: Cadiz 4-2 Manchester United

Manchester United telah mengalami kekalahan 4-2 dalam perlawanan persahabatan menentang kelab Sepanyol Cadiz sebagai persedian mereka sebelum liga kembali bersambung.

Manchester United beraksi tanpa tonggak utama mereka seperti Bruno Fernandes, Marcus Rashforh, Luke Shaw, Harry Maguire, Casemiro, Raphael Varane dan Lisandro Martinez.

Para pemain ini masih lagi membawa cabaran dan menggalas tanggungjawab bersama negara masing-masing ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2022.

Dengan pemain yang masih tersisa, Manchester United menampilkan Anthony Martial, Donny van de Beek, Scott McTominay, Victor Lindelof dan Aaron Wan-Bissaka ketinggalan 2-1 pada separuh masa.

Bersambung permainan, Erik Ten Hag memberi laluan kepada pemain pasukan juara Piala Belia FA kelab itu untuk memberikan mereka peluang untuk beraksi .

Walaupun Kobbie Mainoo menyamakan kedudukan buat Manchester United pada awal babak kedua, pasukan yang berada di tangga kedua dari bawah dalam La Liga muncul sebagai pemenang.

Penjaga gol kedua Manchester United, Martin Dubravka dibelasah empat kali pada penampilan keduanya sejak berpindah ke Old Trafford secara pinjaman dari Newcastle United.

Kekalahan tidak akan menyebabkan pengurus Erik ten Hag terlalu bimbang apabila United kembali ke pangkalan latihan mereka di luar Cadiz menjelang perlawanan kedua menentang Real Betis di Seville pada hari Sabtu.

Tanpa pemain utama dan menurunkan barisan pemain yang kurang mendapat minit permainan ternyata memberi kesan berbeza apabila mereka ketinggalan dua gol dalam 13 minit pembukaan.

Permainan huru-hara ditampilkan United apabila Brian Ocampa mudah menggelecek dua pertahanan United pada awal permainan mujur Van De Beek mengeluarkan bola dari situasi bahaya.

Dubravka mempamerkan aksi tidak meyakinkan apabila nyaris dihukum dengan hantaran kebelakang Lindelof dan Aaron Wan Bissaka kehilangan bola yang hampir mengundang padah.

Selepas aksi kelakar dilakukan dan terselamat, pada minit kelapan Cadiz di depan berpunca dari satu sepakan percuma pendek hantaran saling bertukar dan Carlos Garcia berjaya menewaskan Dubravka.

Selepas 13 minit permainan Setan Merah telah ketinggalan dua gol selepas pertahan hancur lebur dan Lozano mencatat nama sebagai penjaring kedua.

Alejandro Garnacho Ferreira lincah seperti biasa apabila menghadirkan sedikit harapan dengan beberapa siri larian dan percubaan yang gagal.

Anthony Martial yang merupakan pemain utama telah menghadirkan ancaman buat Manchester United dengan satu percubaan jarak jauh yang diselamatkan oleh Conan Ladesma.

Kemudian Martial hadir lagi dengan satu sepakan percuma mengarut yang tinggi melebar lagi meliar, mungkin bola menuju ke Qatar.

Anthony Martial berjaya mencetak nama selaku penjaring selepas Luis Hernandez mengasari Zidane Iqbal pada minit ke-20 untuk sepakan penalti.

Pemain Perancis yang tidak terpilih ke Piala Dunia cuba membuktikan kehebatan dengan satu sepakan panenka yang jahat lagi nakal.

Kemarahan dan kekecohan sebelum separuh masa tercetus walaupun hanya perlawanan persahabatan apabila Ten Hag membantah dengan pegawai keempat mengenai sepakan percuma yang diberikan kepada Alejo.

Sepakan percuma diberikan itu sedikit lembut pada pendapat pengendali Belanda itu yang juga bertengkar dengan pemain Cadiz.

McTominay juga menendang keluar dengan marah kepada Alejo betul-betul di hadapan pengadil yang turut berdepan bantahan daripada Lindelof ketika dia meniup wisel separuh masa.

Kedua-dua pasukan membuat perubahan secara besar-besaran pada selang masa dengan Ten Hag menggantikan kesemua 10 pemain untuk memberikan penampilan kepada pemain muda di babak kedua.

Seramai enam pemain remaja dari pasukan juara Piala Belia di masukkan.

United menyamakan kedudukan dalam masa tiga minit selepas perlawanan dimulakan semula ketika Marc Jurado mengumpan Mainoo dan usahanya terbias menewaskan penjaga gawang pengganti David Gil.

Cadiz kembali di hadapan pada minit ke-57 melalui Sobrino dan Alarcon melengkapkan kemenangan 4-2 Cadiz pada minit ke-77.

CADIZ CF (4-4-2): Conan; Lautaro, Hernandez, Garcia, Lozano (Gimenez 38); Alejo, Alcarez, Brian Alex; Negredo, Arzamendia.

Pemain Simpanan: Gil, Mari, Sobrino, Bongonda, Alarcon, Perez, Iza, Gimenez, Espino, Genar, Bastida, Liebanas.

MAN UTD (4-2-3-1): Dubravka; Wan-Bissaka, Lindelof, Mengi, Williams; McTominay, Iqbal; Garnacho, Van de Beek, Elanga; Martial

Pemain Simpanan: Bishop, Heaton, Shoretire, Savage, Hugill, McNeill, Emeran, Bernard, Jurado, Hardley, Bennett, Hansen, Gore, Mainoo, Oyedele, Murray, Fredricson.

Referee: Jesus Gil Manzano

BACA:  PSG Buat Bidaan Rasmi Untuk Rasmus Hojlund Yang Dikehendaki Man Utd