Gareth Bale Menjadi Sasaran Utama Newcastle United

Bakal pemilik baru Newcastle United mendedahkan bahawa Gareth Bale merupakan sasaran utama mereka untuk dibawa masuk pada jendela perpindahan pemain nanti.

Menurut laporan dari media Sepanyol, Marca, pemilik baru Newcastle menjadikan Bale sebagai keutamaan berbanding pemain lain yang dikaitkan dengan menyertai mereka musim hadapan.

Bale menyertai Los Blancos pada tahun 2013 dengan memecahkan rekod perpindahan pemain bernilai £85.3 juta.

Beliau bersama bekas pengurus Spurs, Mauricio Pochettino kini menjadi sasaran utama untuk menyertai pasukan Newcastle.

Real Madrid juga telah memberi lampu hijau untuk menjual Bale dan bersedia untuk menerima mana-mana tawaran bagi melengkapkan perpindahan pemain Wales itu.

Menurut laporan sama, pasukan dari Sepanyol itu akan meminta tidak kurang dari €20 juta untuk Bale.

Nilai yang sangat rendah bagi Newcastle yang bakal menjadi sebuah pasukan terkaya didunia selepas diambil alih oleh pemilik baru nanti.

Dengan nilai perpindahan yang mampu milik seperti itu, Newcastle dijangka mampu untuk membayar gaji yang sama dengan apa yang Bale Terima di Real Madrid, €17 juta setahun.

Kerjaya Bale di Bernabeu sangat cemerlang dan beliau antara pemain yang paling banyak menyumbang untuk pasukan.

Namun beliau agak tidak sehaluan dengan pengurus pasukan, Zinedine Zidane yang menyebabkan beliau gagal untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Zidane telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mahu melepaskan Bale, dan sebelum bekas pemain Spurs itu juga hampir menyertai pasukan Jiangsu Suning di Chinese Super League.

Musim ini beliau sekali lagi dikaitkan akan meninggalkan pasukan dengan beberapa pasukan termasuk Newcastle berminat untuk mendapatkannya.

Antara kebanyakkan pasukan yang menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat Bale, Newcastle dilihat paling berpotensi memandangkan kepada kekukuhan ekonomi mereka.

Selain dari berminat untuk mendapatkan Bale, Newcastle juga dilalorkan sangat berminat untuk membawa masuk Mauricio Pochettino musim hadapan.

The Magpies juga menunjukkan minat untuk mendapatkan Max Allegri untuk menggantikan Steve Bruce sebagai pengurus pasukan.

Setakat ini setelah beberapa nama yang dikaitkan sebagai pengurus baharu Newcastle, hanya Max Allegri dan Mauricio Pochettino sahaja yang mungkin hampir pasti sertai mereka.

Setakat ini urusan penjualan kelab dari Mike Ashley kepada pemilik baru sudah hampir pasti menjadi kenyataan dan hanya menunggu pengumuman rasmi untuk penukaran hak milik sahaja.

BACA:  Newcastle lawan Liverpool; Meriah, Nunez Handal, Gordon Sudah Matang Dan Mimpi Ngeri Arnold