Gary Neville Ketawa Lihat Liverpool Kena Game Dengan Salah Bayar Gaji £350k Seminggu

Gary Neville tidak dapat menahan rasa geli hatinya ketika mendengar Mohamed Salah berjaya mendapatkan gaji £380 seminggu di Anfield.

Menurut Neville, kelab di Anfield itu sudah diperbodoh bodohkan oleh Mohamed Salah begitu sahaja.

Pemain kebangsaan Mesir itu dijangka akan menerima £350,000 seminggu mengikut perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Beliau secara tak langsung telah menjadi penerima gaji tertinggi dalam sejarah Liverpool.

Ia jelas sekali berita yang sangat menggembirakan kem Liverpool kerana para peminat sememangnya sangat berharap agar Salah akan kekal bersama kelab.

Berita gembira ini diumumkan secara rasmi oleh Liverpool melalui laman sesawang mereka dan hanya dinyatakan kontrak baharu untuk jangka panjang mungkin till jannah.

Sporting director kelab, Julian Ward terbang ke Egypt untuk bertemu Mo Salah yang ketika ini sedang bercuti, dan melengkapkan urusan penandatanganan di sana.

Penyerang itu setuju dengan syarat untuk melanjutkan tempoh kontraknya bersama The Reds selepas saga tarik tali, tolak menolak serta tawar menawar selama hampir setahun.

Mohamed Salah menyertai Liverpool pada 2017 dan telah menyaksikan dia mengumpul enam trofi utama dan menjaringkan 156 gol dalam hanya 254 penampilan, memenangi tiga Kasut Emas.

Salah memberitahu Liverpoolfc.com:

“Jika saya melihat kembali masa itu, ketika saya datang [ke sini], kelab tidak memenangi banyak trofi tetapi saya fikir saya memberitahu anda, bahawa saya datang [ke sini] untuk memenangi trofi.”

“Saya rasa kami telah memenangi trofi yang baik bersama-sama [sejak]! Dan saya fikir kita boleh melakukannya sekali lagi.”

“Kita memenangi banyak perkara bersama-sama. Kami mempunyai beberapa kekecewaan, tetapi ini adalah bola sepak.”

“Saya telah menikmati bola sepak saya di sini di kelab dan berharap saya akan terus menikmatinya dan memenangi banyak trofi.”

Hanya beberapa minit selepas pengumuman itu, legenda Manchester United, Gary Neville terus berkata:

“Salah telah mempermainkan mereka, tak begitu.”

Di ruangan komen ramai peminat yang tidak bersetuju dengan Neville. Ada juga yang setuju daripada mereka mereka aje la kan.

Peminat Nottingham Forest ini berkata: “Satu satunya pasukan yang kena game ialah United yang membayar 80 juta pound untuk Maguire.”

Ada juga menyindir dengan berkata: “Ya dia permainkan Liverpool. Lainlah macam Harry Maguire dan Sancho yang menjadi pembelian terbaik dalam Liga Perdana Inggeris dalam beberapa musim ini. Itu baru dikira urusan yang bagus.”

Seterusnya ada juga yang menyatakan bahawa, bagaimana dengan pemain yang dilepaskan secara percuma kemudian dibeli GBP89 juta kemudian dilepaskan secara percuma lagi ketika dia masih di usia peak?

Ada juga yang mengingatkan Neville bahawa gaji Mo Salah lagi rendah daripada David De  GHea dan jauh lebih rendah daripada CR7.

Dengan mengingatkan Neville bahawa Ronaldo baru sahaja meminta untuk dilepaskan oleh kelab jika ada tawaran yang bagus. Pemain yang digelar Mr Champions League itu mahu beraksi di pentas tertinggi.

Bukan itu sahaja, ada juga peminat mengingatkan Gary Neville bahawa dia dahulu antara orang yang benar benar percaya Ole adalah pengganti Sir Alex Ferguson sebenar selepas kebangkitan ke atas PSG.

Neville bertanya kepada Ole, dia nak kontrak dan gaji macam mana. Sampai tersipu malu pengurus yang terkenal dengan kepakaran mengemaskini ipad ketika perlawanan berlangsung.

Man United dalam beberapa musim ini kerapkali membuat signing yang mengecewakan. Seterusnya tak lupa juga mereka menganggap Ralf Rangnick akan mengajar Tuchel dan Klopp erti penderitaan sebelum ini.

Apa pandangan korang, adakah korang rasa Liverpool kena game?

BACA:  Pemain Man Utd Macam 'Bayi' Dan Perasan Diri 'Bagus'