Gary Neville Sempat Menganjing Boris Johnson Ketika Ucap Tahniah Pada Southgate

Gary Neville dengan kejam dan kurang sopannya telah menganjing Boris Johnson ketika beliau sedang memuji Gareth Southgate selepas England sah mara ke perlawanan akhir saingan Euro 2020.

England berjaya menewaskan Denmark 2-1 di Wembley Stadium awal pagi semalam untuk mengesahkan tempat mereka beraksi dalam perlawanan akhir hujung minggu ini.

Gol sendiri jaringan Simon Kjaer dan gol jaringan Harry Kane pada masa tambahan permainan sudah cukup untuk menghiburkan peminat England yang sudah sekian lama menanti detik untuk melihat The Three Lions mara ke perlawanan akhir.

Southgate selepas ini akan berdepan dengan anak-anak buah Roberto Mancini dalam aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020.

Selepas melalui detik yang gemilang sepanjang kejohanan ini, penyampai ITV, Gary Neville telah membanjiri Southgate dan barisan kejurulatihannya pujian yang melambung atas kejayaan mereka.

Dalam masa sama, sambil memuji beliau turut sempat menganjing Perdana Menteri, Boris Johnson ketika beliau menyebut tentang kualiti kepimpinan pengurus The Three Lions itu.

Neville ketika itu menyatakan bahawa:

“Saya perlu untuk katakan yang Gareth Southgate bersama pasukannya, staff, pemain, semua orang sungguh luar biasa dan semua penonton yang menakjubkan berada dalam stadium ketika ini.”

“Tahap standard kepimpinan dalam negara ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini sangat teruk tapi lihatlah pada lelaki yang ada di sini, dia ada segalanya yang patut ada pada seorang pemimpin.”

“Mempunyai rasa hormat, merendah diri, sentiasa bercakap benar, jujur, Gareth Southgate seorang yang sangat menakjubkan. Dia sungguh luar biasa dan dia sudah menjalankan tugasnya dengan sangat hebat.”

Roy Keane turut memberikan pujian yang menggunung pada Southgate dengan menyatakan yang pengurus England itu telah melakukan kerja yang cukup sempurna dan berhak mendapat segala pujian yang ada di dunia ini.

“Gareth benar berhak untuk dapat segala pujian dalam dunia.”

Jelas legenda Ireland itu.

“Dia sudah melakukan tugasnya dengan sempurna, sangat-sangat sempurna, saya berbangga untuk Southgate dan England berhak atas kejayaan ini.”

“Pemain terbaik dalam perlawanan ini saya rasa Kasper Schmeichel dan ia memang terbukti. England bertuah dengan penalti itu, tapi mereka memang berhak untuk itu.”

Tiket perlawanan akhir saingan Euro 2020 yang menemukan England bertemu Itali di Wembley pada hujung minggu ini telah dijual dengan harga £20,000 oleh peminat secara atas talian.

Ia merupakan perlawanan akhir pertama untuk skuad The Three Lions dalam kejohanan besar sejak kali terakhir mereka lakukan pada tahun 1966 yang lalu.

Dan kerana itulah para peminat begitu gembira dan teruja meraikan kejayaan tersebut dan laungan it’s coming home makin kuat dilaungkan pada ketika ini.

Para peminat kini bergembira untuk meraikan kebarang kalian untuk mereka menjulang kejuaraan Euro pertama negara di tanah air mereka sendiri.

Namun begitu, bukan mudah untuk mereka menonton secara langsung perlawanan akhir tersebut jika tidak mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh.

Boleh beli rumah semi D untuk harga tiket final Euro

Dan kerana itulah para peminat begitu gembira dan teruja meraikan kejayaan tersebut dan laungan it’s coming home makin kuat dilaungkan pada ketika ini.

Para peminat kini bergembira untuk meraikan kebarang kalian untuk mereka menjulang kejuaraan Euro pertama negara di tanah air mereka sendiri.

Namun begitu, bukan mudah untuk mereka menonton secara langsung perlawanan akhir tersebut jika tidak mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh.

Sementara Seatsnet pula menawarkan tiket perlawanan akhir pada hujung minggu nanti dengan nilai £5,000 setiap satu. Mengarut bukan?

Harga yang sungguh menjengkelkan dengan ulat tiket benar-benar mengaut keuntungan tidak masuk akal untuk menjual tiket perlawanan akhir itu.

Selepas tiket yang dijual sendiri oleh UEFA kepada umum habis, maka ulat-ulat tiket pun bergelimpangan keluar mencari mangsa dengan menawarkan harga yang tak masuk akal.

Terdapat laporan yang menyatakan berkemungkinan 90,000 penyokong akan menonton aksi perlawanan akhir itu dan ia tentunya akan mencipta atmosphere yang luar biasa.

Menonton di rumah atau melepak di pub beramai-ramai adalah jalan terbaik untuk peminat yang rasa mereka tak mampu untuk mengeluarkan dana yang begitu gila itu.

Peminat England teruja untuk menonton aksi perlawanan akhir itu kerana mereka telah berdekad lamanya melaungkan kata keramat it’s coming home, namun masih tak coming juga.

Kali ini, Piala idaman mereka sudah kembali ke bumi England memandangkan aksi perlawanan akhir sendiri dilangsungkan di Wembley.

Namun apa yang diinginkan oleh peminat The Three Lions adalah mereka mahu melihat pasukan kesayangan mereka menjulang Piala tersebut selepas tamat perlawanan akhir tersebut.

Sumber: SB

Politic For All

BACA:  Neville Bidas Tindakan Kurang Cerdik Antony Yang Koyak Terhadap Doku