Gary Neville Tuduh Perdana Menteri Britain Menggalakkan Kebencian Perkauman

Bekas pertahanan Manchester United dan England, Gary Neville telah menuduh Perdana Menteri Britain, Boris Johnson sebagai penghasut yang menggalakkan lagi api kebencian perkauman walapun selepas Johnson menciap mengeji tindakan sesetengah penyokong yang menghamburkan kata-kata berbaur perkauman kepada tiga pemain England yang gagal menyudahkan sepakan penalti ketika menentang Itali.

Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka – ketiga-tiganya gagal menewaskan penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma dalam penentuan sepakan penalti perlawanan akhir Euro 2020 lantas menyebabkan Itali muncul juara.

Ketiga-tiga pemain ini menerima kecaman dan cacian berbaur perkauman di media sosial mereka, dengan FA England, kelab Sancho dan Rasford – Manchester United dan kelab Saka – Arsenal, telah pun mengeluarkan kenyataan mengeji tindakan penyokong yang cetek akal tersebut.

Perdana Menteri Johnson telah menciap di akaun Twitternya mengeji insiden tersebut, di mana dia menulis;

“Pasukan England ini patut diangkat sebagai wira, bukan salah laku perkauman di media sosial.

“Mereka yang terlibat dengan salah laku ini patut berasa malu dengan diri mereka sendiri.”

Sebelum kejohanan bermula, Johnson dikatakan gagal untuk memberikan sokongan kepada keputusan pemain England untuk berlutut sebagai tanda bantahan kepada segala jenis bentuk salah laku perkauman, dan bekas pertahanan England dan Manchester United, Neville berkata, dia patut tunjukkan pendiriannya dan  fikir dulu sebelum keluarkan sebarang kenyataan.

“Aku baru baca berita korang yang kata PM kutuk salah laku perkauman terhadap pemain England, ujar Neville kepada Sky News.

“Si Perdana Menteri pernah cakap sebelum ni yang sebenarnya okay je bagi rakyat negara ini mencemuh pemain yang cuba menggalakkan kesamaan dan membela daripada salah laku perkauman.

“Dua atau tiga minggu yang lalu, kita ada seorang pengurus (Gareth Southgate) aku rasa semua orang dalam negara ni percaya ke dia, seorang pemimpin yang semua orang dalam negara ni percaya.

“Kita ada pemain yang berbaris selama lima hari dan memberitahu kita bahawa mereka akan berlutut menentang perkauman dan mempromosi kesamaan.

“Kita ada menteri tingkat tinggi termasuk Perdan Menteri di negara ini yang kata okay je untuk rakya tkita mencemuh mereka yang berlutut menentang perkauman dan menggalakan kesamaan.

“Benda ni bermula dari atas. Apa yang kau fikir akan berlaku dalam hidup di kalangan orang yang di bawah?

“Mak ayah buat benda, anak anak ikut.

“Kenapa kita nak terkejut lagi pasal ni sebenarnya? Kut kut mana pun memang kau kena tengok punca di akar dalam isu ni.

“Ada banyak perbezaaan pendapat dalam negara ini sepanjang dua atau tiga tahun lepas. Macam mana Brexit didebatkan. Bukan Brexit pun sebenarnya [yang diperdebatkan], kekal atau keluar – cara yang betul untuk diperdebatkan. Semua ni menggalakkan perpecahan.

“Tindakan berlutut sepanjang bulan lalu menentang perkauman telah diperlekeh oleh pembesar tertinggi pegawai negara.

“Apabila kita tengok adanya salah laku perkauman selepas perlawanan bola sepak di hujung kejohanan, aku memang agak dah [ia akan berlaku] sebab memang ada, dan sebenarnya ia dipromosikan oleh Perdana Menteri yang memanggil wanita Islam sebagai peti surat, dia cakap mereka nampak macam peti surat.

“Jujurnya, kita memang kena buat sesuatu pasal ni. Aku selalu cakap dalam TV, tapi aku dituduh menghentam parti Konservatif.

“Ini bukan pasal Konservatif atau Buruh atau Liberal Demokrat, isu ni berkait rapat dengan integriti, berkenaan dengan buat perkara yang betul.

“Aku sentap la jugak yang kita ni kononnya terkejut kononnya kita bincang pasal ni. Aku tahu dah lepas je Rashford, Saka dan Sancho terlepas penalti tu, aku tahu kita akan sembang salah laku perkauman sebagai tajuk utama berita.

“Orang yang terlibat perlu bertanggungjawab, syarikat media sosial kena buat sesuatulah, UEFA pun kena mula buat sesuatu.

“Tapi secara umumnya, kita kena menggalakkan inklusif, kita galakkan kesamarataan, kita galakkan kebersamaan dan kekitaan, dalam hidup kita.

“Kita dah tak nampak benda ni dalam hidup kita sejak dua atau tiga tahun lepas dah.”

Sumber : Mirror

BACA:  Neville Percaya United Perlu Tandatangani Pemain Ini Berbanding Declan Rice