Gerakan Solo Messi Ketika Bertemu Colombia Membuktikan Kemampuan Fizikal Beliau Sungguh Menakjubkan

Lionel Messi membuktikan kekuatan fizikal beliau benar-benar underrated selepas mempamerkan aksi larian solo yang cukup menakjubkan ketika bertemu Colombia dalam saingan Copa America awal pagi tadi.

Ketua pasukan Argentina yang ketika ini berusia 34 tahun itu sedang berada di tahap persembahan terbaiknya di pentas saingan Copa America bersama skuad kebangsaannya.

Skuad kendalian Lionel Scaloni itu berjaya mengesahkan tempat untuk mereka beraksi di pentas perlawanan akhir selepas menewaskan Colombia menerusi penentuan sepakan penalti di peringkat separuh akhir.

Messi yang kini merupakan pemain berstatus free ejen itu telah berjaya menjaringkan empat gol dan mencatatkan lima assists untuk skuad Argentina dalam saingan Copa America tahun ini.

Lautaro Martinez berjaya meledak gol pembukaan untuk Argentina seawal minit ke-7 permainan dalam perlawanan yang dilangsungkan di Estadio Nacional Mane Garrincha itu.

Namun Colombia berjaya untuk kembali bangkit pada aksi babak kedua permainan hasil jaringan Luis Diaz pada aksi babak kedua permainan untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Walaupun perlawanan itu berlanjutan sehingga ke penentuan sepakan penalti, namun aksi Messi melakukan larian solo untuk melancarkan serangan pantas pada aksi babak kedua permainan berjaya mencuri tumpuan peminat.

Legenda Barcelona itu telah menunjukkan larian pantas yang sungguh menakjubkan dengan kekuatan badan yang tidak terduga ketika beliau melepasi Juan Cuadrado dengan mudah.

Davinson Sanchez awalnya cuba memintas Messi ketika pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu melakukan larian pantas masuk ke kawasan Colombia.

Namun Sanchez tak mampu menandingi kelajuan dan kekuatan Messi menyebabkan beliau tersembam ke tanah sambil melihat bintang Argentina itu terus berlari masuk ke kawasannya.

Messi akhirnya terkandas di tangan Wilmar Barrios yang terpaksa melakukan terjahan keras untuk menghalangnya dari terus masuk ke dalam kotak penalti dengan larian solonya yang mengagumkan.

Jika beliau tidak melakukan terjahan itu, Messi tentunya dengan mudah akan melepasi beliau dan mungkin akan menghasilkan sesuatu untuk skuad Argentina.

Pengadil perlawanan, Jesus Valenzuela telah melayangkan kad kuning kepada Barrios atas terjahan keras yang beliau lakukan itu.

Barrios dilayangkan kad kuning

Pemain defensive midfielder untuk skuad Zenit Saint Petersburg itu bengang dengan keputusan pengadil perlawanan yang melayangkan kad kuning ke atasnya.

Namun mujur saja beliau tidak dilayangkan dengan layangan kad merah oleh pengadil perlawanan kerana tindakannya yang terang-terangan membantah keputusan pengadil.

Messi terduduk selepas dijatuhkan

Peminat di media sosial begitu teruja melihat kekuatan Messi yang tidak rebah dihalang oleh dua pemain Colombia sebelum dijatuhkan di hadapan kotak penalti pasukan lawan.

“Cara bagaimana beliau menghadang asakan pemain lawan nampak macam mudah. Dia memang GOAT sebenar.”

“Kekuatan dan kelajuan seperti itu di minit ke-88 untuk pemain yang sudah berusia 34 tahun sememangnya satu hal yang menakjubkan.”

“Di usia 34 tahun, orang kata jika Messi tiba di usia ini, dia tak akan mampu berlari selincah seperti dahulu. Tapi tengok apa dia buat. Seorang pemain berusia 34 tahun mampu berlari sepantas itu dengan kekuatan seperti itu pada minit ke-87. Hebat.”

“Mengasari dia adalah satu-satunya cara untuk halang dia, jika dia dilepaskan Argentina sudah menang sebelum perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.”

Argentina berjaya menewaskan Colombia menerusi penentuan sepakan penalti seterusnya melayakkan skuad kendalian Lionel Scaloni itu untuk beraksi di pentas perlawanan akhir.

Messi dilihat sempat menganjing Yerry Mina selepas sepakan penalti bintang Colombia itu berjaya diselamatkan oleh Emiliano Martinez.

Argentina akan berdepan dengan Brazil dalam perlawanan akhir saingan Copa America di Maracana pada 11 Julai nanti.

Perlawanan akhir yang menemukan kedua-dua gergasi Amerika Selatan itu sememangnya pertembungan yang paling dinanti-nantikan oleh para peminat.

Kedua-dua pasukan sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini dengan peminat tentu teruja untuk menyaksikan pertembungan antara Messi dan Neymar.

Brazil berhak untuk menang selepas mereka melalui musim ini dengan cukup cemerlang, begitu juga dengan Argentina.

Lionel Messi tentunya mahu memastikan beliau mampu untuk menjulang Piala pertamanya bersama skuad kebangsaan Argentina.

Jadi jelas perlawanan ini akan menyajikan aksi yang menakjubkan dan tentunya berbaloi untuk ditonton.

Sumber: SB

Messybarca

BACA:  Messi Atau Ronaldo Pilihan Alex Morgan