Guardiola Kagum Dengan Semangat Juang Yang Ditunjukkan Mourinho

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata beliau kagum dengan cara Jose Mourinho menghadapi tekanan yang diterimanya ketika keputusan di atas padang tidak berpihak kepadanya.

Menjelang pertemuan derby Manchester malam ini di Etihad Stadium, Manchester United dianggap pasukan bukan pilihan walaupun mereka memiliki rekod yang agak baik di stadium tersebut. Kali terakhir United tewas di Etihad adalah pada November 2014, hampir 4 tahun yang lalu.

Mourinho dikenali sebagai pengurus yang tidak mudah mengalah walau sesukar mana pon keadaan

Manchester United juga jauh ditinggalkan Manchester City dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini dengan 9 mata menjadi pemisah.

Selepas mengharungi permulaan musim paling buruk dalam sejarah kelab, Mourinho dilihat kembali mendapat kepercayaan pemain dan peminat kelab tersebut selepas berjaya meraih 3 kemenangan berturut-turut dalam aksi terakhir. Paling membanggakan adalah kejayaan mereka menjinakkan gergasi Itali yang juga juara bertahan Serie A, Juventus di tempat lawan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah beberapa hari lalu.

Walaupun Manchester City jauh meninggalkan Manchester United dalam saingan liga, Guardiola meluahkan perasaan kagumnya melihat bagaimana Mourinho mengharungi tempoh yang menyeksakan sepanjang karier pengurusannya.

“Saya kagum dengan semua pengurus, bukan sahaja Jose, terutamanya ketika mereka menghadapi masalah yang sukar.”

Pep sedar beliau juga akan merasai apa yang Mourinho rasai ketika ini apabila gagal meraih keputusan seperti yang dikehendaki

“Situasi yang Jose hadapi ketika ini, saya pernah rasainya dahulu. Apabila keputusan pasukan menjadi buruk, saya juga akan berada dalam posisi yang sama.”

“Saya mahu menewaskan semua pengurus yang lain. Kami semua bukan kawan – tidak semestinya kami perlu menjadi kawan. Tetapi kami semua berkongsi jawatan yang sama dan apabila pengurus lain merana, saya tahu lambat lain saya juga akan merasai pengalaman tersebut.”

“Saya sangat kagum dengan pengurus yang mampu memberi reaksi atau response ketika berada dalam keadaan yang sukar, contohnya selepas tewas sesuatu perlawanan. Saya dan Jose, kami semua sama sahaja.”

Adakah tangisan seperti ini akan berulang malam nanti ?

“Sasaran yang diletakkan terhadap kami amat tinggi. Jika kami tidak menang, kami akan gagal mencapai sasaran. Jose telah memberikan reaksi dan masih berdiri teguh walaupun mengharungi permulaan musim yang mencabar.”

“Kami semua perlu memenangi kesemua kejohanan yang kami sertai. Saya dan Jose berkongsi situasi yang sama dalam perkara ini.”

BACA:  Guardiola Berjaga-Jaga Dengan Ancaman Yang Dibawa Vardy