Harry Kane Bakal Ditawarkan Kontrak 5 Tahun Yang Bernilai £80 Juta

Prospek paling hangat dalam jendela perpindahan musim panas ini Harry Kane dilaporkan bakal ditawarkan kontrak selama 5 tahun yang bernilai £80 juta atau £16 juta setahun atau £1.3 juta sebulan atau £300,000 seminggu.

Pasukan yang dilaporkan bersedia menawarkan kontrak yang mewah itu namun sesuai dengan reputasi Harry Kane adalah pasukan dari bandar Manchester iaitu Manchester United dan Manchester City.

Kedua-dua kelab Manchester ini sangat memerlukan seoarang penyerang tulen seperti Harry Kane untuk menguatkan jentera serangan pasukan masing-masing dan mampu dari segi kewangan.

Manchester City kehilangan Sergio Aguero yang telah tamat kontraknya pada penghujung musim ini dan sudah pasti mahu mencari pengganti setanding Aguero.

Manchester United pula walaupun sudah menyambung kontrak Edison Cavani untuk setahun lagi yang merupakan penyelesaian jangka masa pendek sudah pasti mahukan Harry Kane yang mampu menyelesaikan masalah penyerang untuk tempoh 4 atau 5 tahun lagi.

Jika perpindahan ini menjadi kenyataan maka yuran perpindahan sebanyak £100 juta tak lari dan Kane menikmati kenaikan gaji sebanyak £70,000 seminggu. Sikit je kan?

Khabar angin yang bertiup menyatakan bahawa Harry Kane lebih berat kepada Manchester yang biru yang dilihat sebagai jalan terbaik untuk menjulang piala dambaan seorang pemain.

Jika Harry Kane kekal di Premier League pasti Manchester City menjadi pilihan dan Pep Guardiola ketika ditanya mengenai berita ini terus tidak melayan.

“Kane pemain Tottenham, Silakan.. Soalan seterusnya.” Ujar Pep Guardiola yang mengelak dari menjawab persoalan ini.

Harry Kane bakal menggalas tanggungjawab bersama pasukan England di EURO 2020 dan pasti mahu menyelesaikan perkara ini sebelum kejohanan bermula agar fokus tidak terganggu.

Sebelum ini Harry Kane telah memberitahu Tottenham Hotspur bahawa beliau mahu meninggalkan kelab pada musim panas ini walaupun kontraknya akan tamat pada tahun 2024.

Keinginan Kane untuk mendakap piala sudah pasti membuak-buak selepas gagal dalam beberapa kali percubaan walaupun meledak puluhan gol saban tahun.

Pada tahun 2017, Harry Kane telah meluahkan betapa keinginannya untuk menjulang trofi.

“Aku hanya mahu menang, aku nak menang trofi. Aku rasa tak pernah pun sehari aku lalui tanpa memikirkan bahawa aku nak menang sesuatu.”

“Aku nak menang Premier League, aku nak menang Champions League, aku nak menang FA Cup. Dalam tempoh tiga tahun jika aku tidak menang trofi pasti aku akan kecewa.”

“Dalam tempoh tiga tahun bila kau berjalan ke pusat latihan akan terdapat di dinding tertera contengan juara Premier League atau juara FA Cup atau juara piala Eropah.”

Selepas tiga tahun bersama Spurs apa yang diharapkan oleh Kane tidak kunjung tiba dan impian Champions League pula hanya selangkah namun terciduk di kaki Liverpool.

Pada musim lalu Harry Kane hampir mengangkat kaki namun terus sabar untuk kekal sehingga musim ini. Segalanya sudah diberikan Kane namun tiada kejuaraan yang kunjung tiba.

Bekas penyerang berbisa Manchester United, Teddy Sheringham telah mendesak Setan Merah mendapatkan Harry Kane dengan apa jua cara pada musim panas ini.

“Dari pandang Manchester United, jika kau boleh dapatkan maka dapatkan beliau. Kau sembang pasal Harry Kane kot.”

“Bagi aku Kane ni pemain penyerang paling power di dunia, orang bercakap pasal Haaland, budak muda terbaik yang hadir dengan prestasi menakjubkan tapi Harry Kane ni nombor 9 terbaik dunia kot.”

“Penyokong Spurs pasti tidak mahu mendengar berita ini tapi mereka dengar sejak tiga musim lepas. Harry Kane pemain yang mahal, terbaik dan semua orang berebut.”

Walaupun Haaland telah menggegar dunia bola sepak namun Kane telah telah terbukti hebat dan lama melakukan perkara itu dan dilakukan secara konsisten sejak 4 atau 5 musim yang lalu.

BACA:  Pemain Bintang Yang Kini Bersama Arsenal Hampir Menyertai Spurs Pada Tahun 2012