Heynckes: Lupakan Sahaja Niat Anda, Lewandowski Bukan Untuk Dijual

Pengurus Bayern Munich, Jupp Heynckes berkata Robert Lewandowski akan terus kekal di Allianz Arena untuk satu jangka masa yang lama.

Heynckess juga percaya pemain antarabangsa Poland itu akan memintas rekod beliau dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab tersebut tidak lama lagi.

Lupakan sahaja niatmu Florentino Perez

Prestasi cemerlang yang dipamerkan Lewandowski sejak berpindah daripada Borussia Dortmund telah menarik minat Real Madrid yang bersedia untuk berbelanja besar bagi mendapatkan khidmat pemain tersebut pada jendela perpindahan yang akan datang.

Real Madrid dilaporkan bakal melakukan rombakan besar-besaran bagi memperkuatkan pasukan mereka untuk saingan musim hadapan selepas mengharungi musim yang mengecewakan dalam peringkat domestik.

Walaubagaimanapun pengerusi Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge menegaskan pemain tersebut bukan untuk dijual dan percaya Lewandowski juga tidak mempunyai sebarang niat untuk berpindah.

Bila nak datang sini ? Aku dah bosan dengan Benzema

“Saya percaya Robert Lewandowski seratus peratus akan bermain untuk Bayern Munich musim hadapan. Apa yang mampu mengubah keputusan kami berkenaan Robert ?”

“Saya ingat lagi pada tahun 2008 ketika kami menerima tawaran yang cukup lumayan daripada Chelsea untuk mendapatkan khidmat Frank Ribery.”

“Sejak daripada itu, semua pihak dalam dunia bolasepak tahu yang tiada kelab mampu mendapatkan pemain Bayern Munich tanpa persetujuan pihak kelab.”

Kenyataan Rummenigge itu turut disokong oleh jurulatih Bayern, Jupp Heynckes yang tidak mahu melihat penyerang kesayangannya itu meninggalkan kelab tersebut pada musim panas nanti.

Beliau mendakwa spekulasi yang timbul mengatakan Lewandowski bakal berhijrah ke Real Madrid adalah permainan pihak media Sepanyol semata-mata.

“Saya kenal bagaimana media Sepanyol macam mana, mereka suka mencipta spekulasi. Saya percaya Lewandowski akan terus kekal di Bayern dan memecahkan rekod jaringan Bundesliga saya dalam masa dua atau tiga tahun yang akan datang.”

Bayern Munich akan kembali menyambung aksi di peringkat domestik dengan pertemuan penting menentang seteru utama, Borussia Dortmund hujung minggu ini.

Bayern berpeluang mengesahkan kejuaraan Bundesliga buat kali ke-6 berturut-turut dalam perlawanan tersebut sekiranya keputusan di tempat lain berpihak kepada mereka.

Sekiranya Bayern menang ke atas Dortmund di esok, mereka bakal ditabalkan sebagai juara Bundesliga musim ini dengan syarat penghungi tangga ke-2, Schalke 04 gagal mencatatkan kemenangan ke atas Freiburg.

Jangan lupa awal pagi Ahad. 12.30 a.m. Bayern lawan Dortmund

Pemain antarabangsa Jerman, Jerome Boateng disahkan cergas untuk turun beraksi selepas mengalami kecederaan ketika perlawanan persahabatan Jerman menentang Brazil tempoh hari. Jerman tewas tipis 1-0 dalam perlawanan tersebut, hasil jaringan Gabriel Jesus.

Walaupun menerima berita gembira berkenaan Boateng, Heynckes berkata Arturo Vidal dan Juan Bernat tidak akan dapat beraksi kerana masalah kecederaan.

“Vidal mengalami luka yang teruk di bahagian ketingnya. Bernat pula mengalami bengkak di lutut beliau, jadi Bernat tidak akan dapat bermain. Selain daripada itu, semua pemain lain cergas dan bersedia untuk diturunkan.”

BACA:  Bayern Munich Bincang Beli Raphael Varane Januari Ini