Imbas Kembali Detik Kane Dipaksa Tonton Semula Aksi Keji Beliau Ketika Temu Bual Lepas Perlawanan

Video Harry Kane dipaksa menonton semula ulang tayang aksi keji beliau ketika bertemu Arsenal sebelum ini kembali tular di media sosial selepas beliau terpalit dengan satu lagi insiden yang menunjukkan beliau anak emas FA England.

Harry Kane melakukan kekasaran ngeri ke atas Andrew Robertson ketika aksi pertembungan antara Spurs bertemu Liverpool kemarin, namun beliau terselamat dari dilayangkan kad merah.

Ketika aksi terikat 2-2 antara Liverpool dan Spurs di Tottenham Hotspur Stadium itu, Kane dilaporkan selayaknya dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan merbahaya ke atas pemain full-back Liverpool itu.

Beliau selepas tamat perlawanan telah mendakwa yang dirinya hanya memenangi bola secara adil, walaupun rakaman kejadian menunjukkan sebaliknya yang berlaku.

Para peminat bengang melihat Kane menafikan hal yang sudah terang lagi bersuluh seperti itu, dan meminta pihak media supaya menunjukkan rakaman ulang kepadanya ketika sedang menemu bual beliau.

Permintaan peminat itu mengingatkan ramai kepada satu insiden yang melibatkan ketua pasukan England itu pada 2019 yang lalu.

Harry Kane ketika itu ditemu bual oleh Geoff Shreeves dari Sky Sports dengan beliau ketika itu ditunjukkan rakaman ulang aksi keji yang beliau lakukan di skrin kecil yang ada disebelahnya.

Ketika Shreeves bertanya adakah beliau patut dihadiahkan dengan sepakan penalti ketika aksi terikat 2-2 bertemu Arsenal itu, Kane menjawab:

“Saya perlu tonton semula insiden itu.”

Sebaik sahaja beliau menghabiskan ayat, kamera dengan segera menunjukkan ke arah TV kecil yang ada disebelahnya, dan memainkan semula ulang tayang aksi ketika kejadian dimaksudkan berlaku.

Kane agak terkejut melihat TV itu dengan beliau kemudiannya menyatakan bahawa:

“Saya rasa dia melakukan ‘tired tackle’.”

“Saya rasa saya sudah separuh perjalanan untuk dapat tapi ketika kamu dalam kotak, situasi memang 50/50.”

“Pengadil perlawanan berkemungkinan fikir saya mencari penalti, tapi saya sebenarnya sekadar cuba untuk melindungi bola.”

“Itu lah apa yang berlaku. Ia mungkin boleh diberi, dan ada kala setengah perlawanan dia tak akan beri sama seperti hari ini. Jadi, kita perlu bangun dan lupakan.”

Seandainya tiada ulang tayang, Kane jelas sekali akan menunjukkan yang beliau sebenarnya mangsa keadaan dan akan menganggap pengadil dengki sebab tidak mahu menghadiahkan sepakan penalti kepadanya.

Begitu jugalah dengan insiden yang melibatkan beliau dengan Andy Robertson, dengan Kane jelas sekali mengarut ketika mendakwa beliau memenangi bola secara adil.

Beliau bahkan langsung tidak memenangi bola itu, dengan tapak bootsnya sahaja yang tepat mengenai keting Robertson, dan bola kemudian terbias terkena tangan beliau.

Ramai yang percaya Kane selayaknya dilayangkan dengan layangan kad merah kerana melakukan terjahan merbahaya itu yang berpotensi untuk menyebabkan Robertson cedera parah.

Robertson bernasib baik kerana beliau sempat mengangkat kakinya, jika kaki beliau masih berpijak di bumi yang nyata, beliau berkemungkinan akan terpakss diusung keluar meninggalkan padang.

Dek kerana terjahan Kane itu terlalu bahaya lah yang menyebabkan Jurgen Klopp memaki hamun pengadil perlawanan kerana bersikap tidak adil.

Bukan hanya Klopp, bahkan ramai lagi pundit yang turut bersependapat dengan Jurgen Klopp dan merasakan pengadil perlawanan terlalu manjakan Harry Kane.

Kerana insiden itu jugalah semakin ramai yang percaya Kane sentiasa mendapat kelebihan ketika beraksi kerana beliau merupakan ketua pasukan skuad The Three Liones.

Rasanya kalau waktu temu bual lepas tamat perlawanan tu Kane dipaksa tonton semula video beliau tackle Robbo, apa agaknya akan beliau jawab? Adakah beliau masih berani untuk mendakwa yang dirinya memenangi bola? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Bayern Munich Mula Rangka Pelan B Selepas Bidaan Kedua Untuk Kane Ditolak Spurs