Ince: Sanchez Punca Prestasi Pogba Merudum

Bekas pemain Manchester United, Paul Ince mendakwa ketibaan Alexis Sanchez di Old Traffard merupakan punca utama mengapa prestasi Paul Pogba merudum kebelakangan ini.

Ince turut berkata pemain antarabangsa Perancis ini tidak biasa berkongsi tumpuan dengan pemain lain di atas padang, dan disebabkan perkara tersebut permainan Pogba agak terjejas.

Sanchez didakwa menjadi punca kejatuhan Pogba. Setuju?

Sanchez tiba dari Arsenal pada tirai perpindahan Januari dalam satu perjanjian pertukaran pemain, dengan Henrikh Mkhitaryan berpindah ke arah bertentangan.

Walaupun mempunyai Sanchez bermain di bahagian sayap kiri, keputusan United gagal berubah dengan drastik. Red Devils tewas dua dari tiga perlawanan  Liga Perdana Inggeris terakhir mereka dan semakin jauh ditinggalkan pendahulu, Manchester City.

Pogba merupakan pemain yang paling teruk terjejas ketika ini. Beliau dikeluarkan sebaik sahaja Newcastle memperoleh gol pendahuluan dengan Jose Mourinho memasukkan Michael Carrick menggantikan tempat beliau untuk mencari gol penyamaan.

Adakah Mourinho akan mengekalkan Pogba dalam kesebelasan utama selepas ini?

Ince berkata kehadiran Sanchez telah menjejaskan prestasi Pogba kerana bekas pemain Juventus ini tidak biasa berkongsi tanggungjawab dan tumpuan dengan pemain lain.

“Sejak Sanchez menyertai Manchester United, mood dan keyakinan Pogba telah turun dengan mendadak dari apa yang kita lihat pada awal musim ini. Beliau kelihatan seperti seorang pemain lain.”

“Salah satu punca adalah sebelum kehadiran Sanchez, Pogba adalah pemain paling penting dalam pasukan. Beliau adalah raja di United dan semua pihak bercakap mengenainya.”

“Akan tetapi ketibaan Sanchez telah menarik segala perhatian daripada Pogba. Apa yang ingin saya katakan adalah di United, semua pemain adalah sama pentingnya. Kamu harus bermain seperti pemain terpenting dalam pasukan.”

Pogba fed up

“Jika kita lihat dalam perlawanan Newcastle tempoh hari, kita boleh lihat dari bahasa tubuh Pogba yang beliau sudah naik menyampah. Walau apapun yang berlaku, masalah ini perlu diselesaikan dengan segera.”

Walaupun mengalami kekalahan di tangan Newcastle hujung minggu lalu, Manchester United masih lagi berada di tangga ke-2 liga dihadapan Liverpool, Chelsea, Spurs dan Arsenal.

Mereka akan meyambung aksi dengan berkunjung ke Huddersfield Ahad ini dalam pusingan ke-5 Piala FA sebelum bertemu Sevilla dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara pertengahan minggu depan.

BACA:  Antonio Conte Berminat Dapatkan Khidmat Vidal & Sanchez