Individu Ini Meneka Tepat Keputusan Turki 0-3 Itali Temasuk Senarai Penjaring

Seorang individu telah meneka dan meramalkan dengan tepat keputusan perlawanan pembukaan Euro 2020 yang menemukan Itali dan Turki yang berakhir dengan keputusan 3-0 berpihak kepada Itali.

Setakat meneka jaringan gol adalah boleh dianggap sukar dan kebarangkalian meneka dengan tepat agak tinggi tetapi meneka penjaring gol dengan tepat pula amat luar biasa.

Yang lebih luar biasa, tidak masuk akal dan di luar kotak adalah tekaan pemain Turki, Merih Demiral menjaringkan gol sendiri. Itulah yang dilakukan oleh seorang pengguna Twitter.

Laman Twitter rasmi Euro, UEFA EURO 2020 telah membuat satu ciapan mempromosikan laman permainan meneka jaringan gol sepanjang Euro 2020 ini berlangsung.

Seorang pengguna Twitter bernama VaneJuice telah membalas ciapan tersebut dengan satu tekaan pada jam 5:30 petang kira-kira 10 jam sebelum perlawanan:

โ€œTurkey 0-3 Italy
.
.
Immobile
Insigne
Demiral OGโ€

Tepat jam tiga pagi waktu Malaysia, maka perlawanan pembukaan antara Turki dan Itali telah pun berlangsung selepas upacara pembukaan gilang-gemilang dilakukan.

Seperti ramalan yang dilakukan oleh VaneJuice, Itali mudah menewaskan Turki dengan jaringan 3-0 dan penjaringnya adalah Ciro Immobile, Lorenzo Insigne dan Merih Demiral.

Merih Demiral telah menjaringkan gol sendiri yang menjadi gol pembukaan saingan Euro 2020 dan buat pertama kali dalam sejarah Euro, gol pertama kejohanan hadir melalui jaringan sendiri.

Akaun Twitter rasmi Uefa Euro 2020 sendiri kagum dan kaget dengan ramalan itu dan melabel VaneJuice sebagai pakar dalam ramalan Euro.

โ€œ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿคฏ Bravo, @VaneJuice ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘. Clearly a master #EUROpredictor! ๐Ÿ‘Šโ€

โ€“

โ€œ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿคฏ Bravo, @VaneJuice ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘. Jelas sekali anda pakar #EUROpredictor! ๐Ÿ‘Šโ€

Di laman Twitter VaneJuice menjadi sensasi dan ramai yang mahu beliau memberitahu dunia apa sahaja yang beliau tahu tentang bola sepak di masa akan datang.

Laman Twitter Sportbible pula telah melabel ramalan yang dilakukan oleh VaneJuice itu sebagai satu ramalan yang menyeramkan kerana ketepatan yang luar biasa.

โ€œNah ini sebenarnya satu ramalan yang menyeramkan ๐Ÿคฏโ€

Laman Twitter rasmi Goal pula telah bertanya adakah ramalan yang dibuat oleh VaneJuice sebagai ramalan yang terbaik sepanjang zaman?

โ€œRamalan terbaik sepanjang zaman? ๐Ÿคฏ๐Ÿคฏ๐Ÿคฏโ€

Selepas era kegemilangan peneka ramalan Paul Si Sotong dalam di Piala Dunia 2010 telah muncul binatang lain seperti Swiss guinea pig, Madame Shiva pada 2014 dan Brtitish Piranha Pele.

Kemudian pada Piala Dunia 2018 telah muncul seekor kucing putih dan pekak bernama Achilles, namun binatang-binatang ini tidak setanding Paul the lejen.

Achilles walaupun pekak mempunyai kebolehan yang lain apabila telah meneka dengan tepat Itali akan menang perlawanan menentang Turki.

Adakah VaneJuice akan membanggakan manusia apabila mengambil peneka ramalan tepat daripada binatang-binatang ini?

EURO 2020: Turki 0-3 Itali

Perlawanan pembukaan bagi Euro 2020 ini menemukan pasukan Turki yang turun menentang pasukan Itali yang berada dalam kumpulan A bersama Switzeland dan Wales.

Tertangguh selama setahun akhirnya European Championship atau Euro 2020 telah pun membuka tirainya sebagai tanda kejohanan bola sepak negara Eropah teragung telah pun bermula.

Satu laluan yang dijangka mudah buat Itali untuk mara ke pusingan kalah mati namun dalam kejohanan besar seperti ini kejutan boleh terjadi di mana-mana.

Upacara pembukaan dilangsungkan dengan penuh meriah di Stadium Olimpico yang terletak di Rome Itali dengan kehadiran kira-kira 16,000 orang penyokong hadir.

Penyanyi opera legenda, Andrea Bocelli telah mengalunkan lagu yang penuh beremosi Nessun Dorma yang nyata menaikkan bulu roma pendengar.

Percikan bunga api yang indah lagi mempesonakan telah mengiringi nyanyian Andrea Bocelli menjadikan pembukaan EURO 2020 sangat menakjubkan.

Kemudian dunia disajikan pula dengan nyanyian penuh semangat pemain Itali yang sudah terkenal di mata para peminat bola sepak ketika menyanyikan lagu kebangsaan Itali.

Bola untuk sepak mula perlawanan pula telah dibawa oleh sebuah mainan yang dikawal oleh alat kawalan jarak jauh untuk menghantar bola kepada pengadil.

Itali menurunkan pasangan pertahanan veteran mereka Giorgio Chiellini dan Leonardo Bonucci di mana gabungan umur dua pemain ini bersamaan 70 tahun namun pasangan ini tidak bolos dalam lapan kemenangan terakhir mereka dengan 25 gol dijaringkan.

Itali hadir ke Euro 2020 ini dengan semangat membara lantaran kelukaan yang amat mendalam selepas buat pertama kalinya gagal ke Piala Dunia pada tahun 2018.

Turki pula seperti biasa hadir ke kejohanan utama dunia dengan aksi yang menghiburkan dan semangat yang luar biasa yang memberi inspirasi. Turki sentiasa hadir sebagai Dark Horse atau kuda hitam.

Itali yang terkenal dengan corak permainan bertahan menampilkan aksi penuh garang dan bersemangat sama seperti ketika mereka menyanyikan lagu kebangsaan mereka.

Itali mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama namun gagal mencari gol pembukaan kejohanan. Dua sepakan penalti telah dinafikan oleh pengadil selepas bola terkena tangan pemain Turki.

Giorgio Chiellini hampir memecahkan kebuntuan dengan tandukan dari sepakan penjuru namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Turki, Ugurcan Cakir.

Lapan minit bersambung separuh masa kedua, akhirnya Itali berjaya memecahkan kebuntuan dan berada di hadapan selepas serangan bertali arus dilancarkan.

Hantaran lintang Domenico Berardi yang deras itu telah cuba dipotong oleh Merih Demiral malangnya bola telah tertolak ke gawang sendiri.

Gol pertama dan gol sendiri pertama di EURO 2020 adalah milik Merih Demiral dari Turki.

Pada minit ke-66 Ciro Immobile menggandakan kedudukan selepas meledak deras bola muntah hasil rembatan Leonardo Spinazzola yang ditepis Ugurcan Cakir.

Turki terus menampilkan aksi yang teruk lagi buruk serta tidak bermaya seperti Turki yang kita kenali selama ini dan mereka seolah-olah telah mengalah.

Penjaga Turki, Ugurcan Cakir telah membuat kelakar yang bukan-bukan apabila menghantar bola kepada Domenico Berardi yang terus menolak bola kepada Nicolo Barella.

Nicolo Barella menghantar pula kepada dan meneruskan larian untuk menarik pertahanan Turki. Ciro Immobile terus melorongkan bola kepada Lorenzo Insigne
yang tidak dikawal.

Tiada masalah untuk pemain yang berkualiti seperti Lorenzo Insigne untuk melencongkan bola menghasilkan gol ketika buat Itali dan kedudukan ini kekal hingga tamat perlawanan.

Kemenangan 3-0 Itali ini merupakan margin gol terbesar yang pernah terhasil dalam perlawanan pembukaan EURO sejak pertama kali dianjurkan.

Nampaknya kumpulan A akan menjadi sangat mudah buat Itali seperti diramalkan oleh ramai pihak.

Turkey: Cakir, Celik, Demiral, Soyuncu, Meras, Yokuslu, Karaman, Tufan, Yazici, Calhanoglu, Burak Yilmaz.

Subs: Gunok, Under, Tokoz, Bayindir, Antalyali, Kabak, Unal, Kokcu, Kahveci, Ayhan, Muldur, Dervisoglu.

Italy: Donnarumma, Florenzi, Bonucci, Chiellini, Spinazzola, Barella, Jorginho, Locatelli, Berardi, Immobile, Insigne.

Subs: Raspadori, Bastoni, Sirigu, Meret, Di Lorenzo, Belotti, Pessina, Emerson Palmieri, Chiesa, Acerbi, Cristante, Bernardeschi.

Referee: Danny Makkelie (Holland).

BACA:ย  Sepanyol Umum Skuad EURO 2020 Dan Tiada Pemain Real Madrid