Indonesia gagal menepati ramalan dan harapan seluruh penduduk Asia Tenggara yang mahu melihat pasukan Garuda melakukan kejutan ke atas Samurai Biru atau sekurang-kurangnya mencuri satu mata dalam perlawanan berlangsung di Stadium Al Thumama, Qatar.
Jepun menang mudah dengan tiga gol namun Indonesia tidak mengalah apabila berjaya meraih gol saguhati di penghujung perlawanan, walaupun tipis, Indonesia masih berpeluang untuk ke pusingan kalah mati dengan bergantung kepada keputusan perlawanan kumpulan E dan F.
โจ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ โจ
๐ฎ๐ถ Iraq and ๐ฏ๐ต Japan continue their march into the Round of 16 while ๐ฎ๐ฉIndonesiaโs fate now hangs in a balance!#AsianCup2023 | #HayyaAsia pic.twitter.com/dzDmaYqYYd
โ #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 24, 2024
Kini harapan terletak di bahu Malaysia untuk membenam Korea Selatan.
Ini merupakan pertemuan pertama Indonesia dan Jepun di Piala Asia. Dalam 9 pertemuan sebelum ini Jepun tidak pernah tewas dengan rekod 7 kemenangan dan 2 seri.
๐ฌ Sweetly struck by Ayase Ueda!#AsianCup2023 | #HayyaAsia | #JPNvIDN pic.twitter.com/qATN8Pa018
โ #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 24, 2024
Nyata perlawanan menjadi milik Jepun dengan 72 peratus penguasaan permainan dan pada minit ke-6 penyerang Feyenoord, Ayase Ueda meletakkan Jepun di depan melalui sepakan penalti.
Tujuh minit selepas sepak mula separuh masa kedua, Ayase Ueda sekali lagi meletakkan nama selaku penjaring untuk menggandakan kedudukan dan Indonesia semahunya sekurang-kurangnya mahu mencari satu gol.
Doan Ritsu orchestrating goal with the perfect assist! ๐๏ธ@qatarairways #GoingPlacesTogether#QatarAirways | #AsianCup2023 | #HayyaAsia | #JPNvIDN pic.twitter.com/678mEbYdpF
โ #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 24, 2024
Namun tiga minit sebelum tamat masa permainan sebenar Justin Hubner telah meletakkan bola ke gawang sendiri dan melebarkan jumlah bolos Indonesia.
Sandy Walsh telah menjaringkan gol saguhati Garuda di masa kecederaan selepas sekali Zion Suzuki mempamerkan aksi persis Andre Onana yang melepaskan gol mudah.
Dengan mengumpul tiga mata, Indonesia perlu berharap Jordan menang dengan jaringan 3 gol ke atas Bahrain dan mara dengan kelebihan jaringan serta berharap Oman dan Kyrgyzstan seri di kumpulan F.
Piala Asia 2023: Vietnam 0-1 Indonesia
Indonesia mendapat nafas baharu dalam kempen Kumpulan D di sainga Piala Asia AFC Qatar 2023 selepas berjaya menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Abdullah Bin Khalifa, hasil gol tunggal sepakan penalti Asnawi Mangkualam.
Kemenangan itu membawa Indonesia ke tangga ketiga dalam kumpulan D, berkongsi mata dengan Jepun menjelang pertemuan terakhir mereka pada hari Rabu, ketika Garuda menamatkan enam perlawanan tanpa kemenangan menentang pesaing hebat Asia Tenggara, Vietnam yang pastinya kecewa teruk.
Indonesia pastinya ketar ketir, goyang dik goyang turun bertemu Vietnam yang mempamerkan aksi meyakinkan walaupun tewas 4-2 kepada Jepun dan Indonesia tumpas 3-1 kepada Iraq dalam perlawanan pertama.
Kedua-dua pasukan memilih untuk membuat dua pertukaran dalam kesebelasan utama dengan Nguyen Quang Hai dan Nguyen Van Tung masuk untuk Vietnam manakala Sandy Walsh dan Egy Maulana Vikri diberi peluang permulaan untuk Indonesia.
FT | ๐ป๐ณ Vietnam 0๏ธโฃ-1๏ธโฃ Indonesia ๐ฎ๐ฉ
โจ This is what dreams are made of. Indonesia prevail in this epic encounter!#AsianCup2023 | #HayyaAsia | #VIEvIDN pic.twitter.com/mtDkeS8tXN
โ #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 19, 2024
Indonesia yang bermula lebih meyakinkan, Ivar Jenner menyuap Rafael Struick untuk gol pembukaan pada minit pertama tetapi penjaga gol Vietnam, Nguyen Filip lebih bersedia, beberapa minit kemudian, Struick sekali lagi datang dengan rembatan yang hanya melepasi tiang.
Bermula perlahan tetapi trio tengah Vietnam iaitu Quang Hai, Nguyen Tuan Anh dan Nguyen Thai Son mula mendapat lebih banyak bola dan pada pertengahan separuh masa, menghasilkan percubaan pertama mereka menemui sasaran menerusi tandukan Pham Xuan Manh tetapi ia tepat ke arah penjaga gol Indonesia, Ernando Ari.
Nguyen Filip terus berwaspada untuk menafikan satu lagi peluang Indonesia apabila Justin Hubner membuat hantaran ke tiang jauh untuk Walsh menangguk di gawang, bagaimanapun, Nguyen Filip berjaya menolak bola ke kawasan yang selamat tidak seperti Onana.
Tiga minit sebelum rehat, Indonesia akhirnya berjaya mendahului apabila kapten, Asnawi Mangkualam menyempurnakan sepakan penalti selepas Nguyen Thanh Binh dihukum kerana menarik jersi Struick. Taktik kotor Vietnam tidak berkesan di Piala Asia ditambah pula dengan kehadiran VAR yang teliti memantau.
#AsianCup2023โฏโฏโฏ
FT : Vietnam 0-1 Indonesia๐ฅ Pham Thanh 90+2'
โ
โฝ Asnawi Mangkualam 42' (P)ALHAMDULILLAH 3 ANGKA.. ๐คฒ๐ป๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ#Blibli @bliblidotcom pic.twitter.com/L1VF379SYO
โ Extra Time Indonesia (@idextratime) January 19, 2024
Ketua jurulatih Vietnam, Philippe Troussier melakukan dua pertukaran pada awal separuh masa kedua dengan memasukkan Khuat Van Khang dan Le Pham Thanh Long masing-masing menggantikan Pham Tuan Hai dan Thai Son, dan ia hampir membayar dividen serta-merta.
Vietnam mula menghujani percubaan demi percubaan ke gawang Indonesia dengan rembatan kencang Van Khang dari kiri memaksa Ernando Ari melakukan penyelamatan demi penyelamatan dengan baik, kemudian Tuan Anh lolos ke dalam kotak tetapi merembat bola tepat di atas palang.
Permainan dihentikan hampir lima minit pada minit ke-64 selepas Jordi Amat mengalami kecederaan di kepala berikutan pergelutan di udara dengan Van Tung dan akhirnya Jordi Amat tidak dapat meneruskan permainan terpaksa digantikan oleh Rizky Ridho.
Disebalik tekanan memuncak, Vietnam terus mendesak untuk gol penyamaan tetapi nasib tidak menyebelahi untuk mengulangi pencapaian suku akhir Piala Asia UAE 2019 apabila 10 pemain pada masa kecederaan selepas Thanh Long mengutip kuning kedua dalam permainan.
Indonesia hanya perlu menang menentang Jepun pada hari Rabu untuk mara ke saingan peringkat kalah mati manakala Vietnam akan bermain mencari ole-ole menentang Iraq yang sudah pun layak.
Piala Asia 2023: Jepun 4-2 Vietnam
Wakil Asia Tenggara Vietnam turun beraksi perlawanan pertama Piala Asia 2023 bagi saingan kumpulan D menentang gergasi bola sepak Asia Si Sang Samurai Biru, Jepun.
Jika dilihat di atas kertas sepertinya Vietnam pastinya menjadi lawan mudah buat Vietnam namun itu tidak terjadi apabila Vietnam memberikan segalanya.
Takumi Minamino seakan mahu memulakan pesta dengan jaringan melalui rembatan deras pada minit ke-11.
Namun jaringan itu hanya mampu bertahan selama lima minit, Dinh Bac Nguyen menyamakan kedudukan melalui tandukan ajaib berpunca dari sepakan penjuru ketua pasukan, Hung Dung Do.
Jaringan itu nyata menjadi tonik kepada Vietnam dan berjaya berada di depan pada minit ke-33 melalui Tuan Hai Pham yang deras menyambar bola muntah tandukan Bui Hoang Viet Anh.
Jepun tidak panik apabila Takumi Minamino menjaringkan gol penyamaan dengan penuh ketenangan penyudah.
Di masa kecederaan, Jepun terus melebarkan defisit kepada dua gol dengan rembatan lencong cantik Keito Nakamura yang hanya mampu dilihat Filip Nguyen.
Baki 45 minit permainan tiada gol tambahan di mana Jepun mengendurkan permainan mereka dan cukup untuk mengekang Vietnam dari melakukan kejutan ke atas mereka lagi.
Dalam satu perlawanan kumpulan D, satu lagi wakil Asia Tenggara, Indonesia akan bertemu Iraq.