Ini Alasan Mengapa Jurgen Klopp Tidak Memakai Cermin Mata Ikoniknya Lagi

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dilihat sudah tidak memakai cermin mata Ikoniknya lagi selepas beliau berjaya menjalani pembedahan mata pada musim panas lalu.

The Reds turun beraksi bertemu Norwich untuk aksi perlawanan pembukaan saingan Premier League musim baharu ini.

Mereka berjaya menewaskan pasukan yang baru naik ke saingan Premier League itu dengan keputusan 3-0 di Carrow Road awal pagi tadi.

Pelbagai insiden menarik yang berlaku sepanjang perlawanan tersebut, namun satu hal yang mencuri tumpuan ramai adalah penampilan Klopp yang sudah tidak memaki cermin mata Ikoniknya lagi.

Beliau dilihat berbeza tanpa cermin mata ikonik itu dengan para peminat ramai yang mempersoalkan mengapa Klopp sudah tidak memakai cermin mata tersebut.

Daily Mail telah mendedahkan yang Klopp sudah tidak memakai cermin mata tersebut kerana beliau sudah selesai menjalani pembedahan mata sejak tiga bulan yang lalu.

Sumber terdekat Klopp telah mendedahkan bahawa:

“Dia ada buat rawatan di bahagian mata dia dan ia berjalan dengan sempurna. Ia bermaksud yang beliau sudah tidak perlu untuk sentiasa memakai cermin matanya lagi. Tapi dia mungkin akan memakainya pada satu-satu ketika.”

Klopp telah memakai cermin mata yang berbingkai transparent itu sepanjang kariernya di England dan para peminat serta semua orang sudah terbiasa melihat penampilannya memakai cermin mata Ikonik itu.

Para peminat dengan segera mempersoalkan mengapa pengurus kesayangan mereka itu tidak memakai cermin mata ketika mengendalikan Liverpool dalam aksi bertemu Norwich awal pagi tadi.

Selepas mendengar alasan ini, para peminat sepertinya perlu membiasakan diri untuk melihat sosok Klopp tanpa cermin mata ikonik itu selepas ini.

“Melihat Klopp tanpa cermin mata seolah-olah melihat cikgu kita di luar sekolah. Ia macam tak sesuai.”

“Jurgen Klopp, sila pakai semula cermin mata kamu, atau saya akan terus menyokong Arsene Wenger selepas ini.”

“Klopp bahkan tidak memakai cermin mata ketika temu bual sebelum dan selepas perlawanan, saya rasa dia tidak akan memakainya lagi.”

“Klopp seharusnya dipecat kerana tidak memakai cermin mata, saya rasa macam orang lain yang berdiri di tepi padang semalam.”

Begitulah komen-komen dari para peminat yang terkejut melihat sosok Klopp tanpa cermin mata ketika aksi bertemu Norwich awal pagi tadi.

Walaupun tanpa cermin mata, anak-anak buahnya tetap mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan sepanjang perlawanan tersebut.

Liverpool berjaya menewaskan Norwich dengan keputusan 3-0 hasil jaringan dari Mohamed Salah, Diogo Jota dan Roberto Firmino.

Permulaan yang baik untuk Liverpool selepas mereka berdepan dengan kesukaran sepanjang musim lalu kerana ramai pemain pertahanan yang dibelenggu masalah kecederaan.

Virgil Van Dijk juga sudah kembali beraksi bersama skuad Liverpool selepas kali terakhir peminat melihat aksinya pada Oktober tahun lalu, sebelum diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Klopp turut menyebut tentang Van Dijk ketika bercakap dalam temu bual selepas tamat perlawanan, dan beliau turut mengakui pemain pertahanannya itu memerlukan sedikit masa untuk kembali ke tahap persembahan terbaiknya.

“Tidak ada sesiapa tahu, bahkan diri dia sendiri pun tak tahu, di mana kedudukan dia? Adakah dia 95%, 90%? Dari segi kecergasan saya jamin dia sudah 100%.”

“Di mana dia? Kalau terlalu teruk dia mungkin tidak akan bermain, tapi dari satu sudut pandangan, gaya permainan atau apa saja, ia sedikit berbeza, jadi setiap perlawanan akan bantu dia untuk semakin bagus.”

Jelas Jurgen Klopp.

“Saya sangat gembira melihat dia kembali beraksi di atas padang, terutama sekali ketika memenangi bola udara, dia nampak sangat bagus.”

Klopp nampak berbeza tanpa cermin mata

“Perebutan bola di udara kita ada dua gergasi, Van Dijk dan Joel Matip, kita sudah cukup bagus. Kita menjaringkan gol yang cantik, saya rasa jaringan Mo sungguh hebat, benar-benar hebat.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  PGMOL 'Reject' Aduan Liverpool Kerana Kelab Itu Dianggap Tidak Tahu Peraturan Bola Sepak