Inilah Jawapan Xavi Ketika Ditanya Adakah El Clasico Membuatkannya ‘Ghairah’?

Pengurus Barcelona, Xavi telah ditanya satu soalan yang agak janggal, adakah El Clasico akan membuatkannya berasa ‘ghairah’ dalam persediaannya mempersiapkan pasukan untuk bertandang ke Bernabeu bertemu musuh ketat mereka, Real Madrid.

El Clasico pada hari ini sudah kurang sengatnya selepas perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus, popularitinya semakin menurun selepas Lionel Messi pula angkat kaki ke kota Paris.

Barcelona minggu ini berada dalam situasi tegang dan agak bergolak dari segi motivasi selepas sekadar seri menentang Inter Milan di Champions League.

Keputusan seri ini meletakkan Barcelona sebelah kaki untuk ke Europa League melainkan keajaiban besar terjadi.

Kini mereka mempunyai ujian terbesar di La liga, Barcelona berdepan saingan sengit Real di Bernabeu pada hari Ahad, dengan pasukan Carlo Ancelotti belum tewas lagi musim ini di Liga.

Kedua-dua kelab mempunyai rekod yang sama setakat ini tetapi, selain bermain ditempat lawan, pasukan Xavi juga perlu mengatasi sumpahan Drake, dengan baju mereka untuk perlawanan itu mempunyai logo penaja daripada artis Kanada itu.

Walau apa pun situasinya, El Clasico sentiasa menjadi prospek yang mengujakan, walaupun kadangkala ia gagal untuk dilaksanakan, tetapi tidak begitu ‘mengujakan’ untuk membuatkan pengurus Barcelona itu ‘ghairah’.

Semasa sidang media pra perlawanannya, bekas pemain tengah itu ditanya sama ada perlawanan itu menjadikannya ‘cachondo,’ bahasa Sepanyol untuk ‘ghairah’.

“Saya tidak tahu sama ada ia membuatkan saya ghairah, saya tidak tahu sama ada itu perkataannya,” kata lelaki berusia 42 tahun itu.”

“Tetapi saya suka bermain menentang Real Madrid. Saya berdaya saing. Saya masih ingin menjadi pemain bola sepak untuk bermain dalam perlawanan seperti ini.

Xavi tidak dapat menggambarkan perkataan yang betul untuk El Clasico namun baginya ini adalah peluang untuk Barcelona menjarakkan kedudukan selaku pendahulu.

“Seperti hari menentang Inter. Dalam perlawanan ini di mana anda bangkit dan juga sebagai jurulatih. Ia menakjubkan untuk bermain permainan seperti ini.”

“Motivasi berada pada tahap tertinggi, ia adalah peluang untuk memanjangkan dalam pemimpin carta liga.”

Xavi telah meminta semua pihak bersabar dengan prancangannya, walaupun sudah pasti terkeluar dari Liga Juara-Juara, sambil menambah:

“Ia penting untuk kami dan untuk Real Madrid. Mari kita lihat siapa yang berada di atas. Tetapi projek itu masih dalam pembinaan.”

“Kemerosotan dalam Liga Juara-Juara mengganggu kami, tetapi kami berada di landasan yang betul.”

“Kami berada dalam situasi yang hebat dalam La Liga. Di Eropah prestasinya tidak baik, tetapi projek itu sedang dalam pembinaan dan ia tidak boleh dimusnahkan sekarang.”

Pasukan Xavi seri pada perlawanan pembukaan musim ini menentang Rayo Vallecano tetapi sejak itu telah memenangi tujuh perlawanan berturut-turut.

Keputusan itu meletakkan mereka setaraf di tangga teratas dengan pasukan Ancelotti, dengan kedua-dua pasukan mengumpul 22 mat dengan lima mata di hadapan Kelab Athletic di tempat ketiga.

Barca telah menewaskan saingan sengit mereka 4-0 dalam perlawanan di tempat lawan musim lalu dan juara 13 kali Liga Juara-Juara muncul menang di Nou Camp dan juga di separuh akhir Piala Super Sepanyol.

Barcelona berada dalam situasi bergolak minggu ini apabila beberapa orang pemain berang dan marah dengan Presiden Kelab, Juan Laporta yang mengkritik pemain yang tidak mahu menerima potongan gaji.

Kemarahan pemain adalah berasaskan kerana mereka berada di minggu yang penting di mana perlu menang ke atas Inter Milan namun sekadar seri dan kini El Clasico menanti.

Kritikan Juan Laporta hadir kerana dia dan ahli lembaga perlu mengeluarkan wang sendiri untuk dijadikan jaminan bagi menampung wang tidak cukup.

Natijah awalnya, Barcelona seperti sudah pasti gagal ke pusingan kalah mati Champions League dan Barcelona akan kehilangan duit yang agak banyak.

BACA:  "Kami Dah Kembali" - Pique Beri Amaran Yang Barcelona Sudah Kembali Menjadi Kuasa Besar Bola Sepak