Telah tular sejak semalam video kekecohan yang terjadi antara pemain Perak FC dan Johor Darul Ta’zim(JDT) selepas tamat perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh, Perak.
Kekecohan mula tercetus ketika para pemain dan pegawai kedua-dua pasukan bertanding serta pegawai perlawanan menuju keterowong untuk ke bilik persalinan.
Dalam video itu memaparkan pemain JDT, Naxto Insa kelihatan berlari kembali ke arah bangku simpanan dan seperti tidak berpuas hati dengan seseorang.
Suasana bertambah kecoh dengan suara teriakan mula kedengan dan Naxto Insa mula berlari ke individu yang menaikkan kemarahan beliau.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) March 21, 2021
Namun Naxto Insa sempat ditarik dan dipegang lalu ditenangkan supaya tidak membuat tindakan melulu dan dalam pada itu kedengaran juga kata-kata makian dalam bahasa Inggeris.
Punca sebenar yang membawa kepada kemarahan Natxo Insa agak kabur sehinggalah seorang wartawan ini memberikan penjelasan apa yang berlaku.
Menurut ciapan yang disertakan dengan video kejadian oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melalui laman Twitter beliau provokasi menjadi punca kepada kekecohan ini.
“Suasana tegang selepas perlawanan yang berpunca daripada provokasi pemain.”
Suasana tegang selepas perlawanan yang berpunca daripada provokasi pemain. pic.twitter.com/1O9wTxpQY2
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 21, 2021
Untuk rekod perlawanan antara Perak dan JDT sentiasa berlangsung dengan situasi agak panas yang melibatkan penyokong dan semuanya kerana provokasi.
Ketika perlawanan tiada kekecohan atau perbalahan yang terjadi dalam padang yang menyaksikan JDT bangkit mengikat Perak FC dengan gol lewat permainan.
Liga Super 2020/21: Perak FC 2-2 JDT
Perlawanan Liga Super saban tahun, minggu dan hari yang ditunggu-tunggu sudah pasti melibatkan pasukan JDT, itulah lumrah menjadi pasukan yang hebat.
Lawan yang menentang JDT pasti akan bermain 200 peratus dari prestasi asal untuk memberi tentangan sesengit yang boleh.
Keputusan seri dan berjaya mencuri mata dari pasukan yang hebat seperti JDT sudah mampu membanggakan dan membuatkan pasukan lawan mendabik dada.
Kemampuan pasukan liga super yang lain mencuri mata sudah pasti akan memberi kemeriahan dan kehangat lantaran dominasi JDT sejak 7 tahun yang lalu.
Sejak beberapa musim yang apabila liga memasuki pertengahan musim, JDT hanya perlu menghitung minggu sahaja untuk dinobatkan sebagai juara yang sah.
Perak FC yang agak bergelut musim ini selepas perginya Mehmet Durokovic mula menunukkan taring sebenar mereka ketika berdepan JDT.
Perak FC terlebih dahulu mendahului JDT FC pada separuh masa pertama dengan gol pembukaan pada minit ke-33.
Kejutan berterusan apabila Perak FC berjaya menggandakan kedudukan 2-0 hasil jaringan Guilherme De Paula sekali lagi pada minit ke-58.
Ketika ramai mula bersuka ria, Akhyar Rashid masuk pada minit ke-69 menggantikan Mohamadou Sumareh.
Pada minit ke-74, hanya 5 minit Akhyar Rashid merapatkan jurang kepada 2-1.
JDT menyamakan kedudukan melalui Leandro Velazquez hasil sepakan penalti pada minit ke-90+3 untuk mengikat kedudukan.
Perak hanya memerlukan dua percubaan tepat sahaja untuk menghasilkan gol berbanding JDT yang melakukan banyak percubaan merbahaya namun dinafikan ketangkasan Hafizul Hakim.
Ternyata kebangkitan JDT bangkit mengikat dengan jaringan minit akhir mengecewakan ramai dan mengoyakkan jiwa-jiwa para haters.
Kekalahan Terengganu FC kepada Sabah masih mengekalkan lagi JDT sebagai pendahulu Liga Super dengan 11 mata.