Ketika Roberto Mancini mengambil alih Itali, mereka pada ketika itu berada di kedudukan terburuk dalam ranking FIFA, dan baru saja gagal untuk melayakan diri ke aksi saingan Piala Dunia.
Kini, selepas kejayaan menewaskan Wales awal pagi tadi, Itali memecahkan rekod dengan mengharungi 30 perlawanan tanpa kalah. Ya, tiga puluh perlawanan berturut-turut tanpa mencatatkan sebarang kekalahan.
Apa yang lebih menarik lagi, Itali ketika ini telah berjaya merekodkan 11 kemenangan secara berturut-turut tanpa dibolosi.
Italy's last 11 matches:
✅ 2-0 Estonia
✅ 2-0 Poland
✅ 2-0 Bosnia
✅ 2-0 Northern Ireland
✅ 2-0 Bulgaria
✅ 2-0 Lithuania
✅ 7-0 San Marino
✅ 4-0 Czech Republic
✅ 3-0 Turkey
✅ 3-0 Switzerland
✅ 1-0 WalesZERO goals conceded! 😳👏 pic.twitter.com/8w4mhIWRVM
— ESPN FC (@ESPNFC) June 20, 2021
Satu pencapaian yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk skuad Itali di bawah kendalian Roberto Mancini.
Beliau juga berjaya menyamai rekod yang pernah dicatatkan oleh Vittorio Pozzo yang membawa Itali mengharungi 30 perlawanan tanpa mencatatkan sebarang kekalahan.
Fakta menarik tentang skuad Itali, sejak dari Jun 2013, Azzuri tidak pernah mencatatkan sebarang kekalahan sekiranya mereka berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.
Dari 30 perlawanan tanpa kalah dan 11 kemenangan secara berturut-turut, Itali berjaya menjaringkan 32 gol secara keseluruhannya, dan tidak merekodkan sebarang bolos dari kesemua 11 perlawanan terakhir mereka.
Pemain terakhir yang pernah menjaringkan gol ketika bertemu Itali adalah Donny Van De Beek ketika aksi seri 1-1 pada Oktober 2020 yang lalu.
Italy have now gone 30 games unbeaten, equalling Vittorio Pozzo’s 30 game unbeaten run in charge of Italy set way back in 1939. They've also won 11 consecutive games without conceding a goal.
The last man to score against them? Our Donny Van De Beek.#ITA #WAL #EURO2020 pic.twitter.com/azGaUKQuMJ
— Sujal Swain (@officialsujal10) June 20, 2021
Gianluigi Donnarumma juga merupakan penjaga gol termuda dalam sejarah saingan Euro yang berjaya mencatatkan tiga clean sheets secara berturut-turut di usia 22 tahun 115 hari.
Bekas penjaga AC Milan yang akan melengkapkan perpindahannya menyertai PSG itu telah beraksi bersama Itali sejak berusia 17 tahun, dan beliau tidak pernah bolos lebih dari satu gol dalam setiap perlawanan.
Itali juga merupakan pasukan pertama dalam sejarah yang mara ke pusingan 16 terbaik dalam saingan Euro dengan tidak pernah dibolosi.
Lebih tepat lagi, Itali tidak pernah dibolosi walau sekali pun selepas bermain lebih dari 1000 minit! Rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Selepas mengesahkan tempat untuk mereka di peringkat kalah mati, Roberto Mancini memutuskan untuk menurunkan skuad kedua mereka, dengan menyimpan 80% pemain utamanya.
When Roberto Mancini took over Italy, they were at their lowest ever point in the FIFA rankings and had just failed to qualify for the World Cup.
Now, they’re 30 games unbeaten (YES, THIRTY) and have won 11 in a row without conceding a goal.
Insane work. 👏🇮🇹 pic.twitter.com/OdBOyq7CY1
— FutbolBible (@FutbolBible) June 20, 2021
Lebih menakjubkan lagi, dari 26 pemain yang dibawa untuk kejohanan ini, Roberto Mancini telah menurunkan kesemua 25 pemain yang ada dalam skuadnya, kecuali penjaga gol ketiga, Meret.
Marco Verratti turut diturunkan dalam perlawanan ini, dengan beliau sepanjang perlawanan telah menunjukkan rentak persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Walau sebelum ini diketepikan kerana masalah kecergasan, namun selepas diberikan peluang, Verratti jelas memanfaatkannya dengan cukup sempurna.
Marco Verratti walau tidak dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan ini, namun statistik yang beliau catatkan sungguh luar biass menakjubkan.
Beliau ketika aksi bertemu Wales telah mencipta sentuhan terbanyak (136), 103 hantaran pada rakan sepasukan, mencipta lima peluang keemasan, dan turut melakukan empat tackle yang sempurna.
Italy haven't lost a competitive match that they scored in since June 2013.
Wow 🤯👏 pic.twitter.com/NsvtbMfCym
— ESPN FC (@ESPNFC) June 20, 2021
Itali berjaya menewaskan Wales 1-0 dalam perlawanan tersebut, dengan Mancini berjaya menarik perhatian peminat selepas memasukkan penjaga gol simpanan pada dua minit terakhir permainan, untuk memberi peluang kepada penjaga gol tersebut rasa bermain dalam saingan Euro 2020.
Sayangnya mereka gagal menjaringkan lebih banyak gol dalam perlawanan ini, walau mempunyai kelebihan seorang pemain selepas Ethan Ampadu dilayangkan kad merah.
Ampadu turut mencipta sejarah tersendiri dalam perlawanan ini, selepas beliau menjadi pemain termuda (20 tahun 279 hari) dalam sejarah saingan Euro yang dilayangkan kad merah.
Selain itu, Ethan Ampadu juga merupakan pemain kedua dari Wales yang pernah dilayangkan kad merah dalam sejarah mereka selepas kad merah pertama dilayangkan pada 1968.
Walau bagaimanapun, peminat di media sosial sepertinya tidak bersetuju dengan keputusan pengadil perlawanan yang melayangkan kad merah pada pemain muda itu.
VAR won't intervene in challenge that saw Ethan Ampadu sent off for Wales, reveals ex-Prem ref https://t.co/10fs21SSoO pic.twitter.com/5MYdLN1tNb
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) June 20, 2021
Was a red card for Ampadu the correct decision? 🟥🤔 pic.twitter.com/yjZ2Tpuue1
— 90min (@90min_Football) June 20, 2021
Never has a defeat tasted so good. Great heart shown by the boys there to keep the score to 1-0.
Feel for Ampadu. A challenge that was a born from Wale’s fairly negative tactical approach. In saying that it’s a yellow card Jesus! 😤
Part of the last 16. Well done the boys! ❤️
— Daniel Gabbidon (@Gabbidon35) June 20, 2021
Late by Ampadu, but we've seen that tackle 50 times in this tournament and none of them have been a red card! #ITAWAL
— Ashley Rose (@Ashleyrose66) June 20, 2021
“Saya tak rasa itu kad merah, dia memang cuba dapatkan bola tapi terkena kaki pemain Itali.”
“Walau kasar, tapi saya rasa kad kuning sudah cukup, tak sepatutnya dia dilayangkan dengan kad merah.”
“Kenapa tidak ada campur tangan VAR? Saya tak rasa itu kad merah, mustahil.”
Dalam satu lagi aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan A, Switzerland cemerlang membelasah Turki 3-1 untuk berusaha merebut slot ke pusingan 16 terbaik.
Sayangnya kerana mereka bolos dalam perlawanan tersebut, dan Wales berjaya mengekalkan keputusan 1-0 sehingga tamat perlawanan bertemu Itali, maka Wales layak kerana memiliki kelebihan dari segi jaringan.
𝐆𝐫𝐨𝐮𝐩 𝐀
1. #ITA—9 points
2. #WAL—4 points
3. #SUI—4 points
4. #TUR—0 pointsItaly stay perfect and qualify for the round of 16 with Wales. Switzerland keep their hopes alive and Turkey are eliminated #EURO2020 pic.twitter.com/erhCzlchfF
— B/R Football (@brfootball) June 20, 2021
Switzerland masih boleh menarik nafas lega kerana mereka berjaya mengakhiri saingan peringkat kumpulan di kedudukan ketiga dan masih berpeluang untuk ke pusingan kalah mati.
Turki pula selepas mengharungi tiga perlawanan di peringkat kumpulan, mereka tewas kesemua tiga perlawanan tersebut, dan menyebabkan mereka tersingkir dari saingan Euro 2020 ini.