Itali Umumkan Senarai 26 Pemain EURO 2020

Selepas England, Belanda, Jerman, Portugal, Croatia, Perancis dan Malaysia mengesahakan senarai skuad kini Italy pula telah mengumumkan skuad 26 pemain untuk kejohanan EURO 2020.

Pada awalnya skuad Roberto Mancini sudah lengkap dengan 26 orang pemain namun telah ditambah dua lagi pemain Jorginho dan Emerson selepas Chelsea menewaskan Manchester City di Porto.

Penambahan dua pemain menyebabkan Roberto Mancini terpaksa membuat penilaian akhir untuk menyingkirkan dua pemain bagi melengkapkan pasukan dengan syarat yang dibenarkan.

Kejutan telah dibuat oleh Roberto Mancini apabila menggugurkan tiga orang pemain setiap satu dari posisi pertahanan, tengah dan penyerang dan mereka yang tidak bernasib baik itu adalah:

1. Gianluca Mancini (Roma) – Pertahanan
2. Matteo Pessina (Atalanta) – Tengah
3. Matteo Politano (Napoli) – Penyerang

Penjaga gol Alessio Cragno, pemain pertahanan Fiorentina, Cristiano Biraghi, pemain Lazio, Manuel Lazzari dan pemain tengah, Gaetano Castrovilli antara pemain yang awal disingkirkan dari senarai Roberto Mancini.

Dengan tiga penyingkiran ini bermakna seorang pemain yang sangat bertuah telah dipanggil selepas tidak langsung berada dalam senarai awal.

Pemain yang sangat bertuah itu adalah pemain muda yang berusia 21 tahun, Giacomo Raspadori yang merupakan pemain penyerang pasukan Sassuolo.

Giacomo Raspadori pada mulanya tidak tersenarai kerana ada tugasan bersama skuad Itali bawah 21 tahun yang bersaing di Under-21 European Championship.

Namun selepas tersingkir 5-3 di kaki Portugal di masa tambahan Giacomo Raspadori telah tersedia kembali dan Mancini terus merembat pemain muda itu.

Lantaran seperti ada keraguan dengan pemilihan yang telah dibuat, Roberto Mancini berkata semoga semua orang berpuas hati:

“Kami berharap perjalanan di EURO 2020 akan pergi sejauh mungkin dan kami dapat menggembirakan orang-orang Itali.” kata Mancini pada siaran khas televisyen utama Notte Azzurra malam ini, walaupun dirakam malam tadi.

“Nazionale dilahirkan setelah kekecewaan Piala Dunia 2018 dan banyak pemain muda masuk, ditambah dengan untungnya kami mula menjadi kuat dan itu membantu mewujudkan suasana positif ini.”

Berikut merupakan senarai penuh skuad Roberto Mancini berserta nombor jersi untuk EURO 2020 dengan menyenarikan 3 orang penjaga gol, 9 pemain pertahanan, 7 pemain tengah dan 7 pemain penyerang:

Penjaga Gol (3 Pemain):

21 Gianluigi Donnarumma (Milan)
26 Alex Meret (Napoli)
1 Salvatore Sirigu (Torino)

Pemain Pertahanan (9 Pemain):

15 Francesco Acerbi (Lazio)
23 Alessandro Bastoni (Inter)
19 Leonardo Bonucci (Juventus)
3 Giorgio Chiellini (Juventus)
2 Giovanni Di Lorenzo (Napoli)
13 Emerson Palmieri (Chelsea)
24 Alessandro Florenzi (Paris Saint Germain)
4 Leonardo Spinazzola (Roma)
25 Rafael Toloi (Atalanta)

Pemain Tengah (7 Pemain):

18 Nicolò Barella (Inter)
16 Bryan Cristante (Roma)
8 Frello Jorge Luiz Jorginho (Chelsea)
5 Manuel Locatelli (Sassuolo)
7 Lorenzo Pellegrini (Roma)
12 Stefano Sensi (Inter)
6 Marco Verratti (Paris Saint Germain)

Pemain Penyerang (7 Pemain):

9 Andrea Belotti (Torino)
11 Domenico Berardi (Sassuolo)
20 Federico Bernardeschi (Juventus)
14 Federico Chiesa (Juventus)
17 Ciro Immobile (Lazio)
10 Lorenzo Insigne (Napoli)
22 Giacomo Raspadori (Sassuolo)

Itali telah selamat diundi berada dalam kumpulan A bersama dengan Turki, Switzerland dan Wales, jika dilihat kepada status Itali tiada masalah untuk mara ke pusingan kalah mati.

Perlawanan pembukaan EURO 2020 akan dirasmikan oleh perlawanan antara Itali menentang Turki di Stadio Olimpicad di Rome Itali pada 12 Jun 2021 jam 3 pagi waktu Malaysia.

Jika Itali muncul juara kumpulan A mereka bakal bertemu naib juara kumpulan C yang dibarisi oleh negara Netherlands, Ukraine, Austria dan North Macedonia.

Kalau Belanda menjadi juara kumpulan C laluan agak mudah bakal ditempuhi Itali untuk mara sejauh mungkin seperti apa yang diperkatakan oleh Roberto Mancini.

Berikut merupakan jadual penuh EURO 2020 dari peringkat kumpulan sehingga final:

Peringkat Kumpulan

SABTU 12 Jun

Kumpulan A: Turki vs Itali (3 pagi, Rome)

SABTU 12 Jun

Kumpulan A: Wales vs Switzerland (9 malam, Baku)
Kumpulan B: Denmark vs Finland (12 tengah malam, Copenhagen)

AHAD 13 Jun

Kumpulan B: Belgium vs Russia (3 pagi, St Petersburg)
Kumpulan D: England vs Croatia (9 malam, London)
Kumpulan C: Austria vs Macedonia Utara (12 tengah malam, Bucharest)

ISNIN 14 Jun

Kumpulan C: Belanda vs Ukraine (3 pagi, Amsterdam)
Kumpulan D: Scotland vs Czech Republic (9 malam, Glasgow)
Kumpulan E: Poland vs Slovakia (12 tengah malam, St Petersburg)

SELASA 15 Jun

Kumpulan E: Sepanyol vs Sweden (3 pagi, Seville)
Kumpulan F: Hungary vs Portugal (12 tengah malam, Budapest)

RABU 16 Jun

Kumpulan F: Perancis vs Jerman (3 pagi, Munich)
Kumpulan B: Finland vs Russia (9 malam, St Petersburg)
Kumpulan A: Turki vs Wales (12 tengah malam, Baku)

KHAMIS 17 Jun

Kumpulan A: Itali vs Switzerland (3 pagi, Rome)
Kumpulan C: Ukraine vs Macedonia Utara (9 malam, Bucharest)
Kumpulan B: Denmark vs Belgium (12 tengah malam, Copenhagen)

JUMAAT 18 Jun

Kumpulan C: Belanda vs Austria (3 pagi, Amsterdam)
Kumpulan E: Sweden vs Slovakia (9 malam, St Petersburg)
Kumpulan D: Croatia vs Czech Republic (12 tengah malam, Glasgow)

SABTU 19 Jun

Kumpulan D: England vs Scotland (3 pagi, London)
Kumpulan F: Hungary vs Perancis (9 malam, Budapest)
Kumpulan F: Portugal vs Jerman (12 tengah malam, Munich)

AHAD 20 Jun

Kumpulan E: Sepanyol vs Poland (3 pagi, Seville)
Kumpulan A: Itali vs Wales (12 tengah malam, Rome)
Kumpulan A: Switzerland vs Turki (12 tengah malam, Baku)

ISNIN 21 Jun

Kumpulan C: Macedonia Utara vs Belanda (12 tengah malam, Amsterdam)
Kumpulan C: Ukraine vs Austria (12 tengah malam, Bucharest)

SELASA 22 Jun

Kumpulan B: Russia vs Denmark (3 pagi, Copenhagen)
Kumpulan B: Finland vs Belgium (3 pagi, St Petersburg)

RABU 23 Jun

Kumpulan D: Czech Republic vs England (3 pagi, London)
Kumpulan D: Croatia vs Scotland (3 pagi, Glasgow)
Kumpulan E: Slovakia vs Sepanyol (12 tengah malam, Seville)
Kumpulan E: Sweden vs Poland (12 tengah malam, St Petersburg)

KHAMIS 24 Jun

Kumpulan F: Jerman vs Hungary (3 pagi, Munich)
Kumpulan F: Portugal v Perancis (3 pagi, Budapest)

Pusingan 16 Pasukan

SABTU 26 Jun

1: 2A vs 2B (12 tengah malam, Amsterdam)

AHAD 27 Jun

2: 1A vs 2C (3 pagi, London)
3: 1C vs 3D/E/F (12 tengah malam, Budapest)

ISNIN 28 Jun

4: 1B vs 3A/D/E/F (3 pagi, Seville)
5: 2D vs 2E (12 tengah malam, Copenhagen)

SELASA 29 Jun

6: 1F vs 3A/B/C (3 pagi, Bucharest)
7: 1D vs 2F (12 tengah malam, London)

RABU 30 Jun

8: 1E vs 3A/B/C/D (3 pagi, Glasgow)

Suku-akhir

JUMAAT 2 Julai

QF1: Pemenang 6 vs Pemenang 5 (12 tengah malam, St Petersburg)

SABTU 3 Julai

QF2: Pemenang 4 vs Pemenang 2 (3 pagi, Munich)
QF3: Pemenang 3 vs Pemenang 1 (12 tengah malam, Baku)

AHAD 3 Julai

QF4: Pemenang 8 vs Pemenang 7 (3 pagi, Rome)

Separuh akhir

RABU 7 Julai

SF1: Pemenang QF2 vs Pemenang QF1 (3 pagi, London)

KHAMIS 8 Julai

SF2: Pemenang QF4 vs Pemenang QF3 (3 pagi, London)

Akhir

ISNIN 12 Julai

Pemenang SF1 vs Pemenang SF2 (3 pagi, London)

BACA:  EURO 2020: Jerman 2-2 Hungary