Jadon Sancho Lebih Sesuai Beraksi Bersama Liverpool Berbanding United

Pemain sayap Manchester United, Jadon Sancho telah diberitahu yang corak permainan beliau tidak sesuai untuk beraksi bersama setan merah.

Sancho turut diberitahu yang gaya permainan beliau itu sebenarnya lebih sesuai jika beliau bermain bersama seteru utama setan merah, Liverpool.

Selepas melengkapkan perpindahan mega bernilai £73 juta dari Borussia Dortmund pada jendela perpindahan musim panas lalu, Sancho sepertinya bergelut untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya di Old Trafford.

Credit: Metro

Pemain kebangsaan England itu masih belum mampu untuk menunjukkan impak seperti yang diharapkan, dengan beliau sehingga kini masih belum menjaringkan sebarang gol atau mencatatkan assists untuk setan merah.

Sancho juga sering diketepikan dari skuad utama, dengan beliau lebih kerap dimasukkan sebagai pemain gantian sahaja setakat ini.

Lebih teruk lagi, selepas melihat United sedang mengamalkan sistem dan formasi terbaru, sepertinya tidak ada tempat untuk pemain sayap seperti Sancho untuk bersinar.

Bekas pemain pertahanan Premier League, Jonathan Woodgate merupakan salah seorang peminat dan penggemar Jadon Sancho.

Credit: LiverpoolEcho

Beliau mendedahkan kepada Ladbrokes yang Jadon Sancho sebenarnya sudah tersilap memilih pasukan dengan bekas bintang Dortmund itu tidak sepatutnya menyertai Manchester United.

Beliau bahkan percaya yang Sancho sepatutnya beraksi bersama Liverpool, dek kerana corak permainan pantas Jurgen Klopp sangat sesuai dengan gaya permainan bintang England itu.

“Apa yang dirancang tidak berjalan seperti apa yang diharapkan oleh Jadon Sancho selepas dia menandatangani perjanjian bersama Manchester United pada musim panas lalu.”

Jelas Woodgate kepada Ladbrokes.

“Saya tegaskan di sini yang gaya permainan dia, tak sesuai dengan Manchester United.”

Credit: Metro.Uk

“Jika United amalkan apa yang diterapkan oleh Dortmund, maka ia akan jadi situasi yang berbeza, tapi Man Utd tidak bermain dengan cara seperti itu, mereka tak bermain dengan cara permainan yang biasanya dimainkan oleh Sancho.”

“Jadon Sancho sebenarnya sungguh luar biasa menakjubkan. Jika kamu mainkan dengan kekuatan dan kelebihan dia, maka dia akan lebih bersinar.”

“Tidak ada keraguan dalam fikiran saya yang dia akan kembali dapatkan tahap persembahan terbaiknya. Letakkan dia dalam skuad macam Liverpool, dan dia akan buktikan dia pemain yang berbeza, saya yakin.”

Sancho sebelum ini pernah dikaitkan dengan bakal melengkapkan perpindahan menyertai Liverpool, namun pada akhirnya beliau memilih untuk menyertai Manchester United.

Sejak kebelakangan ini, pengurus yang dianggap sebagai jelmaan semula Sir Alex Ferguson, Ole Gunnar Solskjaer telah bermain dengan formasi baru.

Beliau menemui formula untuk bermain dengan menggunakan lima orang pemain pertahanan, dan perubahan taktikal itu menyebabkan Sancho bakal hilang tempat dalam skuad utama.

Menurut sumber laporan dari The Athletic, pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer boleh menggunakan Sancho sebagai pemain yang bermain di posisi wing-back.

Beliau boleh menggantikan Aaron Wan-Bissaka di posisi wing-back memandangkan bekas bintang Crystal Palace itu tidak mempunyai kualiti yang baik ketika melancarkan serangan.

Sancho sedang berlatih bermain di posisi wing-back

Jadon Sancho berkemungkinan besar akan bertukar posisi di Old Trafford, dengan laporan terbaru menyatakan bahawa beliau pada ketika ini sedang gigih menjalani latihan untuk bermain di posisi wing-back.

Sejak melengkapkan perpindahan bernilai £73 juta dari Borussia Dortmund pada musim panas lalu, Jadon Sancho jelas tidak berada di tahap persembahan terbaiknya.

Beliau gagal untuk menjaringkan sebarang gol atau mencatatkan assists selepas membuat 13 penampilan bersama setan merah.

Beliau dilihat berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan minit permainan, dengan Sancho hanya beraksi selama 566 minit, enam penampilan dalam kesebelasan utama dan hanya beraksi penuh sebanyak satu kali sahaja dari semua pertandingan.

Menurut sumber laporan The Athletic, United pada ketika ini sedang berusaha untuk memberi peranan baru kepada Jadon Sancho.

Ole Gunnar Solskjaer sudah mula bermain dengan sistem 3-4-1-2 sejak beberapa minggu kebelakangan ini, selepas kekalahan 5-0 mereka di tangan Liverpool.

Formasi itu jelas sekali tidak akan memberi ruang kepada pemain sayap seperti Sancho untuk mendapatkan tempat dalam skuad utama.

Oleh yang demikian, pihak kelab berusaha untuk mengubah peranan beliau dan akan menurunkan Sancho di posisi wing-back.

Sancho akan bermain di posisi sebelah kanan, dan jelas sekali United bercadang untuk menggantikan beliau dengan Wan Bissaka yang sedang dikritik teruk atas aksi hambar yang beliau persembahkan.

Bekas bintang Crystal Palace itu tidak mempunyai kualiti yang cukup baik ketika memegang bola, dan jelas sekali tidak berkesan ketika membantu jentera serangan.

Laporan tersebut menyatakan yang Sancho sudah mula bermain di posisi tersebut ketika menyertai sesi latihan bersama skuad.

Oleh yang demikian, beliau berkemungkinan akan diturunkan di posisi tersebut selepas ini, bagi membantu skuad untuk menguasai bola dan membantu jentera serangan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Aksi Young Ketika Menentang Barcelona Dianggap Paling Buruk Dalam Sejarah