Jawapan Lucu Arnold Ketika Disuruh Pilih Messi Atau Ronaldo

Trent Alexander Arnold dengan spontannya menamakan Jordan Henderson sebagai pemain pilihan beliau ketika ditanya tentang Messi dan Ronaldo.

Bintang muda Liverpool itu membuat satu sesi soal jawab bersama peminat di laman Twitter miliknya pada awal musim lalu.

Beliau telah menerima pelbagai persoalan dari para peminat termasuk ada yang bertanya:

“Apakah kamu mahu beraksi bersama Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo?”

Pemain kebangsaan England itu dengan tenang dan yakinnya menamakan rakan sepasukannya, Jordan Henderson sebagai pilihan beliau.

Walau jawapannya tidak menepati soalan, namun pastinya peminat Liverpool suka dengan pilihan yang beliau lakukan.

“Jawapan yang sungguh bijak, Henderson jauh lebih baik berbanding Messi dan Ronaldo untuk pasukan walau kedua-dua bintang itu pernah memenangi ballon d’or.”

“Setiap pasukan pastinya mempunyai impian untuk memiliki pemain seperti Henderson.”

“Pilihan paling tepat dan sungguh bijak!”

Antara komen-komen dari penyokong Liverpool yang menyokong jawapan dari Trent Alexander Arnold.

Namun Trent Alexander Arnold turut menamakan Messi sebagai lawan paling sukar yang pernah beliau hadapi sepanjang kariernya.

Ketika ditanya tentang idolanya, Trent telah menamakan Steven Gerrard sebagai idolanya di Liverpool serta memilih Thierry Henry dan Zinedine Zidane sebagai idolanya dari kalangan bukan pemain the reds.

Alexander Arnold turut ditanya tentang gol terbaik jaringannya sendiri dan beliau memilih jaringannya melalui sepakan percuma ketika menentang Hoffenheim sebagai pilihannya.

Sementara itu, baru-baru ini ketika Liverpool bertemu Crystal Palace, Trent Alexander Arnold berjaya menjaringkan satu gol yang cukup cantik juga menerusi sepakan percuma.

Pasukannya, Liverpool selepas itu telah ditabalkan sebagai Juara saingan Liga Perdana Inggeris selepas Manchester City kecundang di tangan Chelsea di Stamford Bridge.

Bintang berusia 21 tahun itu menikmati karier yang cemerlang bersama Liverpool musim ini dengan menjaringkan tiga gol serta mencatatkan 12 assist.

Beliau selain dinamakan sebagai pemain muda terbaik dunia, Trent Alexander Arnold turut dikenali sebagai antara full back terbaik dunia ketika ini.

BACA:  Alexander-Arnold 'Berlatih Selama13 Tahun' Untuk Hadapi Real Madrid