Jawapan Mourinho Ketika Diminta Beri Nasihat Kepada Ten Hag

Jose Mourinho telah ditanya sama ada beliau mempunyai nasihat atau pesanan yang mahu dikongsikan kepada pengurus baru Manchester United, Erik Ten Hag.

Seperti yang dijangka, Jose Mourinho telah memberikan jawapan yang sangat menarik dan jelas sekali beliau sepertinya telah memberikan jawapan yang memang dinanti-nantikan oleh para peminat.

Manchester United telah mengumumkan pengurus Ajax, Erik Ten Hag sebagai pengurus baru mereka dengan pengurus dari Belanda itu akan mula mengendalikan kelab pada musim panas nanti.

Ten Hag walau bagaimanapun bakal berdepan tugasan yang sangat berat selepas ini dengan beliau sangat diharapkan untuk membawa United kembali menjadi kuasa besar bola sepak Eropah.

Mourinho tahu apa rasanya untuk menjadi pengurus Manchester United dengan beliau pernah mengendalikan skuad setan merah itu dari tahun 2016 hingga 2018 yang lalu.

Beliau kini merupakan pengurus AS Roma dan mereka selepas ini akan turun beraksi bertemu Leicester City dalam aksi leg pertama peringkat separuh akhir saingan Europa Conference League.

Tidak mengejutkan sama sekali untuk mengetahui yang Mourinho langsung tak berminat untuk mengambil tahu tentang berita perlantikkan Ten Hag sebagai pengurus baru Manchester United.

Salah seorang wartawan telah bertanya kepada pengurus Roma tersebut tentang keputusan bekas kelabnya itu melantik Ten Hag sebagai pengurus baharu.

Mourinho sebaik mendengar soalan itu beliau segera menjawab:

“Kamu dah sentuh point asal dia, bekas kelab saya. Bukan kelab saya. Saya tak ada nasihat.”

Jelas Mourinho sambil menunding jari ke muka wartawan tersebut.

Para penyokong tertarik dengan jawapan dari Jose Mourinho itu dan ramai antara mereka mengagumi kejujuran pengurus dari Portugal itu.

“Hahaha jawapan yang sudah saya duga, kenapa ada wartawan yang berani tanya soalan macam itu kepada dia?”

“Dia sebenarnya jawab ikut hati dia, dia seorang yang jujur, untuk apa dia nak ambil tahu lagi tentang Manchester United bukan?”

“Tak boleh salahkan dia, wartawan tu kenapa tanya soalan bodoh? Apa motif dia tanya soalan macam tu? Saya tak rasa ada keperluan untuk Mourinho jawab soalan itu.”

“Saya sebenarnya kagum dengan kejujuran dia dan dia patut dihormati kerana bersikap jujur dalam menjawab soalan media.”

“Kamu sebenarnya dah tahu jawapan dia, tapi kamu masih berani bertanya soalan seperti itu pada dia.”

Jose Mourinho berjaya membantu Manchester United memenangi gelaran Carabao Cup dan Europa League pada musim pertama beliau di Old Trafford

Selepas melalui jendela perpindahan musim panas yang mengecewakan, skuad kendalian Jose Mourinho itu dilihat bergelut untuk mendapatkan tahap persembahan terbaik mereka.

Dan kerana itu jugalah pihak kelab akhirnya memutuskan untuk memecat Jose Mourinho pada Disember 2018 yang lalu.

Persembahan skuad setan merah sepertinya tidak bertambah baik selepas dari itu dan Piala terakhir yang mampu mereka julang juga hasil dari pimpinan Jose Mourinho.

Ia merupakan kali pertama sejak 40 tahun lalu yang mana Manchester United kini sudah mengharungi lima musim tanpa memenangi sebarang Piala.

Mereka juga pada musim ini sepertinya bakal terlepas slot untuk layak ke saingan Champions League dengan United pada ketika ini jauh ketinggalan dari kelompok empat teratas.

Ole Gunnar Solskjaer telah dipecat pada November lalu dengan tempatnya telah digantikan oleh pengurus interim kelab, Ralf Rangnick.

Kini Manchester United sudah bertemu dengan pengurus tetap yang baru dengan Erik Ten Hag akan memulakan tugasnya pada Jun nanti.

Manchester United umumkan Ten Hag sebagai pengurus terbaru kelab

Manchester United melalui laman sesawang rasminya telah mengumumkan bahawa Erik Ten Hag telah sah menjadi pengurus baharu mereka dalam misi membangunkan semula kelab.

Erik ten Hag telah diberikan kontrak selama tiga tahun yang bermula Jun 2022 sehingga jun 2025 dengan pilihan lanjutan kontrak untuk tahun mendatang.

Dalam kenyataan rasmi itu, Manchester United mengumumkan:

“Manchester United dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Erik ten Hag sebagai Pengurus Pasukan Utama Lelaki, tertakluk kepada keperluan visa kerja, dari penghujung musim ini hingga Jun 2025, dengan pilihan untuk melanjutkan satu tahun lagi.”

Pengarah bola sepak Setan Merah. John Murtough telah memuji Ten Hag yang telah diskodeng kehebatannya sejak beberapa musim lalu:

“Sepanjang empat tahun lalu di Ajax, Erik telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang jurulatih yang paling menarik dan berjaya di Eropah, terkenal dengan daya tarikan pasukannya, bola sepak menyerang dan komitmen kepada pemain remaja.”

“Dalam perbualan kami dengan Erik sebelum pelantikan ini, kami sangat kagum dengan visi jangka panjangnya untuk mengembalikan Manchester United ke tahap yang kami mahu saingi, pemacu dan keazamannya untuk mencapai itu.

“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Erik kerana dia memberi tumpuan untuk mencapai kejayaan akhir musim di Ajax dan tidak sabar untuk mengalu-alukannya ke Manchester United pada musim panas ini.”

Erik Ten Hag juga telah menzahirkan rasa teruja dengan perlantikan ini yang mana bakal menguji tahap karier pengurusannya ke tahap lebih tinggi yang lebih banyak kepada politik:

“Adalah satu penghormatan untuk dilantik sebagai pengurus Manchester United dan saya amat teruja dengan cabaran yang akan datang. Saya tahu sejarah kelab hebat ini dan semangat peminat, dan saya benar-benar berazam untuk membangunkan pasukan yang mampu memberikan kejayaan yang sepatutnya.”

“Adalah sukar untuk meninggalkan Ajax selepas tahun-tahun yang luar biasa ini, dan saya boleh memberi jaminan kepada peminat kami tentang komitmen penuh saya dan fokus untuk membawa musim ini ke kesimpulan yang berjaya sebelum saya berpindah ke Manchester United.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kisah Dalam Kain Bagaimana Erik Ten Hag Ubah Manchester United Yang Sendu Jadi Berdaya Saing