Kisah Dalam Kain Bagaimana Erik Ten Hag Ubah Manchester United Yang Sendu Jadi Berdaya Saing

Marilah kita menyelam kisah dalam kain bagaimana Erik Ten Hag telah mengubah nasib Manchester United yang merupakan pasukan yang sendu menjadi kembali berdaya saing.

Masih awal untuk menyatakan Erik Ten Hag berjaya mengembalikan kegemilangan Manchester United namun itulah matlamat jangka panjang Setan Merah ketika melantin Erik Ten Hag.

Manchester United mahu membina kembali pasukan dari bawah selepas gagal mencapai apa-apa malahan semakin teruk apabila berbelanja sakan mendapat pemain handalan yang terus jadi tidak handal usai tiba di Old Trafford.

Sebelum ini Manchester United mencipta rekod perpindahan untuk mendapatkan pemain seperti Paul Pogba, Harry Maguire, Jadon Sancho dan Romelu Lukaku untuk memperkasakan pasukan.

Namun hasilnya mereka bergelut untuk ke Europa League apatah lagi Champions League yang tidak lagi menjadi tempat mereka saban tahun dan hanya layak ditahun-tahun tertentu.

David Moyes, Louis Van Gaal, Jose Mourinho, Ole Gunnar Solskjaer dan Ralf Rangnick gagal melakukannya walaupun di zaman Van Gaal dan Mourinho masih lagi dapat mengecap nikmat piala.

Selepas mencuba melalui pembelian harga pecah kepala dan pengurus hebat yang juga gagal kini, Manchester United kembali kepada asas dengan membina kembali pasukan dengan melantik Erik Ten Hag yang hasil kerjanya terbukti di Ajax.

Manchester United melantik pengurus yang kehilangan rambut atau botak kerana mahu melawan dan menamatkan dominasi Manchester City yang dipimpin oleh pengurus yang botak iaitu, Pep Guardiola.

Sasaran awal itu diubah selepas Arsenal mendonia di mana Mikel Arteta mempunyai rambut yang lebat, Eddie Howe juga mengancam juga berambut apatah Jurgen Klopp bukan saja berambut tetapi siap berjambang. Samada botak atau berambut dominasi mereka semua ini perlu dihentikan.

Namun semuanya tidak indah buat permulaan karier Erik Ten Hag di Manchester United menyaksikan mereka bermula buruk dengan dua kekalahan awal yang penuh memalukan.

Tidak cukup dengan itu Cristiano Ronaldo pula membuat perangai tidak mahu masuk dari bangku simpanan dan akhirnya mereka berpisah secara persetujuan bersama.

Titik perubahan Manchester United boleh dikatakan bermula selepas mereka berjaya mengalahkan Liverpool dan mereka kembali menang termasuklah ketika menentang Arsenal walaupun ada kalah dan seri.

Sebelum rehat Piala Dunia, Manchester United berhempas pulas untuk berada dalam kelompok empat teratas dan masa rehat ini seperti dimanfaatkan sepenuh Ten Hag bagi merawat virus dan kanser yang ada.

Perlawanan domestik kembali bersambung dan kesemua pemain telah pulang dari Piala Dunia dan Manchester United terus meningkat melebihi jangkaan ramai dan kemuncaknya ketika kemenangan ke atas Manchester City.

Marcus Rashford menggila selepas Piala Dunia, ketika Erik Ten Hag mewarisi Rashford, dia hanya menjaringkan 5 gol dalam 32 perlawanan Premier League untuk musim 2021/22.

Kini untuk tahun 2023 yang baru sahaja memasuki hari ke-15, Rashford sudah menjaringkan 5 gol juga dan telah merekodkan jaringan dalam tujuh perlawanan berturut-turut.

Dalam 10 perlawanan terakhir di Old Trafford, Manchester United mencatatkan kemenangan 100 peratus, dari bergelut merebut top 4, mereka kini jika mahu bercita-cita tinggi boleh meletakkan sasaran juara.

Bagaimana Erik Ten Hag melakukannya?

Disiplin Kembali Menjadi Keutamaan

Sejak Erik Ten Hag dilantik dia terus memulakan tugas lebih awal merangka beberapa strategi sebelum latihan pra-musim bermula dan disiplin kembali menjadi keutamaan dan teras pasukan.

Apabila pemain kembali dari cuti untuk memulakan latihan pra-musim Erik Ten Hag telah mengembalikan peraturan yang pernah diguna pakai oleh semasa era kegemilangan Sir Alex Ferguson pada hari pertama dia mengendalikan latihan.

Erik Ten Hag kelihatan tiba di kompleks latihan AON sekitar jam 8 pagi selepas ketibaan penolong pengurus, Steve McClaren. Di mana Ole Gunnar Solskjaer pemain dibolehkan datang pada jam 10 pagi.

Tidak berpuashati dengan disiplin dan masa kedatangan para pemainnya, Erik Ten Hag telah mengarahkan pemain untuk hadir di Carrington pada jam 9 pagi tepat.

Di hari pertama di jelajah latihan pra-musim di Bangkok Erik Ten Hag langsung tidak berkenan dan berbulu melihat beberapa orang pemainnya berjalan-jalan dengan memakai selipar.

Lalu Erik Ten Hag telah memperkenalkan kod pakaian baharu yang perlu dipatuhi oleh setiap orang dalam pasukan semasa menjalankan urusan kelab.

Semasa di Australia pengurus dari Belanda itu telah menghalang krew MUTV dari merakam pemain yang melawat set penggambaran siri The Neighbours ketika hari cuti mereka dalam jelajah pra-musim.

Erik Ten Hag mahu pemainnya menikmati cuti dan tidak terlibat dalam urusan kelab walaupun dari lidah rasmi kelab MUTV.

Ten Hag berharap dapat mencontohi apa yang dicapai oleh Sir Alex Ferguson di kelab itu, dan nampaknya dia akan melaksanakan peraturan yang pertama kali diperkenalkan oleh Ferguson.

Bekas jurulatih Ajax itu memberitahu pemainnya bahawa mereka mesti makan bersama dan bersosial bersama selepas latihan dalam usaha untuk meningkatkan semangat berpasukan dan suasana keseluruhan di bilik persalinan.

Sejak Ferguson bersara, tradisi pemain makan bersama perlahan-lahan pudar dan hilang dengan pemain dikatakan akan makan di restoran kakitangan pada bila-bila masa yang mereka mahu dan ada beberapa pemain terus pulang ke rumah atau ke gim selepas latihan.

Tidak hanya kepada pemain, Erik Ten Hag sendiri dan kakitangan yang menjadi tulang belakang pasukan wajib turut serta bersama pemain semasa waktu makan.

Hubungan dan interaksi antara pemain penting di dalam padang dan untuk mewujudkan keserasian itu, hubungan ini boleh dimulakan di meja makan.

Marcus Rashford adalah contoh ketegasan disiplin yang ditunjukkan Ten Hag apabila menggugurkan pemain itu dari kesebelasan utama selepas terlepas mesyuarat pasukan kerana terlajak tidur.

Erik Ten Hag sanggup mengambil risiko kehilangan mata menentang Wolves dengan menggugurkan Rashford yang sedang berada di prestasi terbaik kerana melanggar disiplin.

Pemain muda sensasi, Alejandro Garnacho juga telah dibekukan selama 4 perlawanan juga kerana terlepas mesyuarat pasukan dan setakat ini tiada pemain yang merajuk kerana didenda malah insaf dan memberikan aksi terbaik.

Pembelian Musim Panas Yang Berbaloi

Selain menjadikan pemain yang diwarisi kembali pandai bermain bola sepak, Erik Ten Hag juga telah membawa muka baharu untuk memperkasan pasukan walaupun sangat lembab dalam urusan perpindahan januari.

Erik Ten Hag telah membawa masuka Lisandro Martinez, Casemiro, Cristian Eriksen, Tyrell Malacia dan terpaling mahal adalah Antony dari kelab lamanya Ajax.

Polisi perpindahan Erik Ten Hag adalah memerlukan personaliti pemain kerana baginya jersi Manchester United sangat ‘berat’ untuk disarung mana-mana pemain.

Selain pemain, lelaki Belanda itu juga sangat peka dalam pemilihan kakitangannya sendiri. Jurulatih penyerang baharu Benni McCarthy telah menerima banyak pujian untuk kerja yang telah dilakukannya bersama pemain seperti Rashford.

Bagaimanapun, pemain Afrika Selatan itu bukanlah satu-satunya muka baharu dalam barisan kejurulatihan di Old Trafford.

Bekas penganalisis prestasi Ajax Kevin Keij telah disertai oleh ahli psikologi sukan Belanda, Rainier Koers, manakala chef Ryan Thompson kini menjaga pemakanan pasukan.

Erik Ten Hag juga diapit di bangku simpanan Old Trafford oleh dua pembantunya, Mitchell van der Gaag dan Steve McLaren yang membuat kepulangan kembali.

Casemiro yang dikatakan sebagai pembelian terdesak kerana gagal mendapatkan pemain tengah bertahan yang diingingkan membuktikan kehebatan dan berjaya melindungi barisan pertahanan dengan jayanya dan juga berbisa membantu serangan.

Lisandor Martinez merupakan juara dunia yang dikatakan pendek sebagai pertahanan tengahm dikatakan tidak akan mampu survive di Premier League membuktikan sebaliknya.

Pendekatan Tidak Masuk Akal Dalam Latihan

Pendekatan latihan yang diterapkan oleh Erik Ten Hag adalah berbeza berbanding sebelum ini dan perkara ini turut diakui sendiri oleh Bruno Fernandes yang merupakan tonggak revolusi Ten Hag.

Latihan yang dianjurkan oleh Ten Hag lebih keras, sengit, tegang serta memenatkan namun semua pemain pasukan gembira dengan cara yang dibawanya ini kerana sedar latihan seperti itu bagus untuk mereka.

Erik Ten Hag gemarkan latihan yang tegang dan marah apabila pemaian kehilangan bola dan gemar untuk melihat pemain berlari samada bersama bola atau tanpa bola.

Pemain sentiasa diarahkan untuk berlatih menggunakan kaki yang terpaling lemah dan semua drill perlu dilakukan sebanyak mana yang mampu dilakukan.

Manchester United telah diaibkan Brentford dalam perlawanan kedua liga mereka musim ini di bawah kendalian Erik Ten Hag.

Selepas kekalahan itu, Ten Hag membawa pemainnya ke bilik mesyuarat pasukan yang baru diubah suai di Carrington dengan kos £200,000 selepas Ten Hag mendesak bilik itu untuk dinaik taraf bagi untuk menonton ulangan perlawanan secara terperinci.

Tamat sesi tayangan, bos United itu mengarahkan pemainnya untuk berlari sejauh 8.5 batu (13.67km). Bagaimanapun, Ten Hag mendapat penghormatan dari pemain apabila turut menyertai mereka untuk berlari. Ten Hag turut mendenda diri sendiri.

Seperti yang dinyatakan oleh satu sumber, Ten Hag nampaknya telah menjadi ‘lebih taksub dengan disiplin semakin lama dia berada dalam pekerjaan itu’.

Obsesi, bagaimanapun memberi pulangan awal. The Red Devils tidak pernah tewas dalam perlawanan Liga Perdana sejak 6 November tahun lalu dan kelihatan bersedia untuk menjadi pesainguntuk merebut gelaran jika mereka dapat mengekalkan prestasi luar biasa mereka.

Selain latihan, Erik Ten Hag dan pasukan kejurulatihannya juga pasti padu dalam memotivasikan pemain dan mungkin telah mengadakan kem bina semangat.

Contoh terbaik adalah Anthony Martial yang merupakan pemain paling bebal namun kembali pandai bermain bola sepak walaupun dirundung masalah kecederaan.

Sejak ketiadaan Ronaldo kebebalan Martial seperti kembali apabila tiada pesaing dan mampukah sekali lagi Ten Hag merawat kebebalan itu.

Marcus Rashford pula telah mempamerkan prestasi luar biasa begitu juga dengan Luke Shaw yang diletakkan sebagai pemain pertahanan tengah dan melakukan tugas itu dengan jayanya.

Aaron Wan Bissaka kembali mendapat tempat dan agak kebal bertahan dan seperti sedikit lebih baik ketika menyerang walaupun masih ragu-ragu melakukan cross.

Jadon Sancho masih lagi belum kembali dan menghilang atas alasan peribadi, Ten Hag tidak memberikan tempoh bilakah pertapaan pemain itu akan tamat. Menarik untuk dilihat hasil pertapaan itu.

Tidak Takut Gugurkan Nama Besar

Dua nama besar yang sentiasa mendapat tempat dalam pasukan utama tanpa mengira prestasi di padang telah pun kehilangan pengaruh dan tempat mereka dengan kehadiran Erik Ten Hag.

Dua pemain yang melihat kuasa dan pengaruh mereka di Manchester United terus berkurangan sejurus selepas Ten Hag menyertai ialah Cristiano Ronaldo dan Harry Maguire.

Saga Ronaldo adalah pertempuran penting buat Erik Ten Hag untuk menang, menurut Wheeler, kerana ia berfungsi sebagai ‘peluang sempurna untuk meletakkan penanda aras kepada seluruh skuad’.

Akhirnya, pemenang Ballon d’Or lima kali telah ditunjukkan pintu oleh kelab semasa Piala Dunia 2022 – dan United tidak pernah kalah dalam perlawanan sejak itu.

Kapten kelab Maguire juga menyaksikan pengurangan ketara dalam masa bermainnya sendiri, dengan Lisandro Martinez dan Raphael Varane dipilih di bahagian pertahanan tengah dan kini Luke Shaw pula.

Erik Ten Hag vs Cristiano Ronaldo adalah seperti melawan dunia dengan ratusan juga peminatnya yang fanatik bukanlah satu tugas mudah untuk Ten Hag melawan.

Ronaldo berprestasi teruk tapi mahukan kesebelasan utama dan apabila banyak peluang diberi dia terus sendu, temuramah bersama Piers Morgan + aksi Piala Dunia memberi kemenangan yang nyata buat Ten Hag melawan dunia.

Kini peminat Manchester United teguh berdiri di belakang Ten Hag dan memalingkan sokongan mereka dari Ronaldo. Kemenangan bersih buat Ten Hag dan tiada siapa lagi yang mempertikaikan isu ini.

BACA:  Erik Ten Hag Tidak Boleh Terima Perangai Kurang Ajar Ronaldo Balik Awal