John Terry Delete Tweet Selepas Membedal Keane Kerana Selfie

Bekas pemain Chelsea bertaraf legenda kelab, John Terry telah membedal Roy Keane kerana menolak permintaan peminat untuk berselfie namun Terry telah mendelete Tweet itu.

Roy Keane nyata tidak gembira dan senang apabila dengan keras telah menolak ajakan seorang peminat yang mahu berselfie ketika pemain legenda itu sedang asyik menonton perlawanan The National Football League (NFL).

Perlawanan The National Football League (NFL) itu berlangsung di Stadium Tottenham Hotspur, London menemukan pasukan Green Bay Packers dan New York Giants.

New York Giant berjaya mencatatkan kemenangan 27-22 ke atas Green Bay Packers di stadium yang mempunyai 62,000 tempat duduk itu.

Bekas pemain tengah Manchester United itu antara nama besar dan selebriti hadir menyaksikan perlawanan yang dilangsungkan di UK itu.

Ketika sedap menikmati perlawanan di kedudukan Ney York Giants ketinggalan 13-20 keseronokan Keane diganggun oleh peminat yang mahu berselfie tidak kena pada masanya.

Roy Keane terus memberi isyarat dengan menunjukkan jarinya ke padang yang bermaksud dia ketika itu sedang fokus menyaksikan perlawanan.

Peminat itu kemudian melintas dihadapan Keane sekaligus menghalang penglihatannya, memaksa Keane memanjangkan lehernya untuk melihat aksi di padang.

Keane kemudiannya telah menyilangkan tangannya seperti menahan marah lalu menggeleng kepala seperti tidak percaya apa yang terjadi dan dilaluinya itu.

Kejadian itu pula telah disiarkan secara langsung maka tidak hairanlah video rakaman itu terus menjadi bualan di media sosial.

Menurut laporan, dipercayai bahawa Keane menghalau peminat itu dan menyuruhnya menunggu sehingga separuh masa untuk peluang bergambar, tetapi masih tidak jelas sama ada Keane dan peminat itu pernah merakam gambar pada akhirnya.

https://twitter.com/KeaneReactions/status/1579151054809493504

Bercakap mengenai ulasan untuk Sky Sports semasa ulang tayangan, Laura Woods berkata:

“Jika anda melihat Roy Keane, legenda Manchester United, apakah yang anda fikirkan untuk lakukan? Pergi dan minta untuk selfie? Nah, jawapannya adalah tidak. Pergi dari jalan saya!”

Nasib baik wajah peminat itu tidak jelas kelihatan dalam rakaman itu, kalau tidak malu besar, satu dunia tengok.

John Terry telah memberikan komen tanda tidak berpuas hati dengan layanan Roy Keane kepada peminat itu di ciapan akaun Laura Woods yang merupakan pengacara talkSPORTS.

“Bahagian kegemaran saya pada hari Ahad. Jangan minta Roy Keane selfie semasa permainan 🤣”

Terry tanpa diundang tampil memberikan kritikan mengenai reaksi Keane dan percaya rakan legenda Liga Perdananya sepatutnya mengambil masa ‘dua saat’ untuk mengambil gambar bersama peminat.

Menjawab tweet Woods, bekas pemain pertahanan England itu menulis:

“Ia mengambil masa 2 saat untuk bergambar dengan peminat. Saya rasa ini sangat kesian.”

Woods dengan tegas mempertahankan Keane atas tindakannya dengan memberitahu kepada Terry bahawa bekas bintang Man United itu mungkin telah memberitahu peminat untuk menunggu gambar.

“Ahhh John untuk bersikap adil, saya fikir dia berkata tunggu sehingga separuh masa jadi ia mungkin kelihatan lebih teruk daripada itu, masih membuat saya ketawa walaupun,” tulisnya sebagai jawapan kepada Terry.

John Terry yang kini berusia 41 tahun, memadam tweetnya selepas Laura Woods tampil memberi penjelasan, dengan bekas bintang Chelsea itu berpotensi menyedari bahawa Keane mungkin akhirnya mengambil swafoto dengan peminat tersebut.

Mungkin hanya dua saat diperlukan tetapi mungkin juga lebih dan hakikatnya ketika itu Keane tengah sedap melayan dan menikmati perlawanan yang berlangsung sengit dan gangguan telah terjadi.

BACA:  Roy Keane Kantoi Pakai Makeup