Juventus Berjaya Melakukan Aksi Comeback Yang Sungguh Menakjubkan Bertemu AS Roma

Juventus berjaya melakukan aksi comeback yang sungguh menakjubkan ketika mereka menewaskan AS Roma 4-3 di Stadio Olimpico awal pagi tadi.

Skuad kendalian Max Allegri itu pada awalnya ketinggalan 3-1, namun mereka berjaya menjaringkan tiga gol dalam tempoh tujuh minit untuk ubah kedudukan menjadi 4-3.

The Giallorossi terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 permainan menerusi Tammy Abraham.

Juventus kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-18 permainan menerusi Paulo Dybala.

Skuad kendalian Jose Mourinho itu kemudiannya berjaya menjaringkan dua gol pada awal aksi babak kedua perlawanan menerusi Henrikh Mkhitaryan dan ketua pasukan Lorenzo Pellegrini.

Berbanding menjadi hilang semangat selepas ketinggalan 3-1 pada minit ke-53 permainan, Juventus lebih memilih untuk menyerang tanpa henti.

Hasilnya mereka berjaya menjaringkan tiga gol yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam tempoh tiga minit untuk ubah kedudukan menjadi 4-3.

Penandatanganan musim panas lalu, Manuel Locatelli, Dejan Kulusevski dan Mattia De Sciglio masing-masing berjaya meledak gol pada minit ke-70, 72 dan 77 permainan.

Selepas ketinggalan dengan keputusan 3-1, mereka berjaya bangkit dengan menjaringkan tiga gol dalam tempoh tujuh minit untuk mengubah keputusan menjadi 4-3, ia jelas sesuatu yang sungguh dasyat.

Drama dalam perlawanan ini tidak sekadar berakhir di situ sahaja, dengan Matthijs de Ligt kemudiannya telah dilayangkan dengan layangan kad merah kerana handball.

Insiden tersebut telah menyebabkan Juventus bakal kehilangan tiga mata penuh kerana pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada AS Roma.

Pellegrini tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut, dalam usahanya untuk membantu Roma cuba menyamakan kedudukan dan mungkin boleh jadi api untuk mereka comeback semula menewaskan Juventus.

Walau bagaimanapun, usaha Pellegrini menemui kegagalan selepas sepakan penalti beliau berjaya diselamatkan oleh Wojciech Szczesny.

Jose Mourinho jelas sekali tidak gembira melihat persembahan anak-anak buahnya dalam perlawanan ini.

Ketika temu bual selepas tamat perlawanan, tanpa teragak-agak beliau terus membantai anak-anak buahnya tanpa belas.

Jelas sekali beliau tidak akan gembira dengan keputusan ini kerana skuadnya bermain dengan cukup bagus pada aksi babak pertama dan awal babak kedua permainan.

Gagal mempertahankan kedudukan selepas mendahului 3-1 merupakan satu hal yang sangat merugikan, apa lagi selepas melihat mereka membenarkan Juventus menjaringkan tiga gol dalam tempoh tujuh minit.

Duka Roma semakin parah selepas Pellegrini gagal untuk menjaringkan gol selepas dihadiahkan sepakan penalti, dan ia merupakan kesempatan emas untuk mereka menyamakan kedudukan dan setidak-tidaknya membawa pulang satu mata.

Mereka juga mempunyai kelebihan seorang pemain selepas De Ligt dilayangkan kad merah pada minit ke-81 permainan, namun gagal untuk memanfaatkan kelebihan tersebut.

Kerana itulah Mourinho bengang dan rasa tidak puas hati dengan persembahan yang dipersembahkan oleh anak-anak buahnya dalam perlawanan ini.

Kekalahan yang menyakitkan, kena comeback di halaman sendiri, gagal sempurnakan penalti, gagal memanfaatkan kesempatan bermain dengan kelebihan seorang pemain dan segalanya seolah tidak memihak kepada Roma dalam perlawanan ini.

Kekalahan ini menyebabkan Roma berada semakin jauh di kedudukan ketujuh dalam carta saingan Serie A berkongsi kutipan mata yang sama dengan Lazio yang berada di kedudukan keenam dan Fiorentina yang berada di kedudukan kelapan.

Fiorentina walau bagaimanapun masih memiliki kelebihan dua perlawanan yang belum dimainkan dan mereka berpotensi untuk memintas kedua-dua Roma dan Lazio pada bila-bila masa sahaja.

Juventus sementara itu berada di kedudukan kelima dalam carta liga dengan mengumpul 38 mata, 11 mata dibelakang Inter Milan yang sedang mendahului carta saingan liga.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Coppa Italia Final: Atalanta 1-2 Juventus