Karim Benzema Menjaringkan Gol Yang Sungguh Luar Biasa Menakjubkan Bertemu Bilbao

Karim Benzema berjaya menjaringkan dua gol ketika membantu Real Madrid menewaskan Athletic Bilbao 2-1 di Bilbao awal pagi tadi.

Pemain penyerang kebangsaan Perancis itu baru sahaja meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-34 baru-baru ini.

Keraian ulang tahun beliau mungkin dilanjutkan sehingga ke hari ini selepas beliau berjaya menjaringkan dua gol penting yang membantu kelabnya mengutip tiga mata penuh.

Apa yang lebih menarik lagi, kedua-dua gol jaringan beliau dalam perlawanan ini berjaya dihasilkan selepas tujuh minit sahaja permainan berlangsung.

Kemenangan Real Madrid dalam perlawanan ini membantu mereka untuk terus mengukuhkan lagi kedudukan Los Blancos di puncak saingan liga dengan kelebihan lapan mata mengatasi Sevilla.

Sevilla yang berada di kedudukan kedua itu masih mempunyai kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan dan mereka juga kini berada lima mata di hadapan Real Betis yang sedang berada di kedudukan ketiga.

Selain berjaya membantu Real Madrid mengukuhkan kedudukan di puncak saingan liga, Benzema juga kini semakin mengukuhkan kedudukan beliau sebagai calon pemenang anugerah Pichichi musim ini.

Anugerah Pichichi merupakan satu penghargaan yang diberikan kepada penjaring terbanyak dalam saingan teratas bola sepak Sepanyol setiap musim.

Pemain penyerang veteran itu kini sudah berjaya menjaringkan 15 gol dari 18 penampilan dalam saingan La Liga sepanjang musim ini.

Gol pertama beliau ketika beraksi bertemu Athletic tidak dinafikan lagi sememangnya gol yang sungguh luar biasa cantik dan berkualiti tinggi.

Bahkan gol itu juga turut dianggap sebagai antara calon untuk memenangi anugerah gol tercantik dalam saingan La Liga musim ini.

Ketika Toni Kroos bermain hantaran pendek kepada Benzema di dalam kotak penalti, Julen Agirrezabala berkemungkinan merasakan yang beliau mampu untuk mengawal keadaan.

Walau bagaimanapun, Benzema berjaya melakukan rembatan lencong yang sungguh menakjubkan melepasi penjaga gol Athletic Bilbao itu, seterusnya meletakkan Real Madrid satu gol dihadapan.

Kualiti penyudah yang sungguh luar biasa menakjubkan dari pemain penyerang berpengalaman itu, dengan beliau mampu untuk melencongkan bola dari ruang yang sangat sempit.

Para peminat di media sosial turut teruja dan kagum melihat gol itu, dan ramai dari mereka yang menganggap gol tersebut layak diangkat sebagai calon goal of the season.

โ€œSaya tak rasa kamu semua sedar betapa berkualiti dan bagusnya gol yang dia jaringkan itu. Sungguh menakjubkan.โ€

โ€œSaya sudah bertahun-tahun cakap yang Benzema ni sebenarnya sangat bagus. Dia selalu tidak dipandang, tapi kualiti yang dia ada memang mengagumkan.โ€

โ€œTak jangka yang dia akan lepaskan rembatan sepadu itu dari jarak yang tak nampak macam ada ruang untuk jaringkan gol. Benzema memang luar biasa.โ€

โ€œLetak lah siapa pun penjaga gol dekat situ, memang mustahil untuk dia selamatkan bola tu, memang cantik dan menakjubkan.โ€

โ€œKetika kamu bercakap tentang penyerang terhebat sejak sedekad ini, tidak ada jawapan lain yang kamu cari melainkan Benzema lah orangnya.โ€

Adakah Karim Benzema penyerang terhebat era beliau?

Memang tidak ada keraguan sama sekali untuk mengangkat Benzema sebagai salah seorang pemain penyerang terhebat dari generasi beliau.

Sejak ketibaannya ke Santiago Bernabeu dari Lyon pada musim panas 2009 yang lalu, Benzema telah berjaya menjaringkan 299 gol dari 582 penampilan untuk Real Madrid.

Kesemua keberuntungan itu mungkin kerana beliau sebelum ini pernah bermain bersama bintang-bintang handalan dalam dunia bola sepak seperti Cristiano Ronaldo.

Beliau kini merupakan pemain terpenting Real Madrid dan telah membuktikan yang beliau layak untuk dianggap sebagai pemain penyerang terhebat dunia atas aksi hebatnya sepanjang musim ini.

Sumber: GMS

BACA:ย  Benzema Anggap Siapa Saja Kritik Messi Dia Sebenarnya Buta Bola Sepak