Karim Benzema Terlalu Teruja Kerana Dipuji Oleh Lionel Messi

Karim Benzema tampil menghargai pujian yang diberikan oleh Lionel Messi kepadanya dan menganggap pujian itu sebagai pembakar semangat untuk beliau mencapai kejayaan lebih besar di masa hadapan.

Lionel Messi menghamburkan pujian menggunung kepada Karim Benzema dan menganggap bintang Real Madrid itu selayaknya memenangi anugerah Ballon D’or tahun ini.

Bintang handalan Real Madrid itu pada ketika ini merupakan calon kegemaran untuk memenangi anugerah paling berprestij dalam dunia bola sepak itu.

Aksi hebat dan pencapaian yang berjaya beliau capai sepanjang musim ini membuktikan yang tidak ada pemain lain lebih berhak untuk memenangi anugerah itu selain Benzema.

Rekod jaringan yang berjaya Benzema catatkan pada musim ini juga sebenarnya sangat dasyat dan kerana itulah beliau dianggap calon terbaik untuk memenangi anugerah Ballon D’or pada tahun ini.

Beliau berjaya menjaringkan 44 gol dari 46 penampilan dalam semua pertandingan sepanjang musim ini dan kehebatan beliau turut berjaya membantu Real Madrid memenangi gelaran La Liga dan Champions League.

Benzema memainkan peranan penting untuk membantu Real Madrid layak ke pentas perlawanan akhir dengan beliau kerap menjaringkan gol-gol penting untuk skuad kendalian Carlo Ancelotti itu.

Beliau merupakan nadi penting yang membantu Real Madrid menewaskan gergasi Eropah seperti Paris Saint Germain, Chelsea, Manchester City dan Liverpool di pentas perlawanan akhir.

Beliau mengakhiri saingan musim ini sebagai penjaring terbanyak saingan Champions League selepas menjaringkan 15 gol, dua gol mengatasi Robert Lewandowski.

Pemenang tujuh kali gelaran Ballon D’or, Lionel Messi tampil memberi pandangan beliau tentang siapa calon paling layak untuk memenangi anugerah itu pada tahun ini.

Beliau percaya yang Karim Benzema sangat berpotensi untuk memenangi anugerah itu pada musim ini.

Bercakap kepada TyC Sports:

“Saya fikir tak diragukan lagi, ia sangat jelas yang Benzema telah mengharungi tahun yang menakjubkan dan akhirnya turut berjaya memenangi gelaran Champions League, dia menjadi watak penting sejak di pusingan 16 terbaik hingga ke perlawanan akhir.”

“Saya fikir tidak diragukan lagi dia akan menang tahun ini.”

Sukar sebenarnya untuk menafikan hak Benzema untuk memenangi anugerah tersebut apa lagi selepas memikirkan kehebatan beliau menjaringkan 44 gol dari 46 penampilan dalam semua pertandingan musim ini untuk Real Madrid.

Selain menjaringkan gol yang banyak, beliau turut berjaya mencatatkan 15 assists untuk membantu Real Madrid menjuarai saingan Champions League dan La Liga musim ini.

Benzema sangat teruja dengan komen dari Lionel Messi itu dengan beliau percaya kata-kata dari pemenang tujuh kali anugerah Ballon D’or itu sebenarnya memberi motivasi yang baik kepadanya.

Ketika sedang menjalani tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Perancis, Benzema menyatakan bahawa:

“Saya dengar kata-kata dari Messi dan ia membuatkan saya sangat gembira, sangat bermakna kerana ia keluar dari pemain seperti dia.”

“Ia memberi saya motivasi untuk lakukan lebih baik lagi.”

Legenda Arsenal, Thierry Henry turut menyatakan yang Benzema jelas sekali layak untuk menjadi penerima anugerah Ballon D’or pada tahun ini.

Bercakap kepada CBS Sports selepas tamat perlawanan tersebut, Henry mendedahkan bahawa:

“Saya hanya ada satu pesanan untuk France Football. Tutup saja undian Ballon D’or sekarang. Karim Benzema sudah memenanginya. Selamat tinggal.”

Benzema sebelum ini sering dianggap menjadi bayang-bayang Cristiano Ronaldo ketika karier bintang Portugal itu di Santiago Bernabeu.

Namun selepas pemergian Ronaldo menyertai Juventus, Karim Benzema berjaya menggantikan tempatnya dan menjadi nadi penting serta bintang besar Real Madrid.

Menurut kajian dari beberapa pakar, Karim Benzema merupakan calon pilihan untuk memenangi anugerah tersebut dan pemain seperti Sadio Mane, Kevin De Bruyne dan Mo Salah bakal menjadi pencabar terdekatnya.

Namun melihat kepada pencapaian dan statistik, Karim Benzema jelas sekali sangat berhak untuk memenangi anugerah itu pada tahun ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Messi Adalah Masalah Utama Coutinho Di Barcelona - De Boer