Roy Keane telah diberitahu agar beliau menyertai barisan kejurulatihan Manchester United di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.
Setan merah dibelasah teruk oleh Liverpool pada minggu lalu, sebelum mereka kembali membelasah Tottenham Hotspur malam semalam.
Ketika dibelasah, pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer berdepan dengan tekanan yang teramat sangat selepas ramai yang meminta agar beliau dipecat.
Harry Redknapp suggests Roy Keane should join Manchester United's coaching staff #mufc https://t.co/tTsCTt28Dh
— Man United News (@ManUtdMEN) October 30, 2021
Ramai yang mempersoalkan tentang skuad pilihan beliau dan Harry Redknapp tampil untuk mencadangkan sesuatu yang sangat menakjubkan.
Beliau mencadangkan agar Manchester United dapatkan bantuan dari bekas ketua pasukan dan legenda kelab, Roy Keane.
“Ia agak menarik untuk mendengar kesemua pundit menceritakan tentang situasi Ole pada minggu lalu. Saya bersetuju dengan Graeme Souness, saya rasa dia perlukan bantuan. Saya tak kata staff dia bagus atau tidak, tapi bagi saya mereka nampak sedikit pendiam.”
Jelas Redknapp kepada talkSPORT.
“Saya sangat kenal Michael Carrick, saya suka Michael, dia seorang pemain bola sepak yang sungguh menakjubkan dan seorang individu yang hebat dan dia juga ada bantuan dari orang sekeliling.”
🤣 “Do you know who I’d go & bring in [to my back room staff]? Roy Keane.”
👀 “He won’t mess around! He’d sort one or two of the players out!”
Harry Redknapp suggests that Ole Gunnar Solskjaer should bring Roy Keane into his #MUFC back room staff 🔴 pic.twitter.com/cBINAmbHCs
— talkSPORT (@talkSPORT) October 30, 2021
“Kadang kala kamu tak boleh takut untuk fikir yang kamu perlukan sedikit lagi bantuan, ia akan membantu kamu dan membantu skuad.”
“Saya hanya fikir mungkin dia perlukan seseorang yang lain, karakter yang berbeza di samping dia dalam kumpulan itu untuk membantu pasukan.”
“Dia nampak kesunyian berdiri di garisan tepi padang pada minggu lalu. Kamu tahu siapa saya rasa sesuai untuk di bawa masuk ke Manchester United? Semua orang akan fikir yang saya sudah hilang akal.”
“Saya akan bawa Roy Keane. Jika saya adalah Ole, saya akan fikir yang dia tidak akan main-main dan dia tentu akan mampu untuk selesaikan satu dua perkara penting.”
Thoughts?https://t.co/NqCdokRWXv
— Balls.ie (@ballsdotie) October 30, 2021
Panas baran Keane jelas terbukti berkesan untuk menaikkan semangat para pemain selepas melihat bagaimana beliau memimpin United ketika karier 12 tahun beliau sebagai pemain.
Keane pada ketika ini bertugas sebagai penyampai Sky Sports dan kelantangan beliau dalam bersuara sering kali menunjukkan bagaimana United teruk dibantai olehnya.
Legenda berusia 50 tahun itu tidak bertugas ketika aksi kekalahan pada minggu lalu, namun beliau tampil di studio untuk mengulas perlawanan bertemu Spurs semalam.
Baru saja muncul, beliau terus membantai Harry Maguire tanpa belas dan turut mengkeji Aaron Wan-Bissaka dengan menyatakan yang Palace sendiri sudah tidak mahu mengambil sampah mereka semula.
Harry Redknapp suggests that former Manchester United captain and Republic of Ireland midfielder Roy Keane 🇮🇪 should join the @ManUtd coaching staff.#MUFC pic.twitter.com/J0aNSU0ivG
— Danny Nyeko 🚀🔴 (@DNyeko) October 30, 2021
Ketika aksi bertemu Tottenham Hotspur minggu ini, kesebelasan utama setan merah jelas berbeza dari yang sebelum-sebelum ini dan ia nampak berkesan.
Aksi persembahan para pemain juga ternyata berbeza dan kali ini mereka nampak seperti ada perancangan berbanding sebelum ini mereka turun macam budak sekolah waktu PJK.
Corak permainan yang dipersembahkan oleh para pemain Manchester United lebih teratur dengan sistem back three mereka jelas terlalu kebal untuk ditembusi oleh jentera serangan Spurs.
Kemenangan 3-0 ini mungkin boleh dianggap sebagai api semangat untuk skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer meneruskan momentum kemenangan dan mencabar segala kejuaraan yang ada.
We would pay good money to see this happen 👀https://t.co/NqCdol9ym5
— Balls.ie (@ballsdotie) October 30, 2021
Bertemu Spurs bukanlah cabaran sebenar untuk Ole Gunnar Solskjaer, dengan mereka selepas ini bakal turun beraksi bertemu Atalanta dan Manchester City.
Ujian sebenar untuk Ole Gunnar Solskjaer adalah dari dua perlawanan itu, dengan pihak kelab menggesa beliau untuk membuktikan sesuatu dari tiga perlawanan ini, untuk memberi peluang seterusnya kepada beliau untuk terus mengendalikan kelab.
Sumber: SPORTbible