Kecewa Dengan Kualiti Padang Wembley, Eriksen Tidak Sabar Untuk Bermain Di Stadium Baru Spurs

Pemain tengah Tottenham Hotspurs, Christian Eriksen berkata beliau sudah tidak sabar untuk beraksi di stadium baru yang sedang dibina Spurs kerana kecewa dengan kualiti padang di Wembley Stadium.

Tottenham bermain di Wembley sejak musim lepas bagi memberi laluan kepada pembinaan stadium baru bersebelahan White Hart Lane tetapi ia gagal disiapkan seperti yang dirancang.

Kerana tidak tahan dengan kualiti padang Wembley, Eriksen mahu bermain di stadium baru secepat yang mungkin

Berikutan masalah keselamatan, Spurs tidak akan dapat beraksi di gelanggang baru mereka tahun ini dan besar kemungkinan, perlu menunggu sehingga bulan Mac tahun hadapan untuk bermain di stadium baru tersebut.

Sementara menunggu stadium baru mereka selamat untuk diduduki, Spurs terpaksa bermain di Wembley yang mana kualiti padangnya agak mengecewakan berikutan pelbagai aktiviti yang berlangsung di stadium tersebut, bukan hanya bola sepak sahaja.

Wembley Stadium telah menjadi tuan rumah kepada 3 perlawanan National Football League (NF) dan juga menjadi venue kepada perlawanan boxing juara dunia Heavyweight, Anthony Joshua menentang pencabarnya, Aelxander Povetkin.

3 perlawanan NFL dianjurkan stadium Wembley. Mana tak jahanam

Disebabkan penganjuran aktiviti ini, keadaan padang di Wembley gagal diselenggara dengan baik dan tidak berapa sesuai untuk perlawanan bola sepak.

“Sebagai seorang pemain bola sepak, saya boleh katakan padang di Wembley tidak mengikut standard yang telah ditetapkan. Ini adalah pendapat jujur dari saya. Saya rasa anda juga telah melihat keadaan padang. Semua orang telah melihatnya.”

“Kami mahu bermain di atas padang yang lebih baik dari padang latihan kami. Tetapi dalam situasi sekarang, padang latihan kami adalah lebih baik dari padang di stadium. Kami menghadapi situasi yang agak sukar sekarang.”

Padang Stadium Shah Alam lagi lawo

Mengikut jadual asal, Spurs sepatutnya berpindah ke stadium baru mereka pada 15 September lalu. Walau bagaimanapun, berikutan beberapa isu keselamatan, ia terpaksa ditunda ke suatu tarikh yang masih belum ditetapkan sehingga sekarang.

“Maklumat yang kami dapat sama seperti yang diterima pihak media. Kami tidak tahu berapa lama lagi ia akan disiapkan. Saya berharap ia akan siap dalam masa terdekat ini.”

“Semua orang telah melihat gambar stadium dan rupanya. Ia bakal menjadi pengalaman yang menakjubkan apabila kami bermain di sana.”

Peminat Spurs klimaks melihat gambar ni

Ramai peminat Tottenham yang berharap perlawanan menentang Manchester United pada 13 Januari nanti bakal menjadi perlawanan pertama di gelanggang baru mereka.

Namun begitu, terdapat laporan yang mengatakan kontrak stadium memerlukan lebih masa untuk menyelesaikan segala masalah yang berbangkit. Satu lagi tarikh yang mungkin menjadi pilihan untuk merasmikan stadium tersebut adalah 2 Mac, dimana Spurs akan bertemu Arsenal dalam North London Derby.

BACA:  Conte Dan Tuchel Dilayangkan Kad Merah Kerana Cubaan Bertumbuk