Kecewa Tak Menang UEL, Peminat United Hamburkan Kata Kata Rasis Kepada Rashford

Kekalahan Manchester United di tangan Villarreal membuatkan ramai peminat Manchester United akhirnya menunjukkan sebenarnya mereka kecewa tak menang UEL ini walaupun sebelum ini ada yang menghina UEL.

Manchester United kalah bermaruah menerusi penentuan penalti. Hanya nasib sahaja membezakan kedua dua pasukan.

Di media sosial, pemain Manchester United dicemuh dan diserang dengan kata kata rasis yang teruk. Marcus Rashford antara yang paling awal tampil menyatakan dia menerima banya PM tepi yang berbaur rasis.

Rashford berkata: “Sekurang kurangnya ada 70 ejekan rasis di akaun media sosial yang aku sempat kira sekarang ni. Kepada mereka yang kerjanya mahu membuatkan aku rasa lebih teruk daripada apa yang aku sedang alami [kalah di final] , selamat berjaya mencuba.”

Manchester United mengambil berat perkara itu dan membuat kenyataan media rasmi mereka. Sambil meminta peminat peminat Man United melaporkan kepada mereka siapa yang rasis di media sosial untuk mereka ambil tindakan.

Ini bukan pertama kali Rashford menjadi sasaran puak rasis ini di media sosial. Pada Januari, Polis Greate Manchester menyiasat komen rasis yang dihantar kepada pemain berusia 23 tahun itu.

Pada hujung bulan April, bola sepak Inggeris bersatu dengan melancarkan boikot media sosial selama 4 hari sebagai protes kepada serangan rasis yang semakin teruk di media sosial.

Perlawanan akhir Europa League 2020/21 kejohanan kelas kedua menjadi perlawanan pembukaan buat perlawanan akhir Champions League yang merupakan kejohanan paling agung di Eropah.

Namun musim ini menjadi tumpuan kerana melibatkan Manchester United yang merupakan pasukan bola sepak paling popular di dunia dengan jutaan peminat dari seluruh pelusuk bumi.

Ini merupakan perlawanan akhir pertama Ole Gunnar Solskjaer sejak menjadi pengurus Manchester United selepas beberapa kali terciduk di separuh akhir.

Ole Gunnar Solskjaer mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pengurus Manchester United paling muda mengendali pasukan di perlawanan akhir Eropah pada usia 48 tahun 88 hari.

Unai Emery merupakan pengurus pertama mara ke final Europa League dengan tiga pasukan berbeza iaitu Sevilla, Arsenal dan kini musim 2020/21 Villareal.

Pada musim ini, Villareal belum tewas lagi di Europa League dari peringkat kumpulan sehinggalah separuh akhir. Mampukah mereka bergelar juara?

Satu lagi kejuaraan akan menjadikan Unai Emery sebagai pengurus paling berjaya dalam sejarah UEFA Cup/ UEFA Europa League.

Perlawanan dimulakan dengan Manchester United memegang bola dengan membuat hantaran demi hantaran di mana Villareal mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

Selepas lima minit barulah ada satu percubaan melalui rembatan leret, lemah dan tersasar jauh dari Scott McTominay.

Juan Foyth terjatuh kerana terjirit bola dan jatuh dikaki Paul Pogba lalu mengalami pendarahan di hidung.

Itulah aksi paling menarik sepanjang 10 minit perlawanan.

Juan Foyth dengan kepala berbalut dan darah masih lagi berlecer keluar dari hidungnya yang mancung seperti Mat Salleh.

Carlos Bacca yang tidak asing dengan Europa League melakukan satu hantaran Rabona namun sayang tandukan Pau Torres tinggi melangit.

Pendekatan tunggu dan lihat dengan penuh sabar Villareal membuahkan hasil apabila berjaya membuka jaringan melalui Gerard Moreno.

Sepakan percuma tidak berbahaya Daniel Parejo menjadi bahaya dengak aksi kelam kabut Viktor Lendelof dan mudah untuk Gerard Moreno meletakkan Villareal di hadapan pada minit ke-30.

Penjaga gol Manchester United, David De Gea, seakan akan tidak menyangka Gerard Moreno tidak dikawal oleh barisan pertahanan di depannya.

Ada laporan mengatakan bahawa selepas gol Villareal itu, penyokong United di Malaysia sudah mula memaki Ole dan Rashford. Ada juga penyokong pasukan mana tersilap klaim Moreno.

Entah betul atau tidak, pihak kami belum pasti dan siasatan menyeluruh akan dijalankan.

Permainan separuh masa pertama, menyaksikan United dilihat lebih bernafsu untuk melakukan serangan manakala Villareal mengambil pendekatan tunggu dan lihat, berkampung di kawasan sendiri dan sekali sekala melancarkan serangan balas dan gol terhasil.

Babak kedua sekali lagi Setan Merah hampir dihukum dengan aksi pertahanan yang kelam kabut tidak ketahuan punca tapi nasib baik bola berjaya dikeluarkan dari kawasan bahaya selepas berkali mencuba.

Akhirnya Manchester United berjaya menyamakan kedudukan melalui Edison Cavani yang menolak mudah bola dari jarak dekat dan gol berpunca daripada sepakan penjuru Luke Shaw.

Gol tersebut dirujuk kepada Video Assistant Referee (VAR) kerana dikhuatiri ada unsur kecurangan yang digelar ofside. Gol disahkan dan suci dari sebarang kecurangan.

Sejurus selepas itu Manchester datang lagi, Scott McTominay melakukan miskick dan Bruno Fernandes datang merembat namun gagal disambar Cavani.

Luke Shaw berjaya lepas dengan memperdayakan pemain Villareal, rembatan kaki kanannya meliar namun tepat ke kepala Cavani, tandukan tajam Cavani pula tepat ke kepala pemain Villareal dan bola berjaya dikeluarkan.

Serangan demi serangan dilakukan Setan Merah sambil sesekali Villareal membalas dengan terus mempamerkan permainan tunggu dan lihat sahaja.

Tiada gol tambahan sehingga tamat masa kecederaan menyaksikan perlawanan di bawa ke masa tambahan 30 minit bagi mencari sang juara.

Villareal tampak mempunyai kelebihan daripada segi stamina di masa tambahan dan Manchester United yang gagal menyudahkan perlawanan dalam tempoh 90 minit tampak mula pancit.

Pemain dibangku simpanan sangat tidak meyakinkan untuk ditukar ganti dan akhir Mason Greenwood dikeluarkan dan Fred yang tidak dapat dipastikan fungsinya di padang dimasukkan.

Tamat separuh masa pertama masa tambahan kedudukan masih lagi terikat 1-1 dan permainan Villareal mula tampak agresif.

Marcus Rashford mengalami kecederaan tetapi masih mampu meneruskan permainan. Vicktor Lindelof membuat aksi kelakar bukan-bukan menghantar bola kepada pemain Villareal namun tidak terhukum dengan aksi bodo itu.

Fred bernasib baik tidak dihukum selepas bola jelas terkena tangan apabila VAR dan pengadil menutup mata.

Selepas Villareal melakukan lima pertukaran barulah Ole membuat pertukaran kedua dan ketiga. Paul Pogba dan Eric Bailly dikeluarkan Daniel James dan Axel Tuanzebe masuk.

Perlawanan dibawa ke penentuan sepakan penalti dengan kedudukan masih lagi terikat ketat-ketat. Villareal mengambil sepakan pertama.

Selepas 11 sepakan akhirnya, David De Gea membuat sepakan ke kanan bawah dan Genorimo Rulli dengan akso wiranya berjaya membuat tepisan.

Villareal muncul juara Unai Emery League musim 2020/21 11-10 dan Unai Emery kini menjadi pengurus paling berjaya dalam sejarah UEFA Cup/ Europa League.

Unai Emery secara solo telah memenangi 4 kejuaraan Europa League dalam lima final berbanding tiga sahaja yang dimenangi oleh pasukan Premier League.

Mr Gud Ebening ini telah memenangi tiga secara hatrik dengan Sevilla pada 2014, 2015, 2016 dan hari ini bersama Villareal.

Sepakan Penalti

Gerard Moreno – kiri bawah, gol.
Juan Mata – Kiri tengah, gol.

Danial Raba – Tengah bawah, gol.
Alex Telles – Kiri tengah, gol.

Paco Alcacer – Kiri bawah, gol.
Bruno Fernandes – Kiri bawah, gol.

Alberto Moreno – Kanan bawah, gol.
Marcus Rashford – Kiri tengah, gol.

Daniel Parejo – Kiri tengah, gol.
Edison Cavani – Kiri tengah, gol.

Moi Gomez – Tengah padu, gol.
Fred – Kanan bawah, gol.

Raul Albiol – Kanan bawah, gol.
Daniel James – Kanan tengah, gol.

Francis Coquelin – Kanan atas, gol.
Luke Shaw – Kanan bawah, gol.

Mario Gaspar – Tengah tengah, gol.
Axel Tuanzebe – Kanan tengah, gol.

Pau Torres – Kiri atas, gol.
Victor Lindelof – Kiri atas, gol.

Geronimo Rulli – Kanan atas, gol.
David De Gea – Kanan bawah, gagal.

Kesebelasan Utama

Villarreal (4-4-2): Rulli, Foyth, Albiol, Torres Pedraza; Yeremi, Capoue, Parejo, Trigueros; Moreno, Bacca.

Subs: Asenjo, Mario Gaspar, Funes Mori, Raba, Estupinan, Alcacer, Moreno, Coquelin, Pena, Jaume Costa, Moi Gomez, Nino

Man Utd (4-2-3-1): David De Gea, Aaron Wan-Bissaka, Victor Lindelof, Eric Bailly, Luke Shaw, Scott McTominay, Paul Pogba, Bruno Fernandes, Mason Greenwood, Marcus Rashford, Edison Cavani

Subs: Dean Henderson, Lee Grant, Harry Maguire, Alex Telles, Axel Tuanzebe, Brandon Williams, Daniel James, Amad Diallo, Juan Mata, Nemanja Matic, Donny van de Beek

BACA:  Penyokong Manchester United Nak Bertumbuk Sesama Sendiri Ketika Maguire Melipat Lawannya Dalam Padang