Kelab Divisyen Dua Buat Tawaran Berani Mati Mahu Dapatkan Hazard

Sebuah kelab divisyen dua dari Belgium telah membuat kerja gila dengan membuat tawaran berani mati bagi mendapatkan Eden Hazard dari Real Madrid yang semakin hari semakin sendu.

Bekas pemain Chelsea itu telah diberikan tawaran oleh kelab KVC Westerlo yang beraksi di liga divisyen dua Belgium yang kini berada dipuncak liga dengan kelebihan 10 mata.

KVC Westerlo dilihat berpotensi besar untuk ke liga teratas Belgium, Belgian Pro League jika terus mengekalkan rentak mereka ketika ini sehingga ke akhir musim.

Pengarah sukan KVC Westerlo ialah Hasan Cetinkaya dilaporkan mempunyai hubungan secara peribadi yang baik dengan Eden Hazard menjadi punca kepada khabar angin perpindahan yang sangat aneh ini.

Dalam satu temuramah bersama Het Nieuwsblad, Hasan Cetinkaya telah berkata:

“Aku rasa aku boleh menganggap Eden Hazard ni sebagai kawan, pertama kali aku jumpa Hazard masa di dekat Lille. Dia berjanji dengan aku satu hari nanti dia akan bermain untuk Fernerbahce.”

“Untuk membolehkan Hazard datang ke KVC Westerlo pasti sangat sukar. Tapi kita tak tahu la kan? Hazard mungkin datang dan menamatkan kariernya disini.”

Lantaran kenyataan inilah yang telah diketahui media besar lalu menjadikannya suatu berita hangat tentang rumours perpindahan Hazard ke liga divisyen dua Belgium.

Ini merupakan satu impian besar yang penuh harapan yang lebih mendekati kepada sebuah fantasi daripada Hasan Cetinkaya. Angan-angan yang mungkin jadi kenyataan.

Hazard terus dapat mewakili pasukan kebangsaan Belgium semasa prestasi buruknya yang berterusan, tetapi untuk Real Madrid dia bergelut untuk mendapat tempat di kesebelasan utama di bawah pengurusan Carlo Ancelotti.

Eden Hazard telah melakukan 11 penampilan untuk Real Madrid dalam semua pertandingan musim ini tetapi masih belum menemui jaringan walaupun sebutir.

Jelas sekali Hazard perlu mencari pintu perpindahan untuk keluar dari Bernabéu bagi mendapatkan kembali sentuhannya.

Pemain kebangsaan Belgium itu telah menjaringkan 110 gol dan mencipta 92 bantuan gol dalam 352 perlawanan untuk Chelsea, sebelum menandatangani kontrak dengan Real Madrid dengan bayaran perpindahan sebanyak £103.5 juta.

Sejak itu, pemain berusia 30 tahun itu gagal menemui konsistensi yang sama. Dalam 54 perlawanan untuk Real Madrid, dia hanya menjaringkan lima gol dan sembilan assist.

KVC Westerlo akan berharap Hazard merasakan pulang ke kampung halaman adalah langkah terbaik untuknya.

Pada June 2019 pemain antarabangsa Belgium itu telah diumumkan sebagai pemain Real Madrid secara rasmi dalam satu majlis pengenalan selepas mencapai persetujuan dengan Chelsea mengenai yuran perpindahan yang dilaporkan mencecah £130 juta, termasuk bonus.

Ia merupakan rekod kelab bagi Real Madrid yang mana sebelum ini dipegang oleh Gareth Bale dengan yuran perpindahan sekitar £86 juta pada September 2013.

Eden Hazard telah diikat dengan kontrak selama lima tahun dan telah menjadi pemain Real Madrid yang mendapat gaji paling tinggi dengan bayaran mingguan berjumlah £416,000 bersamaa RM2.35 juta sahaja.

Setahun ada 52 minggu dan mengikut kontrak gaji tahunan Hazard sebanyak £21.6 juta bersamaan RM122.07 juta sahaja.

Gaji ini sangat mewah, pada Mac 2021 Eden Hazard hanya bermain dalam 24 perlawanan La Liga sahaja dan menjaringkan tiga gol je. 12 perlawanan je setahun.

Dan kini Hazard memasuki tahun ketiga, Hazard hanya bermain 54 perlawanan untuk Real Madrid dengan menjaringkan lima gol dan sembilan assist.

Selama tiga musim, Hazard terus begelut dengan prestasi untuk memberi yang terbaik sejak tiba di Bernabeu.

Hazard juga kerap kehilangan peluang untuk beraksi kerana kecederaan betis, ternyata kehadiran Hazard yang sangat didambakan Zinedine Zidane mendatangkan kekecewaan.

Zinedine Zidane juga telah angkat kaki dan Carlo Ancelotti datang namun Hazard terus dibelenggu masalah prestasi yang dirasakan tidak akan dapat kembali sentuhannya.

Pada musim panas yang lalu, Real Madrid dilaporkan mahu melelong Hazard pada harga £43 juta sahaja dan sedia untuk menanggung kerugian namun tidak laku.

Harganya sangat keras bagi pemain yang telah kehilangan sentuhan selama 3 tahun.

BACA:  Hazard: Masa Depan Saya Mungkin Berubah Dalam Masa Dua Bulan