Kelab EPL Menolak Untuk Menggantung Pemainnya Yang Sedang Berdepan Pertuduhan Merogol

Pemain Premier League yang identiti beliau masih dirahsiakan dan kini sedang berdepan pertuduhan merogol itu tidak akan menerima hukuman dari kelabnya.

Pemain tersebut tak akan berdepan dengan hukuman penggantungan walaupun kelabnya tahu tentang pertuduhan tersebut.

Pada awal bulan ini, bintang dari saingan Premier League sekali lagi mencetuskan sensasi di internet selepas salah seorang pemain yang bermain di pentas tertinggi bola sepak England itu berdepan pertuduhan merogol.

Identiti pemain tersebut masih dirahsiakan namun beliau dikatakan merupakan pemain berprofil tinggi dan akan beraksi di pentas Piala Dunia penghujung tahun ini.

Pemain tersebut telah ditangkap di London dan telah dibawa ke balai polis untuk disiasat.

Pemain tersebut kemudiannya berdepan tambahan dua lagi pertuduhan baru, oleh dua wanita berbeza.

Walaupun identiti pemain tersebut tidak didedahkan, namun kelab beliau sebenarnya sudah tahu tentang hal tersebut.

Kelab tahu dan sedar tentang pertuduhan merogol itu sejak musim lalu lagi, namun masih tetap terus membenarkan pemain tersebut untuk tetap bermain.

Laporan terbaru dari media UK mendedahkan yang pihak kelab sama sekali tidak berhasrat mahu menggantung beliau.

Kelab tidak ada masalah untuk membenarkan beliau terus bermain walaupun pada masa sama pemain tersebut sedang disiasat oleh pihak polis.

Menurut laporan dari The Athletic, pihak kelab menyatakan bahawa:

“Kami sahkan yang pemain tersebut telah menafikan pertuduhan itu dan beliau kini di bawah jaminan polis sementara siasatan lanjut diteruskan.”

Kenyataan dari kelab turut mengesahkan yang mereka tak ada masalah untuk membenarkan pemain tersebut terus bermain.

“Tak ada hukuman yang akan dikenakan dan pemain itu boleh meneruskan karier profesionalnya termasuk permit perjalanan.”

“Kami bertanggungjawab dan ambil peduli tentang hal tersebut dan mengikuti segala garis panduan serta prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.”

“Kami akan memastikan perkara ini dalam pertimbangan rapi dan akan menyemak lebih lanjut jika keadaan berubah.”

Pada awal tahun baru-baru ini, bintang Manchester United, Mason Greenwood turut ditangkap atas pertuduhan merogol, mendera dan mengancam kekasihnya.

Beliau walau bagaimanapun telah dibebaskan atas jaminan pihak polis dan kes beliau kini masih sedang dalam siasatan.

Pemain kebangsaan England itu kemudiannya mendapat jaminan tambahan selepas jaminan awal beliau tamat pada April lalu.

Beliau masih kekal digantung oleh pihak kelab dan Greenwood turut tidak akan bermain sehingga kesnya selesai.

Mason Greenwood sudah tidak beraksi atau berlatih bersama rakan sepasukannya sejak beliau ditangkap pada Januari lalu.

Menurut laporan dari beberapa sumber di UK, agak sukar sebenarnya untuk melihat Mason Greenwood kembali bersama skuad Manchester United.

Pemain pertahanan Manchester City, Benjamin Mendy turut sedang dalam jaminan polis selepas beliau berdepan tujuh pertuduhan merogol dan satu gangguan seksual.

Beliau juga pada ketika ini masih digantung oleh pihak kelab dan hanya akan dipanggil untuk kembali beraksi seandainya beliau sudah terbukti tidak bersalah.

Siapa pemain yang dimaksudkan dan kelab mana beliau beraksi masih kekal menjadi misteri dengan para peminat masih gigih mencari tahu siapa pemain yang dimaksudkan.

Kelab-kelab dalam saingan Premier League pada ketika ini sedang menjalani aksi pra musim mereka dan mereka juga turut sibuk menguruskan urusan perpindahan pemain.

Saingan Premier League akan bermula bulan hadapan dan kerana itulah kesemua kelab sedang membuat persiapan rapi pada ketika ini, menjelang bermulanya sepak mula musim baharu nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Liverpool Bakal Jadi Juara Selepas Tamat Perlawanan Pertama Sekembalinya Saingan Liga