Kelab Terteruk Di Dunia Tawarkan Messi Kontrak Yang Gila Dan Tak Masuk Akal

Lionel Messi telah ditawarkan kontrak yang gila dan tak masuk akal dari salah sebuah kelab yang dianggap terteruk dalam dunia bola sepak.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab yang juga merupakan ketua pasukan Barcelona itu ketika ini merupakan seorang pemain berstatus free ejen selepas kontraknya tamat pada 30 Jun lalu.

Messi yang mahu meninggalkan kelab dan telah menghantar permohonan untuk meninggalkan kelab pada tahun lalu, masih belum menyatakan persetujuan beliau untuk menandatangani perjanjian baru bersama Barca.

Dan selepas melihat pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu tiada majikan pada ketika ini, salah sebuah kelab kerdil di Brazil, Ibis Sport Club, memutuskan untuk mencuba memberi tawaran kepada bintang Argentina itu.

Pasukan yang dianggap paling teruk di dunia itu terkenal dengan rekod mereka tidak mencatatkan sebarang kemenangan selama tempoh 3 tahun 11 bulan pada tahun 1980 hingga 1984.

Ekoran dari rekod tersebut, kelab itu telah dimasukkan ke dalam Guinness World Record sebagai pasukan paling lama tidak mencatatkan kemenangan dan memegang rekod kekalahan paling teruk dalam sejarah.

Mereka walau bagaimanapun mempunyai hampir 300,000 pengikut di laman twitter dan pihak kelab telah berkongsi kertas kerja perancangan mereka mahu menandatangani Lionel Messi.

Dalam pelan perancangan mereka, pihak kelab mahu menawarkan Messi kontrak selama 15 tahun dan terdapat beberapa syarat gila dalam perjanjian tersebut.

Seperti yang mereka tawarkan, Messi tidak akan dibenarkan untuk memakai nombor 10 kegemarannya, kerana nombor tersebut telah dibersarakan.

Messi juga tidak dibenarkan sama sekali untuk menjaringkan gol yang banyak sepanjang kariernya selama 15 tahun di sana.

Lebih teruk lagi, Messi juga tidak dibenarkan sama sekali untuk memenangi apa seandainya beliau bersetuju untuk menandatangani perjanjian bersama kelab gila itu.

Lionel Messi juga diminta untuk bersumpah di hadapan cermin sebanyak tiga kali, untuk mengakui bahawa Pele sememangnya lebih hebat berbanding mendiang Diego Maradona.

Berikut merupakan syarat yang mereka letakkan dalam kontrak yang ditawarkan kepada Lionel Messi:

-Kontrak selama 15 tahun bermula 1 Julai 2021

-Gaji berdasarkan sumbangan (seandainya dia layak)

-Dia tak dibenarkan menjaringkan banyak gol

-Dia tak boleh jadi Juara

-Dia tak boleh pakai jersi No.10 (sudah dibersarakan kerana menghormati Mauro Shampoo)

-Dia mesti bersumpah tiga kali di depan cermin untuk mengakui Pele adalah lebih bagus berbanding Maradona

Melihat kepada syarat melibatkan gaji dan beberapa klausa lain dalam kontrak tawaran itu, jelas mereka sekadar bergurau, namun agak tidak matang gurauan kelab bola sepak seperti ini.

Dengan Messi ketika ini agak sibuk bersama skuad kebangsaan Argentina dalam saingan Copa America di Brazil, bintang berusia 34 tahun itu masih belum memberi sebarang reaksi atas tawaran tersebut (ketika artikel ini ditulis pada jam 4am).

Messi sebenarnya telah menerima tawaran dari pelbagai kelab gergasi yang sangat berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Beliau turut menerima tawaran gaji yang cukup lumayan serta tawaran-tawaran lain yang mengagumkan dari beberapa pasukan ternama lain

Paris Saint Germain, Manchester City, Inter Milan, Inter Miami dan pelbagai lagi kelab gergasi lain turut menyatakan minat untuk mendapatkan khidmatnya.

Messi walau bagaimanapun dikatakan sudah bersetuju untuk menandatangani perjanjian selama dua tahun lagi bersama Barcelona selepas selesai tugasan antarabangsanya.

Presiden Barca, Joan Laporta sangat berharap beliau mampu jumpa jalan penyelesaian untuk memastikan Messi meneruskan karier gemilangnya di Nou Camp.

“Kami mahu dia untuk kekal dan Leo juga memang mahu kekal, semuanya berada di landasan yang betul, apa yang tinggal untuk diselesaikan adalah isu berkait fair play dan kami sedang dalam proses untuk cari jalan penyelesaian terbaik untuk kedua-dua belah pihak.”

Jelas Laporta kepada El Transistor.

“Saya sangat yakin untuk mengumumkan yang dia akan kekal tapi pada ketika ini saya tak boleh untuk lakukan itu, kerana kami sedang dalam proses untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kedua-dua belah pihak.”

Barca telah menandatangani Sergio Aguero pada bulan lalu dalam usaha mereka untuk memujuk Lionel Messi agar kekal di Nou Camp.

Messi sehingga kini hanya memberi tumpuan pada tugasan antarabangsanya dan beliau masih belum memutuskan apa-apa berkait masa depannya.

Sumber: SB

BACA:  Messi Patut Diberikan Hadiah Nobel Kerana Assist Yang Begitu Gila