Kelayakan Piala Dunia: Belanda 6-0 Gibaraltar

Mesin gol Belanda, Memphis Depay menjaringkan dua gol dan satu sepakan penalti gagal disempurnakan ketika Belanda meneruskan saingan di Kumpulan G kelayakan Piala Dunia dengan kemenangan selesa 6-0 ke atas Gibraltar.

Tandukan awal dari pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil van Dijk membuat bola bergolek masuk untuk menjadi gol pembukaan dan pemanis mulut sebelum pesta gol Belanda bermula.

Gol Virgil van Dijk terhasil pada minit ke-9 hasil bantuan gol daripada Memphis Depay. Sepuluh minit kemudian Belanda mendapat sepakan penalti.

Namun sepakan Memphis Depay diselamatkan oleh penjaga gol Gibraltar, Bradley Banda. Memphis Depay menebus kegagalan dengan menggandakan kedudukan pada minit ke-21.

Belanda mendapat sepakan penalti lagi sebelum tamat separuh masa pertama dan Memphis Depay tidak melakukan kesilapan lagi kali ini meletakkan Oranje mendahului dengan tiga gol.

Denzel Dumfries tidak membuang masa dan terus menjarakkan kedudukan selepas tiga minit babak kedua bersambung.

Pemain gantian, Arnaut Danjuma yang pasti diingati peminat Manchester United dan Donny Malen melengkapkan jaringan kelima dan keenam Belanda untuk menyelesaikan belasahan ke atas Gibraltar.

Kecekapan penjaga gol Gibraltar, Bradley Banda menafikan gawang beliau dari dibolosi lebih enam gol.

Ini merupakan kekalahan kelapan Gibraltar dalam lapan perlawanan dengan hanya mampu menghasilkan tiga gol dan 34 kali bolos.

Belanda sahaja telah membolosi gawang Gibraltar sebanyak 13 kali apabila menang 7-0 pada pertemuan pertama.

Belanda tidak boleh lalai dalam kempen kelayakan ini dengan Norway berada dua mata di belakang mereka dan Turki ditempat ketiga kurang empat mata.

Kemenangan ini merupakan kemenangan keempat berturut-turut Louis Van Gaal selepas mengambilalih dari Frank De Boer yang meletak jawatan selepas kegagalan Belanda di EURO 2020.

Kesebelasan utama Belanda : Justin Bijlow, Denzel Dumfries, Stefan de Vrij, Virgil van Dijk, Daley Blind, Georginio Wijnaldum, Frenkie de Jong, Davy Klaassen, Steven Berghuis, Memphis Depay, Noa Lang.

Pemain Simpanan : Tim Krul, Mark Flekken, Jurrien Timber, Matthijs de Ligt, Tyrell Malacia, Luuk de Jong, Guus Til, Arnaut Danjuma, Ryan Gravenberch, Donyell Malen, Wout Weghorst, Teun Koopmeiners.

Kesebelasan utama Gibraltar : Bradley Banda, Joseph Luis Chipolina, Scott Wiseman, Roy Chipolina, Jamie Bosio, Graeme Torrilla, Louie Annesley, Jayce Olivero, Julian Valarino, Reece Styche, Liam Walker.

Pemain Simpanan : Jamie Robba, Ethan Santos, Lee Casciaro, Mohamed Badr Hassan, Alain Pons, Aymen Mouelhi, Kian Ronan, Kelvin Morgan, Jaron Vinet, Ethan Britto, James Coombes.

Kelayakan Piala Dunia: Gibraltar 0-7 Belanda

Menentang Gbraltar yang berada di kedudukan 195 ranking FIFA dalam kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 tidak menjadi masalah untuk Belanda mencatatkan kemenangan mudah.

Gibaraltar telah dibelasah Belanda dengan tujuh gol tanpa mampu dibalas melalui enam orang pemaian berbeza.

Steven Berghuis meletakkan Belanda di depan dan itu merupakan satu-satunya gol terhasil pada separuh masa pertama.

Baki 45 kedua, Belanda menambah enam lagi jaringan melalui Luuk de Jong, Memphis Depay, Georginio Wijnaldum, Donyell Malen, Donny van de Beek dan Memphis Depay lagi.

Separuh masa kedu menyaksika Belanda melakukan 16 percubaan dengan 10 pecubaan tepat di mana 6 gol terhasil.

Ini merupakan kemenangan terbesar Belanda di tempat lawan sejak 22 September 1993, ketika itu Belanda menewaskan San Marino juga dengan jaringan 7-0.

GIBRALTAR: Coleing (Goldwin 74), Wiseman, Sergeant, Chipolina, Mouelhi, Jolley (Moulds 81), Lee Casciaro (Valarino 81), Annesley (Torrilla 73), Ronan (Barnett 41), Walker, De Barr

Subs not used: Borge, Morgan, Banda, Styche, Peacock, Santos, Kyle Casciaro

HOLLAND: Krul, Dumfries (Gravenberch 46), de Ligt, Blind (Malen 54), Wijndal, Wijnaldum, Klaassen (van de Beek 76), Frenkie de Jong, Berghuis (Stengs 81), Luuk de Jong (Babel 81), Depay

Subs not used: Bizot, Bergwijn, Tete, de Roon, Veltman, van Aanholt, Stekelenburg

BACA:ย  Jawapan Kelakar Van Gaal Yang Dilabel Di Maria 'Pengurus Paling Teruk'