Kenali Pemain Import Terbaru Johor Darul Takzim, Aaron Niguez

Juara Liga Super 2018, Johor Darul Takzim (JDT) meneruskan usaha mereka untuk memperkukuhkan pasukan dengan menandatangani produk akademi Valencia, Aaron Niguez bagi menghadapi saingan Liga Juara-Juara Asia tahun hadapan.

Niguez yang sebelum ini beraksi untuk Real Ovieda merupakan seorang pemain versatile yang mampu bermain di mana-mana posisi serangan.

Aaon Niguez, ayam tambatan terbaru JDT bagi menghadapi saingan musim 0219

JDT menerusi akaun Facebook rasmi membuat pengumuman tersebut beberapa jam lalu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Fernando Elizari dan Fernando Marquez. JDT juga sebelum ini telah menandatangani bekas bek tengah Lazio, Mauricio untuk menggantikan Marcos Antonio yang bersara dari bermain bola sepak.

Pengumuman mengenai kemasukan Niguez dibuat JDT menjelang undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia yang akan berlangsung dua hari lagi.

Pemain berusia 29 tahun ini pernah disenaraikan dalam ‘Top 50 Most Exciting Teenager Footballers’ oleh World Soccer Magazine pada tahun 2007. Niguez diletakkan pada kedudukan 33, di hadapan pemain terkenal seperti Mesut Ozil, Alexis Sanchez, dan Ivan Rakitic.

Aaron pernah beraksi untuk skuad bawah 21 tahun Sepanyol

Walau bagaimanapun, bukan semua ‘wonderkid’ akan bertukar menjadi pemain berkelas dunia. Perjalanan karier Niguez tidak berjalan seperti yang diharapkan. Beliau gagal membuat sebarang penampilan dalam pasukan utama Valencia dan dipinjamkan ke beberapa buah kelab seperti Rangers, Celta, dan Recreativo sebelum dilepaskan pada tahun 2011.

Niguez berpindah ke Almeria selepas itu dan disitulah beliau kembali mencipta nama sebagai pemain sayap yang disegani. Beliau beraksi untuk Almeria selama dua musim sebelum berpinda ke Elche pada tahun 2013. Niguez memainkan peranan penting dalam membantu Elche meraih promosi untuk naik ke La Liga dalam musim pertamanya bersama Elche.

Anak beranak Niguez. Paling terkenal sudah tentu Saul Niguez (kiri sekali)

Pada musim 2015/2016, Niguez berhijrah ke Portugal untuk beraksi dengan Braga. Namun ia tidak berkekalan lama dan musim berikutnya, beliau kembali ke Sepanyol untuk bermain dengan Tenerife.

Akhirnya, Real Ovieda mendapatkan khidmat Niguez bagi musim 2017/2018 dan beliau berjaya membuat 31 penampilan dan menjaringkan 5 gol sepanjang musim. Untuk rekod, pemain ternama seperti Santi Cazorla dan Juan Mata adalah produk akademi Oviedo.

Niguez dibesarkan dalam keluarga yang sangat berminat dengan bola sepak. Beliau mempunyai dua adik-beradik yang juga bermain bola sepak secara profesional. Abangnya, Jonathan Niguez bermain untuk Elche di Liga Segunda manakala adiknya, Saul Niguez merupakan pemain utama untuk skuad Diego Simeone di Atletico Madrid dan juga untuk pasukan kebangsaa Sepanyol.

Selepas berakhirnya tempoh pinjaman Fernando Elizari dan Fernando Marquez, JDT perlu bertindak cepat untuk menambah sengat di jentera serangan pasukan dan ketibaan Niguez dijangka mampu mengisi kekosongan tersebut dengan baik.

Ketibaan Niguez juga bermakna JDT hanya memerlukan seorang lagi pemain import untuk memenuhi kuota import mereka dan besar kemungkinan, pemain tersebut merupakan seorang penyerang.

BACA:  Hazwan Bakri, Penjaring Final Piala Malaysia 2015 Dan 2016