Kenapa Messi Dipakaikan Jubah Hitam? Apakah Maknanya?

jubah messi

Kenapakah Lionel Messi telah dipakaikan jubah hitam berjalur emas sebelum majlis penyerahan trofi teragung bola sepak Piala Dunia diserahkan kepada kapten Argentina itu. Apakah maksuh disebalik jubah itu?

Jubah hitam dengan jaluran dan kemasan emas yang dikenakan oleh Lionel Messi itu digelar ‘Bisht‘ merupakan simbol dan identiti orang Arab yang telah dipakai sejak beribu tahun lalu.

Bisht adalah pakaian yang melambangkan status yang biasanya dikaitkan dengan keluarga Diraja, kedudukan agama, kekayaan dan majlis istiadat seperti pemakaian tuksedo dengan bow tie di Barat.

Ia biasanya dipakai untuk majlis-majlis khas yang berprestij seperti perkahwinan, atau perayaan seperti hari raya, atau untuk Ṣalāt jemaah atau Solat Jenazah.

Ahad ini, 18 Disember tarikh yang agak janggal untuk kejohanan ini, Piala Dunia Qatar 2022 berakhir dengan Argentina muncul sebagai juara selepas menumbangkan Perancis.

Albicelestes teklah memenangi piala itu sekali lagi 36 tahun selepas Maradona menjulangnya pada 1986. Orang yang bertanggungjawab menjulang trofi itu ialah Lionel Messi, kapten hebat Albiceleste dan pemain terbaik kejohanan yang meraih anugerah Golden Ball.

Pada usia 35 tahun, bintang Argentina itu telah memenangi gelaran paling berharganya dan berprestij yang cuba dimenanginya dalam lima Piala Dunia sebelum ini.

Imej Messi dengan julangan piala akan tersemat dalam sejarah bola sepak, tetapi yang paling menonjol dan unik, kerana dia memakai jubah hitam yang telah dipakaikan kepadanya oleh Gianni Infantino, presiden FIFA, dan Emir Qatar, Tamim bin Hamad.

Gambar ini telah tersebar ke seluruh dunia kerana juabah hitam yang dipakai oleh Messi ini, yang dipanggil Bisht. Ia dibuat di souk dan dipakai oleh menteri dan orang penting di Qatar.

Di samping itu, 18 September adalah hari kebangsaan Qatar diraikan bagi memperingati Sheikh Jassim Mohammed bin Thani yang telah menyatukan semua suku semenanjung dan mula membina asas negara.

Memandangkan ia adalah hari yang penting di negara ini, Qatar memakai pakaian terbaiknya malah terdapat perarakan tentera dan bunga api pada sebelah malam sebagai perayaan.

Perayaan berganda dalam satu masa telah melipatgandakan kemeriahan dan sambutan kejuaraan Piala Dunia yang telah di menangi oleh Lionel Messi dan rakan-rakan.

Menurut seorang pempengaruh media sosial, penerbit dan pengarah, Tallie Dar antara orang terawal menceritakan tentang jubah yang dipakaikan kepada Messi ini bahawa jubah ini memberi makna kepada sebuah penghormatan yang tertinggi.

“Jubah hitam Messi dipanggil ‘Beshth’. Pahlawan Arab memakainya selepas kemenangan. Ia juga dipakai oleh keluarga diraja.”

“Raja Qatar mengurniakannya kepada Messi sebagai tanda penghormatan. Menandakan Messi sebagai pahlawan yang menang untuk negaranya Argentina”

Aksi general pahlawan telah ditunjukkan oleh Lionel Messi di sepanjang kempen Piala Dunia apabila memimpin Argentina sehingga menjadi juara buat kali ketiga.

Terdapat peminat bola sepak yang nyata marah termasuklah Gary Lineker kerana Lionel Messi telah dipakaikan jubah hitam tradisional itu kerana di mata mereka telah merosakkan dan merencatkan julangan Piala Dunia yang ikoik oleh Messi.

“Infantino meletakkan jubah pada Messi dan kemudian hampir menjulang trofi bersamanya. Jenaka seperti itu, dan benar-benar merosakkan keindahan masa ini.”

“Membuat Messi memakai jubah itu (atau apa sahaja) telah menghasilkan beberapa visual yang sangat pelik ketika pasukan Argentina meraikannya.”

“Rasa seperti jubah itu merosakkan detik ikonik Messi menjulang trofi dalam baju Argentinanya…”

Seorang pempengaruh media sosial dari Turki, Dr. Abdallah Marouf telah menempelak komen yang jelek kerana Messi telah dipakaikan jubah itu dan mencadangkan media bara yang jahil supaya belajar tentang budaya.

“Dari segi budaya, memakaikan seseorang “Bisht” (jubah) adalah tindakan ihsan & penghargaan tinggi di #Qatar. Oleh itu, #Messi sangat dihormati oleh Emir Qatar dengan memakaikan beliau sebagai Bisht.”

“Media Barat yang jahil akan belajar tentang budaya dan bukannya merengek seperti biasa! #FIFAWorldCupFinal”

Apakah pendapat anda? Adakah jubah yang merupakan simbol kepada seorang pahlawan itu telah merosakkan detik ikonik julangan Piala Dunia oleh Lionel Messi?

BACA:  Gerakan Solo Messi Ketika Bertemu Colombia Membuktikan Kemampuan Fizikal Beliau Sungguh Menakjubkan