Keputusan United Lantik Ralf Rangnick Dianggap Tindakan ‘Bodoh’

Pelantikan Ralf Rangnick sebagai pengurus interim Manchester United telah dianggap satu keputusan yang bodoh oleh Harry Redknapp, dengan beliau menegaskan United sebenarnya terlepas pandang calon paling layak yang mereka perlukan pada ketika ini.

Harry Redknapp menganggap Michael Carrick sebenarnya individu paling tepat untuk diberi jawatan sebagai pengurus interim, berbanding ‘The Godfather of gegenpressing’ itu.

United pada ketika ini tidak mempunyai pengurus tetap selepas pihak kelab memutuskan untuk memecat Ole Gunnar Solskjaer.

Pengurus dari Norway itu telah dipecat selepas Manchester United diaibkan dengan kekalahan 4-1 bertemu pasukan yang sedang bergelut di zon penyingkiran, Watford minggu lalu.

Pihak kelab dengan segera melantik Michael Carrick sebagai pengurus sementara, dengan legenda setan merah itu berjaya memimpin United untuk mencatat kemenangan dalam saingan Champions League.

Beliau berjaya memimpin United menewaskan Villarreal, seterusnya membantu United melayakan diri ke pusingan kalah mati.

Rangnick kini dilaporkan bakal dilantik sebagai pengurus interim selama enam bulan, dan beliau juga bakal dilantik sebagai penasihat kelab selama dua tahun.

Walau bagaimanapun, Redknapp merasakan yang keputusan United melantik Ralf Rangnick sebagai satu keputusan yang bodoh dan mereka sepatutnya kekal beri kepercayaan kepada Michael Carrick.

“Kenyataan yang United melantik Ralf Rangnick sebagai pengurus interim, menggantikan pengurus interim yang lain, sebelum mereka menemui pengurus tetap yang mereka mahukan, ia sangat mengarut.”

Tulis Redknapp di column beliau di The Sun.

“Saya tak pernah dengar hal sebodoh ini sepanjang hidup saya, dan saya tak peduli dengan pandangan kamu semua.”

“Jika mereka mahukan Mauricio Pochettino, seperti mana kita semua percaya dan diberitahu, maka ia ada jalan, dan ia bermaksud ianya perlu berlaku sekarang.”

Jelas bekas pengurus Tottenham Hotspur berkait pengurus sasaran Manchester United itu.

“Dan jika mereka perlu menunggu dia, mereka tak sepatutnya ketepikan Michael dan meletakkan seseorang yang lain melebihi dia dalam tempoh beberapa bulan. Apa maksudnya itu? Ia bermaksud mereka tak percayakan dia.”

Carrick berjaya membuktikan kemampuan beliau dalam membantu United mencatatkan kemenangan pertama ketika bertemu Villarreal.

Beliau pada awal pagi nanti akan turun memimpin United untuk beraksi bertemu Chelsea dalam saingan Premier League, dan beliau juga dijangka akan terus mengendalikan kelab hingga aksi bertemu Arsenal.

Walaupun Carrick menunjukkan ciri kepimpinan yang bagus, namun para peminat sangat berharap yang United tak mengulangi kesilapan sama dengan memberi kepercayaan kepada legenda kelab yang tiada pengalaman dalam dunia pengurusan.

Mengenang semula bagaimana Solskjaer mendapatkan kepercayaan penuh dari kelab, beliau juga ketika itu berjaya mencatatkan kemenangan mengejutkan bertemu PSG dalam saingan Champions League, walaupun beraksi hambar dalam saingan Premier League.

Namun selepas diberi tanggungjawab sebagai pengurus tetap, Solskjaer gagal untuk berikan yang terbaik, dan menyebabkan kelab kini berada jauh dari kedudukan sebagai pencabar kejuaraan.

Redknapp walau bagaimanapun masih percaya yang Carrick lebih kenal skuad United, dan pihak kelab sebenarnya tidak memerlukan khidmat Rangnick.

“Masalah utamanya, dia (Michael Carrick) sudah kenal United luar dan dalam.”

“Dia ada otak bola sepak yang menakjubkan. Kamu tak boleh mainkan permainan seperti apa dia mahukan, melainkan kamu betul-betul faham apa dia mahukan.”

“Seandainya mereka membawa masuk seseorang yang lain sebelum pengurus tetap dilantik, maka carilah jurulatih untuk bantu Carrick, kerana mereka sekarang kekurangan orang selepas kehilangan Ole Gunnar Solskjaer.”

“Mereka sepatutnya pergi cari seseorang yang berpengalaman, tapi benarkan Carrick untuk terus memimpin sehingga akhir musim.”

Manchester United sebenarnya ada matlamat dan tujuan lain melantik Ralf Rangnick sebagai pengurus interim, dengan mereka sebenarnya mahu pengurus legenda itu membantu menaikkan semula kelab.

Hal ini kerana Ralf Rangnick selepas ini akan dilantik sebagai penasihat, dan beliau juga akan turut diberi kuasa untuk memilih pemain serta pengurus kelab.

Jadi pelantikan beliau sebagai pengurus interim itu sebenarnya hanya sebagai salam perkenalan untuk bekas pengurus RB Leipzig itu, agar beliau lebih mengenali luar dalam kelab, sebelum memegang jawatan yang lebih tinggi.

Mungkin Redknapp ada sudut pandangan yang berbeza, dan tidak benar-benar faham dengan apa yang United sedang rancang pada ketika ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Zabaleta Kesian Tengok Rashford & Martial Sentiasa Turun Bertahan