Manchester United Titipkan Tribute Buat Cristiano Ronaldo

Kelab agung di muka bumi serta galaksi bima sakti, Manchester United secara umumnya dedikasikan titipan ringkas buat Cristiano Ronaldo sempena talak kali kedua.

Titipan kali ini agak ringkas sahaja, hanya pebanjang 81-patah perkataan sahaja. Mungkin ada hati yang masih terluka, bimbang diulas lebih panjang luka kan berdarah kembali.

Titipan tribute penuh ringkas tersebut sebelum dimuat naik ketika kelab agung tersebut beraksi dalam Piala Carabao pada rabu lalu. Tengok, betapa hebatnya kelab agung ini, tanpa kelibat Cristiano Ronaldo pun masih boleh menentang melawan Burnley.

Cristiano Ronaldo dan Manchester United bersetuju untuk berpisah secara baik dan ditamatkan kontrak serta merta selepas pemain kebangsaan Portugal tersebut dalam bual bicara bersama Piers Morgan secara lancang dan tanpa segan silu mengutuk dan mengkritik secara terbuka pengurus kelab, Erik Ten Hag dan pemilik kelab, keluarga Glazer.

Punca utama ketidakpuas hati pemain tersebut bermula dari keputusan pemilik kelab Manchester United, kelaurga Glazer melantik pengarah sukan, Ralf Ragnick sebagai pengurus interim. Langkah itu dikatakan sebagai menuju kearah kemunduran kerana disaat pasukan bergelut dengan prestasi dan mengejar kedudukan empat terbaik liga, pasukan telah melantik bukan nama besar untuk meneruskan baki saingan liga.

Mentaliti elit dan juara yang ada pada Cristiano Ronaldo tak dapat menerima kenyataan akan hakikat pasukan yang diwakilinya menuju kearah kemunduran. Dan ketika musim baharu nampak kembali bersinar dengan perlantikan pengurus yang nemempa nama dengan pasukan Ajax, Erik Ten Hag. Dijangkakan hujan sampai kepetang, namum tak kesampaian apabila pasang ditengah hari. Tiada tempat untuk pemain berusia 37 tahun tersebut di dalam kesebelasan utama pasukan. Lantas menjadikan luka dihati berdarah kembali.

Manchester United kembali beraksi buat kali pertama selepas rehat piala dunia, adalah aksi kali pertama kelab agung tersebut tanpa Cristiano Ronaldo di sisi menyaksikan mereka menghumban kelab dari divisyen bawahan, Burnley dua gol tanpa berbalas jaringan. Kebal bukan pertahanan kelab agung ini? Kemenangan tersebut juga menyaksikan Manchester United menempa tiket ke suku akhir Piala Carabao. Dah sah kejuaraan dalam tangan.

Kelab Agung Manchester United memuat naik kenyataan ringkas perihal pemergian permain tersebut di dalam program hari perlawanan, menyatakan “Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab secara persetujuan bersama kelab pada bulan lepas,”

“Pemain bintang Portugal tesebut telah menjaringkan 145 gol dan telah membuat 436 penampilan sepanjang dua tempoh beraksi bersama Manchester United. Beliau telah membantu kelab merangkul tiga kejuaraan Liga Premier, satu piala FA, dua piala Liga, Liga Juara-Juara dan juga Piala Dunia Kelab FIFA. Cristiano Ronaldo juga telah dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or pada tahun 2008 ketika bersama Manchester United.”

“Dalam kenyataan bertarikh 22 November, kelab berterima kasih kepada Cristiano Ronaldo di atas jasa dan sumbangan besar beliau kepada kelab, kelab juga mendoakan beliau dan ahli keluarga yang terbaik untuk masa hadapan.”

Cristiano Ronaldo pada masa sekarang adalah berstatus pemain bebas tanpa kelab setelah beliau menamatkan kontrak bersama kelab agung tersebut. Laporan juga mengatakan bahawa pemain berusia 37 tahun tersebut dilihat berlatih berseorangan di Valdebebas, pusat latihan Real Madrid sejurus selepas kembali dari aksi Piala Dunia di Qatar.

Pada aksi Piala Dunia tersebut, Cristiano Ronaldo telah digugurkan dari senarai kesebelasan utama Portugal oleh pengurus pasukan, Fernando Santos, menyaksikan pemain tersebut hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja, dan hanya dimasukkan sebagai pemain gantian ketika pusingan kalah mati menentang Switzerland dan Maghribi.

BACA:  Perlawanan Brentford Menentang Manchester United Pada Hari Ini Ditunda