Kesebelasan Utama Terbaik Yang Pernah Beraksi Bersama Beckham

David Beckham pernah beraksi dengan begitu ramai bintang handalan dunia sepanjang kariernya. Ini membuktikan bahawa bekas ketua pasukan England ini merupakan pemain yang mempunyai perjalanan karier yang cukup membanggakan.

Beckham memulakan kerjaya bola sepaknya bersama setan merah sebelum menjadi salah seorang bintang besar dalam sejarah bola sepak dunia.

Beliau melakukan perpindahan ke Real Madrid pada tahun 2003 sebelum menyertai LA Galaxy, AC Milan dan Paris Saint Germain di akhir kariernya sebelum mengumumkan persaraannya pada tahun 2013.

Sepanjang kariernya beliau sudah beraksi bersama ramai ikon dalam dunia bola sepak dan Footy Accumelators telah menyediakan kesebelasan terbaik pemain yang pernah beraksi bersama Beckham.

Kesebelasan Terbaik Pemain Yang Pernah Beraksi bersama David Beckham:

Penjaga Gol: Peter Schmeichel (Manchester United)

Pertahanan Kanan: Gary Neville (Manchester United)

Pertahanan Tengah: Paolo Maldini (AC Milan)

Pertahanan Tengah: Alessandro Nesta (AC Milan)

Pertahanan Kiri: Roberto Carlos (Real Madrid)

Midfield Tengah: Roy Keane (Manchester United)

Midfield Tengah: Paul Scholes (Manchester United & England)

Attacking midfield: Zinedine Zidane (Real Madrid)

Sayap Kanan: Luis Figo (Real Madrid)

Penyerang: Ronaldo Nazario (Real Madrid)

Sayap Kiri: Ronaldinho (AC Milan)

Pemain dari Real Madrid dan Manchester United antara yang paling ramai dalam kesebelasan terbaik ini dengan masing-masing ada empat wakil.

Ketika di Milan, Beckham beraksi bersama Nesta dan Maldini yang mana kedua-dua pemain itu sudah melepasi waktu kemuncak aksi mereka namun masih dihormati sebagai ikon dalam dunia bola sepak.

Fakta bahawa nama seperti Eric Cantona, Kaka dan Sergio Ramos tidak disenaraikan dari pasukan menunjukkan Beckham bermain dengan begitu ramai bakat hebat.

Antara bintang legenda terkenal yang pernah bergandingan dengan beliau sepanjang kariernya adalah Ronaldo Nazario.

Beckham bergandingan dengan legenda Brazil itu sepanjang kariernya bersama Los Blancos dan kedua-dua mereka meninggalkan kelab pada tahun 2007.

Ketika melihat perhubungan mereka dalam video siaran langsung di Instagram sebelum ini, ia jelas menunjukkan bertapa mereka saling menghormati antara satu sama lain.

“Sekiranya Brazil boleh mengambil mana-mana pemain asing untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan, sudah tentu Beckham lah orangnya, dia adalah pemain midfield terbaik sepanjang zaman.”

Jelas Ronaldo Nazario kepada David Beckham.

“Untuk saya, kamu adalah salah seorang pemain tengah terbaik sepanjang zaman, cara kamu menyentuh bola, kamu boleh menghantar dengan tepat kemana saja arah pilihan, dan paling hebat, tanpa melihat saya, kamu boleh menghantar bola tepat kearah saya.”

“Saya patut ucap terima kasih untuk semua bola yang kamu hantar kepada saya. Kamu sangat hebat.”

BACA:  Griezmann Mahu Ke Inter Miami Kerana Beckham