Kewangan Barcelona Kembali Meruncing, Kini Sudah €200 juta Melebihi Bajet Gaji Semusim

Situasi kewangan Barcelona dengan segera kembali meruncing dan kini perbelanjaan gergasi Sepanyol itu dilaporkan sudah €200 juta melebihi bajat gaji semusim mereka.

Lebih parah lagi apabila pelan kewangan mereka dipanggil ‘financial levers’ yang dicanang-canang akan dapat menyelesaikan masalah mereka kini tidak lagi boleh digunakan.

Dunia bola sepak bingung dan terpinga-pinga pada musim panas lalu melihat perbelanjaan melampau Barcelona di jendela perpindahan yang sudah lama berada dalam masalah kewangan.

Bagaimanapun, pada musim panas mereka mampu membelanjakan €153 juta yang dilaporkan dan membawa masuk Lewandowski, Raphinha, Jules Kounde, Franck Kessie dan lain-lain.

Masalah ini telah dipersalahkan atas sebab mereka kehilangan Lionel Messi kepada PSG dan keadaan tidak begitu baik sejak pemain Argentina itu pergi dan Barcelona semakin mesra dengan Europa League.

Mereka dijangka perlu menjual beberapa pemain tetapi hanya Philippe Coutinho dan Pierre-Emerick Aubameyang yang berlepas untuk penghasilan wang, malah Ousmane Dembele telah ditandatangani semula setelah melihat kontraknya tamat sebelum menandatangani perjanjian baharu.

Frenkie de Jong enggan berpindah ke Manchester United, walaupun pemain tengah itu tidak diperlukan lagi oleh Xavi, dan khabar angin berterusan dia masih boleh pergi. Penjualan sekurang-kurangnya mampu menampung separuh dari bayaran gaji semusim.

Daripada menjual sesiapa, Barcelona telah menjalankan empat ‘financial levers’ yang membolehkan mereka mendapatkan semula wang dari cabang lain perniagaan dan mampu untuk mendaftarkan pemain baharu mereka.

Bagaimanapun, menurut Catalunya Radio, kelab itu tidak lagi dibenarkan menggunakan mana-mana lagi ‘financial levers’ tersebut untuk membantu masalah kewangan yang berterusan.

Gergasi Sepanyol itu dikatakan €200 juta melebihi bajet gaji mereka untuk musim ini dan itu mungkin bermakna perlu menjual pemain sebagai langkah akhir. Musim baru hampir masuk separuh dah huru-hara balik.

Dalam pelan kewangan mereka sebelum ini, Barcelon menjual sebahagian daripada wang hak tv masa depan mereka membolehkan kelab berada dalam kedudukan untuk mencabar musim ini, tetapi ia tidak berjaya sepenuhnya.

Walaupun dengan pembelian tidak ingat dunia mereka, Barcelona tersingkir awal dari Liga Juara-Juara, untuk tahun kedua berturut-turut, tersingkir dari peringkat kumpulan.

Sebaliknya mereka sekali lagi jatuh ke Liga Europa, dan akan menentang pasukan handalan Europa League Manchester United untuk tempat ke pusingan 16 terakhir pertandingan.

Terkeluar dari Champions League menyaksikan Barcelona telah kehilangan pendapatan mereka musim ini, jika muncul juara Europa League sekalipun hadiah peringkat kumpulan Champions League lebih banyak.

Itu adalah tamparan hebat, bukan sahaja untuk aspirasi trofi mereka tetapi juga kepada kewangan mereka, terutamanya sekarang mereka tidak boleh menarik sebarang ‘financial levers’ lagi.

Ini bermakna Xavi berkemungkinan akan kehilangan sekurang-kurangnya seorang pemain mereka, sama ada pada musim panas atau berpotensi semasa jendela perpindahan bulan ini.

Masalah kelab itu sedikit sebanyak dibantu oleh Gerard Pique memutuskan untuk menggantung butnya pada akhir tahun lalu, di mana Barcelona banyak berhutang dengan pemain pertahanan itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana Pique sanggup menangguhkan pembayaran gaji.

Sergi Roberto juga baru-baru ini mendedahkan bahawa menerima pemotongan gaji di Nou Camp telah menyebabkan dia dibayar sama seperti pemain muda dari skuad simpanan yang berjaya memecah masuk skuad utama.

Disebalik masalah kewangan yang kian meruncing, Barcelona sepertinya masih lagi mahu mendapatkan pemain baharu di jendela perpindahan januari ini dan nafsu berbelanja mereka sepertinya tidak pernah padam.

BACA:  Paulinho Pulang Ke Pangkuan Guangzhou Evergrande Selepas Semusim Bersama Barcelona