Khabar Buruk Buat Rejim Baharu Chelsea, Marina Granovskaia Dilaporkan Mahu Angkat Kaki

Pengarah Chelsea dan individu yang bertanggungjawab mengendalikan perpindahan di Chelsea, Marina Granovskaia bakal meninggalkan kelab itu pada Ogos akan datang.

Akhbar Bild yang berpengkalan di Jerman melaporkan Granovskaia akan meninggalkan kelab bekas pemilikan Roman Abramovich itu dan kekosongan yang bakal ditinggalkannya akan diisi oleh Andrea Berta.

Andrea Berta adalah Pengarah Sukan Atletico Madrid. Perkhabaran Granovskaia akan meninggalkan Stamford Bridge sebenarnya tiba pada minggu lalu, beberapa hari selepas konsortium yang diketuai oleh Todd Boehly disahkan akan mengambil alih Chelsea.

Ketika era Abramovich, Granovskaia bertanggungjawab menjana perpindahan keluar dan masuk pemain dan jurulatih di kelab London itu.

Granovskaia dilihat sebagai wakil kepada Abramovich di dalam Chelsea selepas menyertai kelab itu pada 2010 sebelum diserap sebagai salah seorang ketua eksekutif pada 2014.

Granovskaia sebenarnya dijangka akan kekal di Stamford Bridge walaupun selepas Boehly mengambil alih Chelsea daripada Abramovich.

Bamun Granovskaia yang dianggap sebagai antara wanita paling berpengaruh di dalam bola sepak kini memilih untuk angkat kaki.

Pengurus pasukan, Thomas Tuchel secara terbuka menyatakan keinginannya untuk melihat Granovskaia kekal di kelab itu, dan menekanankan peranan wanita itu untuk memacu Chelsea di era baharu.

Antara nama-nama besar di Chelsea yang dibawa masuk oleh Marina Granaovskaia adalah seperti Eden Hazard, N’Golo Kante, Timo Werner, Christian Pulisic dan Alvaro Morata.

Dan beliau melakukannya pada ketika nama-nama pemain ini turut dikejar oleh kelab-kelab gergasi eropah yang lain.

Pengetahuan Marina Granaovskaia di pasaran pemain amat bagus, termasuk untuk penjualan pemain untuk tujuan pelaburan.

Penjualan pemain keluar dari Chelsea melibatkan David Luiz, Oscar, Diego Costa, Morata dan Hazard misalnya telah berjaya mengumpul £340 juta.

BACA:  Carabao Cup 2020/21: Tottenham Hotspur * 1-1 Chelsea (Pen. 5-4)