Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui bahawa beliau pernab memaki hamun yang disudah pasti disertai dengan carutan kepada Roy Keane.
Ole Gunnar Solskjaer dan Roy Keane pernah menjadi rakan sepasukan ketika era kegemilang Manchester United dari tahun 1996 sehingga 2005.
Di Old Tafford Ole mengukuhkan reputasi dirinya sebagai pemain super-sub sehebat Anuar Abu Bakar yang mampu merubah keputusan perlawanan apabila dimasukkan.
Players wey get Premier League medals pass [all clubs]:
Ryan Giggs – 13
Paul Scholes – 11
Gary Neville – 8
Denis Irwin – 7
Roy Keane – 7
Ole Gunnar Solskjær – 6
Rio Ferdinand – 6
David Beckham – 6
Nicky Butt – 6
Phil Neville – 6 pic.twitter.com/DqsZCGa3YN— Man United in Pidgin (@ManUtdInPidgin) May 22, 2020
Roy Keane pula terkenal sebagai pemain tengah yang keras, panas baran, kental dan berhati kering serta kadang kala jahat amat memegang reputasi kapten yang menakutkan.
Dalam satu ramah bersama majalah bola sepak FourFourTwo oleh membuat pendedahan selepas ditanya adakah beliau pernah naik angin dengan Roy Keane ketika meraka beraksi bersamam?
Tanpa segan silu dan dengan penuh yakin pengurus Manchester United berasal dari Norway itu mengakui bahawa beliau pernah memaki Roy Keane.
🗣 "We listened more to Roy [Keane] than Gary [Neville] that's for sure, Gary was talking too much and he still does." 🤣
Ole Gunnar Solskjaer jokes about who was more vocal in the Manchester United dressing room, @gnev2 or Roy Keane? pic.twitter.com/B04lnkMvwN
— Football Daily (@footballdaily) March 30, 2021
Ole Gunnar Solskjaer juga mengakui banyak kali dia mengamuk dengan Roy Keane walaupun mereka kawan baik:
“Banyak kali! Aku dan Roy kawan baik kot. Kami banyak berborak. Tapi kami juga ada bergaduh jika kau nak panggil itu sebagai gaduh.”
“Aku akhirnya bagitau Keane supaya berambus. Sebab itu je caranya nak suruh Keane hormat kau, kau kena bangkit melawan untuk diri sendiri.”
Tenyata cara itu berkesan, sehingga kini telah ramai pemain dan pengurus diherdik dan dibidas Keane tanpa berlapik di kaca televisyen sebagai pengulas bola sepak.
Namun ketika Ole Gunnar Solksjaer kelaut dengan keputusan dan menerapkan permainan tidak masuk akal Keane jarang melontarkan komen yang pedas.
Did you ever piss off Roy Keane? pic.twitter.com/TsaDy5W8G4
— Vijendra Rai (@thatPantomath) December 19, 2018
Sesi perkenalan bagi pemain baru masuk dengan Roy Keane ketika sesi latihan adalah sebahagian daripada proses permulaan di Manchester United ketika Solskjaer tiba pada tahun 1996.
Sesi perkenalan dengan Keane berterusan sehingga pemain dapat mengembangkan kekuatan mental untuk bermain untuk kelab.
“Ada satu masa empat atau lima minggu ketika saya berada dalam pasukan Roy setiap hari dalam latihan dan dia menjerit dan menejrit kerana dia menuntut 100% dari pemain yang dia percayai,” kata Solskjaer.
“Aku pergi kepada Steve McClaren (pembantu jurulatih) dan cakap. ‘Parking neraka Steve aku dalam pasukan sama setiap hari kot.'”
“McClaren pun balas: ‘Oh, kau dah perasan rupanya. Ini merupakan proses pembangunan mentan untuk kau berdepan dengan diri kau sendiri menentang Roy. Kau dah buat, jadi kau lepas.”
"Give him time. Give the man time. I'd give Ole certainly another year."
It's getting a little heated! 🤣
Roy Keane and @Carra23 clash over Manchester United and Ole Gunnar Solskjaer…. pic.twitter.com/L8UGDW6o0x
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) January 19, 2020
Selepas naik angin dan memaki Roy Keane, Ole telah ujian lulus mental berdepan dengan pesakit mental seperti Roy Keane.
Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini pernah ditanya siapakah dua pemain dari zamannya yang mahu beliau bawa masuk ke dalam skuad sedia ada sekarang.
Sejurus mendengar soalan itu, beliau dengan pantas menamakan Roy Keane sebagai pemain paling beliau impikan untuk berada dalam skuad sedia adanya sekarang.
🗣 Ole Gunnar Solskjaer has named 3 former #mufc players he'd love to have in his squad:
• Roy Keane
• Paul Scholes
• Cristiano Ronaldo pic.twitter.com/E9lZFEI1SX— United News Hub (@UnitedNewsHub) June 8, 2020
Solskjaer turut menyatakan bahawa beliau turut akan memilih Paul Scholes untuk berada dalam skuad sedia adanya sekarang bersama-sama ketua pasukan, Roy Keane.
“Itu tidak adil, itu teramat sangat tidak adil. Saya cuma boleh memilih seorang?”
“Saya sudah pastinya akan memilih, tetapi boleh saya pilih dua? Mereka sama sekali tidak bermain dalam perlawanan akhir ketika menentang Bayern Munich. Roy Keane dan Paul Scholes, dua orang pemain midfield yang mengagumkan.”
“Sekiranya saya harus memilih seorang saya pastinya akan memilih Roy Keane kerana pengaruh yang dia bawa dan bagaimana dia boleh mempengaruhi seluruh pasukan.”
Bekas penyerang berusia 47 tahun itu telah membuat lebih dari 350 penampilan untuk setan merah sepanjang 11 tahun kerjaya gemilangnya di Old Trafford.