Kitab IFAB Menjelaskan Kenapa Gol Jepun Itu Sah

IFAB Jepun

Kitab yang telah dikarang oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) yang bertajuk Peraturan Permainan (Laws of the Game) telah menjelaskan secara terperinci kenapa gol Jepun itu sah dikira.

Jepun mencipta kejutan sensasi sekali lagi apabila menewaskan Sepanyol 2-1 untuk menjadi juara kumpulan E dalam saingan Piala Dunia 2022 dan menjadi kejutan terbesar setakat ini.

Gol kemenangan Jepun telah mencetuskan kontroversi dan menjadi pertikaian ramai termasuklah admin dan penulis The Sukan sendiri.

Lampard Jepun Jerman
Kredit: Stadium Astro

Jaringan Ao Tanaka ini pada awalnya telah dibatalkan kerana dilihat sudah berada di luar permainan ketika Kaoru Mitoma membuat hantaran kepada Ao Tanaka.

Tetapi selepas pemeriksaan VAR yang panjang, gol itu diberikan kerana bola itu dianggap masih dalam permainan.

Dan jika diikutkan buku peraturan gol itu dikira kerana mengikut syarat sah permainan dan syarat sah gol kerana bola tidak keluar dan masih dalam permainan.

Peraturan 9: Bola di dalam dan di luar Permainan

Sebelum kita pergi lebih jauh dengan andaian masing-masih marilah kita sama-sama merujuk kepada buku Peraturan Permainan (Laws of the Game) yang telah ditetapkan Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB).

Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) adalah penjaga bebas peraturan bola sepak bola sepak persatuan, mengikut Peraturan 9: Bola di dalam dan di luar Permainan:

1. Bola di luar permainan

Bola di luar permainan apabila:

• keseluruhannya telah melintasi garisan gol atau garisan tepi sama ada di tanah atau di udara

• permainan telah dihentikan oleh pengadil

• bola mengenai pegawai perlawanan, kekal di dalam padang permainan dan:

– sebuah pasukan memulakan serangan yang baik, atau
– bola terus memasuki gol, atau
– kawalan bola berubah kepada pasukan lain

Bagi semua situasi ini, permainan dimulakan semula dengan jatuhan bola.

2. Bola di dalam permainan

Bola sentiasa di dalam permainan, termasuk apabila ia mengenai pegawai perlawanan dan apabila ia melantun dari tiang gol, palang gol atau tiang bendera penjuru dan berada di dalam padang permainan.

Penjelasan Bekas Pengadil FIFA

Bekas pengadil FIFA, Peter Walton telah memberikan penjelasan kenapa gol Jepun itu sah dan bertepatan dengan buku Peraturan Permainan (Laws of the Game) mengikut Peraturan 9: Bola di dalam dan di luar Permainan.

Ketika bercakap di ITV Peter Walton menjelaskan:

“Terdapat salah tanggapan dalam undang-undang yang menganggap apabila keseluruhan [dasar] bola sudah terkeluar, maka bola itu sudah keluar.

“Sebenarnya tidak. kerana bentuk lengkungan bola harus diambil kira. Kita sentiasa melihat situasi sama ketika sepakan penjuru diambil apabila bola diletakkan di luar garisan, tetapi dianggap masih sah untuk diambil.”

“Tetapi saya mencadangkan ialah teknologi garisan padang, kamera yang digunakan untuk tujuan VAR juga boleh mengesan sekiranya bola telah melepasi kawasan permainan sepenuhnya supaya sudut tersebut tidak dipertikaikan.”

“Dalam situasi malam tadi jika kaki pemain atau anggota badan lain melindungi bola, maka VAR tidak mempunyai bukti untuk diberikan kepada pengadil.”

“Peraturan sememangnya sudah amat spesifik. Bola masih dalam permainan jika keseluruhan lengkungan belum melepasi garisan keluar – tetapi adakah kita mempunyai bukti untuk itu? Tidak, ia kabur.

Dengan kata lain adalah untuk melihat bola itu keluar atau tidak, mestilah dilihat dari pandangan atas dan bukannya dari bawah atau sisi.

Kerana itulah teknologi garisan memaparkan samada bola sudah melepasi garisan gol atau tidak dengan memberi gambaran dari atas.

Dari pandangan atas dapat disahkan bentuk lenkungan bola itu sudah melepas garisan atau tidak. Admin dah rasa habis bijak dah penerangan ini harap korang faham la.

Dia macam perut ko yang buncit la kot tengok dari atas tak nampak kaki, tengok depan cermin ada je kaki tu. Sudut pandang berbeza membawa kepada persepsi yang pelbagai.

BACA:  International Friendly: Jepun 1-0 Panama