Klopp Bingung Dengan Keberkesanan VAR, Dakwa Gol Pertama Chelsea Sebenarnya Offside

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata pengadil perlawanan gagal mengesan beberapa pemain Chelsea yang berada dalam kedudukan offiside sebelum Chelsea berjaya menjaringkan gol pertama mereka dalam perlawanan pusingan ke-3 Piala Carabao awal pagi tadi.

Bekas jurulatih Borussia Dortmund itu percaya beberapa pemain Chelsea sebenarnya berada dalam kedudukan offside sebelum pemain pertahanan Chelsea, Emerson Palmieri menolak masuk gol penyamaan. Perkara tersebut dirujuk kepada sistem ‘VAR’ namun pengadil gagal mengesan sebarang kesalahan yang berlaku dalam insiden tersebut.

Sama macam Mourinho, Klopp mempunyai sesuatu untuk dipersalahkan selepas melihat anak buahnya dimalukan Chelsea di hadapan peminat sendiri

“Saya rasa gol pertama Chelsea adalah offside. Saya tidak rasa pengadil perlu merujuk kepada VAR. Bagi saya, tiga pemain Chelsea berada dalam keduduka offside. Yang saya pasti, dua pemain Chelsea offside. Semua orang dapat melihatnya. Ross Barkley juga offside walaupun sedikit, tetapi masih juga offside.”

“Pengadil melihat kembali insiden tersebut menerusi VAR dan tidak percaya ia adalah offside. Jadi kami perlu menerima hakikat tersebut.”

Menurut Klopp lagi, foul yang dilakukan Naby Keita yang menyebabkan Chelsea memperolehi sepakan percuma bagi gol pertama Chelsea juga sebenarnya bukan satu kesalahan. Klopp tidak percaya tindakan Keita terhadap pemain Chelsea wajar diberikan sepakan percuma.

“Tidak sama sekali. Keita hanya bermain bola, kaki beliau juga tidak tinggi. Penjaga garisan berada dalam kedudukan yang baik ketika insiden tersebut dan beliau hanya memberikan lontaran ke dalam.”

Gol magis Hazard menutup mulut peminat Liverpool Next Year Is Our Year

“Perkara macam ini sangat malang. Perlawanan tadi berlangsung dengan baik tetapi insiden sebegini telah menentukan keputusan perlawanan. Kesian.”

Mengenai permainan anak buahnya dalam perlawanan tersebut, Klopp tidak gembira dengan persembahan Liverpool kerana memberikan terlalu banyak ruang di bahagian tengah kepada Chelsea. Klopp berharap mampu menyelesaikan masalah ini menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris di antara dua pasukan ini pada hari Sabtu nanti.

“Kami menurunkan barisan tengah yang baru, jadi ia memberikan kami sedikit isu. Kami memberikan ruang yang terlalu banyak kepada Chelsea. Kami tidak padat, sebab itulah Chelsea mampu bermain seperti yang mereka mahu.”

Klopp juga mengulas mengenai insiden ‘panas’ beliau dengan Xherdan Shaqiri sebaik sahaja perlawanan tamat. Selepas wisel penamat ditiupkan, Klopp masuk ke padang dan bersalam dengan beberapa pemain Liverpool dan Chelsea sebelum bersembang dengan Shaqiri. Mereka berdua dilihat seperti sedang bertengkar di atas padang, macam Paul Pogba dan Jose Mourinho kelmarin.

Klopp berang dengan tindakan Shaqiri yang tidak mengambil sepakan percuma pada lewat permainan. Tu pon nak marah

“Saya bercakap dengan Shaqiri mengenai sepakan percuma yang terakhir.”

Klopp sebenarnya mahu Shaqiri mengambil sepakan percuma tersebut tetapi pemain antarabangsa Switzerland itu membiarkan kapten pasukan, Jordan Henderson mengambilnya.

BACA:  Premier League 2020/21: Chelsea 0-2 Liverpool