Klopp Tidak Suka Squid Game Kerana Super Brutal Dan Tak Masuk Akal

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp telah menyatakan beliau tidak sukakan drama bersiri Squid Game disebabkan kerana siri tersebut terlalu brutal atau kejam serta tidak masuk akal.

Squid Game merupakan drama bersiri pendek yang disiarkan di saluran televisyen berbayar atas talian dari Amerika Syarikat, Netflix yang mencetuskan fenomena diseluruh dunia dan menjadi rancangan bukan Inggeris yang paling berjaya di Neflix.

Dalam rancangan Sky Sports Q&A #AskKlopp, Jurgen Klopp telah ditanya satu soalan yang santai, adakah beliau menonton rancang Netflix yang bertajuk Squid Game?

Dengan tenang Klopp menjawab:

“Ya, aku menonton episod pertama dan aku tidak menyukainya. Ia terlalu kejam dan ia tidak masuk akal untuk.”

“Ada banyak siri kat luar dan orang mati. Tapi bila anak patung itu mula tembak semua orang yang bergerak, aku kemudian fikir. OK, bukan itu yang aku mahu lihat.”

Dalam episode pertama sudah memaparkan aksi kejam dan ganas dalam permainan yang dipanggil red light/green light (lampu merah/lampu hijau) dan mereka yang gagal terus mati ditembak.

Kalau kat Malaysia ni permainan red light/green light (lampu merah/lampu hijau) kepada permainan Tradisional pukul berapa datuk harimau? Ada

Mungkin kekurangan dari segi formasi yang tidak betul serta positioning yang berterabur serta penuh kekejaman menjadikan Jurgen Klopp hanya mampu menonton satu episode sahaja.

Kau bayang la bila main bola pasukan yang kalah terus putus nyawa. Tak ke gila dan masuk akal? Kalau yang kena 5-0 tu tak tau la nak cakap apa kan.

“Mugunghwa Kochi Piosseumnida”

Drama bersiri dari Korea Selatan ini tentang permainan rakyat atau permainan tradisional zaman kanak-kanak Korea Selatan yang di mainkan secara bertahan hidup dengan penuh kejam demi merebut hadiah wang tunai.

Seramai 456 orang yang hidup dalam tekanan yang kebanyakkan terlibat dengan bebanan hutang yang menggunung lantaran judi, menipu orang dan lain-lain lagi telah menyertai permainan bertahan hidup ini sehingga menjadi pemenang tunggal dalam enam permainan yang disediakan.

Siri sembilan episode Squid Game ini telah berjaya menarik 142 juta tontonan dari seluruh dunia dalam tempoh empat minggu pertama dan menjadi tontonan nombor satu di 90 buah negara di platform Netflix. Tak kira tontonan dari muat turun haram lagi.

Squid Game kini telah menjadi siri Netflix paling banyak ditonton. Lantaran itu Squid Game telah menjana pendapatan sebanyak US$900 juta pada bulan oktober berpandukan kepada nilai dan jumlah tontonan.

Lebih menarik apabila kos penerbitan siri sembilan episode ini hanya memakan belanja sebanyak $21.4 juta sahaja dan membawa pulangan sebanyak 41 kali lipat.

Siri ini telah lama dirancang cuma kita yang lalai. Naskah ini telah siap ditulis pada tahun 2009 namun ketika itu cerita seperti ini mungkin tidak dapat diterima ramai maka tiada yang berani melabur dan diperam sehinggalah memulakan penggambaran pada tahun 2019.

Pada awalnya siri ini menggunakan judul Round Six ketika Netflix mengumumkan akan mengeluarkan siri dari Korea Selatan. Ada juga menyatakan nama Squid Game: Play to Die juga telah dipilih sebelum hanya menggunakan nama Squid Game.

Reaksi yang pelbagai dan teknik pemasaran yang berkesan di hampir semua media sosial termasuklah Facebook, TikTok, Youtube, Instagram dan lain-lain lagi menjadikan siri ini menjadi fenomena.

Kerana Squid Game yang terlalu brutal maka, netizen menganggap itu juga tidak masuk akal kerana Jurgen Klopp sampai hati dan tanpa belas membelasah Manchester United 5-0.

BACA:  Klopp Dalam Delima Berbicara Tentang Messi dan Ronaldo